Sunday, June 17, 2007

Bukan melayu boleh sertai UMNO - Bernama

Dari jam 11 pagi tadi mengadap komputer di University menyiapkan 'term paper' untuk subjek Feminism. University yang sunyi tak ada orang menyebabkan bosan dan mengantuk. Masej melalui YM dari Era yang kadang kadang mencelah kena dilayan (nanti tak layan merajuk hehehe)...tapi banyak membantu untuk terus duduk kekal didepan komputer membuat kerja.. Era umpama translator setia ..tanpa Era tak tahulah macam mana nak mendepani semua kerja - kerja ini dengan tahap English aku yang 'Internationale' .... cuma perit sikit nak terjemah ke 'Hanggul'..................
6.15 petang rasa lapar lalu terus masak mee segera. Lepas makan mee segera mengantuk pula. lalu terus 'on' internet line. Baca Berita Harian Online.
Terkejut sungguh bagaimana seorang Pengarah Bahagian dapat beri jaminan tersebut sedangkan Ketua Pengarah JPS sendiri tak beri apa - apa jaminan dan hanya mampu segera tukar nama SMART ke Bistari sahaja. Nak ucap syabas kepada Datuk Abdul Rahim dan harap orang Kuala Lumpur simpan secermat mungkin keratan akhbar ini dan bila banjir tahun depan buat sup keratan akhbar itu bagi Datuk Abdul Rahim makan. Tambah lebih sikit lada hitam buat pemanas badan.
Dan tiba tiba baca satu berita aku terkejut. Berita yang diambil dari Bernama yang menyatakan bukan melayu boleh jadi ahli UMNO.
Pelik dan cuba imbau kenangan membaca buku perlembagaan Umno milik ayahanda Shaharin ketika dia kuat dengan Umnonya sikit masa dahulu. Seingat ahli Umno hanya terbuka kepada orang Melayu.
dipeturunkan petikan dari berita tersebut
------------------------------------------------
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini turut menerima kad keahlian pada majlis pelancaran kad itu. Pada sidang media selepas majlis itu, Abdullah yang ditanya mengenai kawasan keanggotaan Jeanne berkata isterinya adalah anggota Umno kawasan Bertam, Bahagian Kepala Batas.
-----------------------------------------------
Kita tidak pernah diberikan latar belakang penuh isteri baru PM. Setahu ramai rakyat Malaysia ialah beliau merupakan wanita bukan Melayu yang memeluk Islam setelah mengahwini adik Allahyarham DS Endon Mahmood.
Jadi lumrahnya ibu dan bapa Jeanne bukanlah orang Melayu. Jika kedua-dua mereka bukan Melayu tentulah beliau tidak boleh dianggap Melayu. (bagaimanapun anak-anak beliau layak menyertai UMNO kerana salah seorang ibu bapa mereka adalah Melayu).
Jika dengan hanya memeluk Islam boleh menyertai UMNO maka mengapa dinafikan hak Cina Muslim dan India Muslim untuk sama menyertai UMNO? Perkahwinan seseorang bukan melayu dengan orang melayu tidak menjadikan beliau diiktiraf sebagai Melayu.
Dengan penerimaan Jeanne Danker Abdullah sebagai ahli Umno maka adakah Umno akan kekal menjadi parti Melayu ? Apa beza status Jeanne dengan Presiden Kimma yang memohon masuk Umno dan tidak layak maka tidak mahu masuk MIC lantas menubuhkan Kimma........ ?
Kedua menurut sumber Jeanne juga telah bertukar pusat mengundi ke pusat mengundi yang sama dengan Abdullah, (bagaimana dia boleh tukar pusat mengundi ? sudahkah dia menukar alamat di mykadnya..) dan jangan pelik jika pilihanraya diadakan dalam masa terdekat ini sekalipun pasti Jeanne akan mengundi di pusat yang sama Abdullah mengundi kerana Malaysia Boleh !

3 comments:

  1. Anonymous2:58 PM

    Rakyat nak tau apa pendirian PKR mengenai pergolakan di Palestin. PAS dah terang-terang sokong Hamas.PKR pulak macam mana..takan nak tunggu George Bush nasihat Anwar dulu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:56 PM

    PAS..PAS...selesaikan masalah rumahtangga kita dulu baru nak cerita bab lain.."Kita kene fokus! Fokus! "( Dialog dlm filem BAGINDA )

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:33 AM

    Hanya PKR aje yang berbilang kaum dan bangsa..kalau tak caya korang tengok Ketua AMK, Sam BPR n penasihat dia Zali BPR..diorang tu keturunan Goblin Cerita Lord Of the Ring dan adik beradik frodo..(keturunan orang kerdil)

    ReplyDelete