Kerajaan sentiasa bermegah dengan projek mega yang membazirkan wang rakyat. Rakyat yang terbazir wangnya dipaksa dengan segala macam propaganda untuk turut bangga dengan segala macam projek-projek raksaksa 'mega death' itu.
Masih tengiang di telinga apabila mula mengumumkan dan melancarkan projek terowong yang dipanggil SMART, kerajaan di bawah Barisan Nasional memaksa rakyat untuk bangga dengan projek yang pertama seumpamanya di dunia. Maka selepas pengumuman projek tiap kali berlaku banjir kilat penduduk Kuala Lumpur yang termusnah harta benda mereka ditenangkan dengan ungkapan, sabar apabila projek SMART siap banjir ini dapat diatasi. Maka harapan rakyat yang menggunung untuk menikmati hidup bebas banjir kilat telah meredhakan hampir RM 2 billion duit poket mereka untuk menebuk terowong - SMART.
Malah secara peribadi saya sendiri pernah mengubat sakit hati ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya selepas Plaza Tol (PLUS) Sg. Besi dengan cuba percaya dengan papan tanda yang tertulis maaf kerja kerja pembinaan sedang dijalankan. kepayahan masa kini kesenangan di masam hadapan. Saya cuba percaya bahawa masa depan tentu lebih 'ok' lepas SMART itu siap. Perjalanan ke pusat bandar akan lancar. Kepercayaan saya ini rasanya di kongsi oleh majoriti yang lain. Dan kepercayaan inilah yang menghalalkan pembaziran RM 2 billion wang kita yang akan disambung dengan berbiliion yang lain melalui rompakan tol SMART.
Malangnya terowong yang dilancarkan baru baru ini menghampakan rakyat dari semua segi.
Terowong itu gagal untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas menurut surat pembaca yang disiarkan di Utusan Online ZAMER RIZAL OSMAN dari Puchong mendedahkan bahawa pembukaan terowong itu tidak mampu sama sekali menyelesaikan kesesakan lalu lintas malah di beberapa tempat keadaan menjadi lebih parah.
Pembelanjaan membeni terwong tersebut pula di lihat agak tidak munasabah kerana dengan spesifikasinya yang bersyilling rendah ia hanya mampu dilalui oleh kereta dan teksi sahaja. Malah penganugerahan konsesi tol sehingga tahun 2045 pula dan perjanjian yang membenarkan beberapa siri kenaikan amat tidak munasabah dan dilihat hanya menguntungkan pemilik konsesi.
Setelah dibuka ternyata terowong ini gagal setelah dua kali diuji dengan 'kuasa alam'. Banjir teruk malah keadaan lebih parah dari kebiasaan. Kekecewaan orang ramai ini bertambah apabila Menteri Kerjaraya seperti tidak sabar mengumumkan kadar Tol RM 2 hanya untuk jarak 9km. Belumpun sempat peniaga kecil seperti di Jalan Masjid India selesai mencuci lumpur dan mengira kerugian mereka Samy Vellu sudah mengumumkan keizinan untuk satu lagi kapitalis mencuri wang rakyat dari Terowong yang dibina menggunakan wang rakyat sendiri.
Terowong dibuka banjir berlaku lebih teruk, maka seribu satu alasan dikeluarkan dan disiarkan oleh media tempatan untuk cubaan terus menipu rakyat. Ketika banjir kali pertama selepas SMART dibuka maka dikatakan yang SMART belum siap sepenuhnya maka perlu ditunggu bulan Julai baru terowong air boleh dipakai. Dengan pengumuman ini nampak sangat kerajaan menganggap rakyat Malaysia semuanya pelupa. Bagaimana dengan kenyataan bangga ketika pembukaan terowong SMART dengan bangganya selain dari ia projek pertama seumpamanya di dunia ia mampu disiapkan mengikut jadual....
Kenyataan tarikh siap ini berbeza beza ada yang menyatakan Julai dan ada yang mengatakan Ogos. Itu tidak mengapa....maknanya mungkin dua - tiga minggu berbeza.
Pagi selepas banjir itu Perdana Menteri terus berkejar bersama isterinya yang pernah menjadi adik iparnya satu ketika dahulu untuk melawat bilik gerakan. Maka satu taklimat diberikan kepada Perdana Menteri dan isteri barunya mengenai banjir di Kuala Lumpur. Selepas taklimat itu Abdullah seperti tidak paham apa dan cuba buat - buat paham apabila cuba menyalurkan aura prihatinya kepada rakyat selaku pengasas Islam Hadhari dengan menggesa supaya digunakan semua sumber yang ada untuk dipercepatkan apa yang patut.
Kenyataan bertaraf ketua kampung ini akhirnya ditempelak oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah yang menyatakan bahawa semua projek hanya boleh disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kalau boleh cepat pun mungkin seminggu awal dari dijadualkan.
Kenyataan ini membuktikan betapa tidak hormatnya rakyat Malaysia dalam melihat kenyataan Abdullah. Bayangkan jika Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri jika beliau memberikan sesuatu kenyataan sudah tentu tiada menteri yang berani mengulas untuk menafikannya secara terbuka. Tetapi Abdullah tidak perlu tunggu menteri tetapi hanya seorang Ketua Pengarah mampu 'menyikat' kenyataan Abdullah dalam tenang mungkin kerana bosan dengan ketidak fahaman Abdullah terhadap isu dan hanya bercakap benda yang terlintas dipemikiranya yang setaraf ketua kampung.
Dalam kenyataan Ir Keizrul yang disiarkan utusan hari ini lebih mengejutkan apabila dia mengakui dan minta rakyat membetulkan presepsi mereka terhadap projek SMART. Katanya SMART tidak mampu mengatasi masalah banjir dan projek tebatan banjir Kuala Lumpur hanya akan siap Ogos 2009.
Kerajaan (BN) ini akan keluar dengan seribu satu lagi propaganda yang menghalalkan rompakan wang kita. Peniaga kecil, kakitangan kerajaan, pekerja kilang, buruh biasa dan kita semua ini membanting tulang....dapat gaji hujung bulan hanya cukup cukup untuk perbelanjaan keluarga sedikit untuk keluarga di kampung itupun jika ada lebih. Peniaga kecil di Kuala Lumpur selepas banjir dilanda kerugian, kerajaan (BN) akan turun dalam sikit masa lagi (itupun kalau mereka mula takut untuk hilang undi menjelang PEMILU) untuk memberikan sedikit 'wang ikhsan' yang datang dari duit cukai kita juga.
Dalam pada masa itu sekelompok pemimpin negara dan bersekongkong dengan kapitalis (pemodal) besar terus menikmati hasil rompakan wang negara (duit cukai, tol, saman dan sebagainya yang kita bayar). Anak mereka tiap kali cuti sekolah akan pasti bercuti keluar negara. Mereka menghantar anak - anak mereka di sekolah terbaik, berlatih komunikasi bahasa Inggeris di Amerika, Australia kalau tidak pun di England sedangkan anak kita hanya kita mampu sajikan dengan pusat tusyen kelas sederhana (itupun setelah berjimat gila - gila).
Maka anak mereka ini akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan mereka untuk terus memeras dan kaya raya maka anak - anak kita akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan kita untuk terus jadi mesin kepada kerajaan (BN) bekerja setiap hari habiskan wang membayar itu dan ini. Rayuan kepada bangsa Malaysiaku fikirkan lah........... RM 2 Billion pembaziran untuk SMART ini sbenarnya kecil jika dibezakan dengan banyak lagi pembaziran MEGA kerajaan (BN) tetapi ia menguji kemana Bangsa ini mahu pergi !
SMART gambarkan ke'sengal'an kerajaan (BN) atau ke'bebal'an rakyat ?
oleh :
cheGuBard, Korea Selatan.
11.00 pagi, 13 Jun 2007
SMART??? kita terus diperkotakkatikan oleh pemimpin2 yang semakin zalim dan rakus...minda kita terus di'beku'kan...sampai bila kita mau tahan??? kita tak lebih tak bukan diumpamakan robot atau jasad yang tak ber'ruh'..kita hanya perlu angguk sahaja.'iya' kan saja putarbelit pemimpin..barulah kita diiktiraf sebagai 'rakyat' malaysia.
ReplyDelete*eh..comel pulak baby tokey cc ni.
http://blog.asiainside.net/munjiny505/
ReplyDeleteSMART yg tak brapa SMART.. ingatkan boleh ler elak banjir selepas pelancaran hari tu.. rupanyer gimik jer, tak 100% siap, kereta je boleh masuk. Air belum boleh. Keriangan palsu lah kita ni.
ReplyDeleteIni adalah kerana kereta dia orang boleh kutip tol.. air banjir tak dak tol. Pada hal tujuan utama dulu nak alirkan keluar air banjir.
Kini, yang bekerja di Dang Wangi KL, resah gelisah bila nampak awan gelap.. terbayang parking kreta bangunan CitiOne, Dataran Merdeka yang makan masa 3 hari untuk pam keluar air. Kereta kalau dah tenggelam banjir insurans tak cover sebab natural disaster.
Yang meniaga di Jln Masjid India sampai hari ni mengadakan LELONG BANJIR SALE kain-kain yang tengelam air banjir hari tu. Ni kot KEMPEN MENURUN HARGA BARANG Shafie Afdal
tapi yang sedih ramai rakyat masih tutup mata ..... :(
ReplyDeleteyer shenyeeaun ada apa dgn blog munjin yang tak di update lama tu...dia sibuk sangat kut....
apa pun harap kali ini rakyat buka mata....jgn mudah kena 'goreng'
terowong dah jd terlopong
ReplyDeletepatotnya kuborkan sami belu dgn azmi kalid saja dalam terowong jahanam tuu...menyusahkan rakyat sajaaa....Hampehhh...!!!!
ReplyDelete