Wednesday, June 06, 2007

Tahniah

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (yang dipanjangkan oleh seorang pengirim email) menyatakan bahawa Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi akan menamatkan zaman dudanya 'secara rasmi' pada 9 Jun 2007. Majlis riskas akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri secara tertutup. Difahamkan hanya keluarga dan rakan terdekat dijemput.

che'GuBard dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdullah dan keluarga. Semoga kehadiran Jeanne Abdullah @ Jean Danker, 53 sedikit sebanyak dapat mengubat luka kehilangan arwah Datin Seri Hendon Mahmod isteri dan ibunda tercinta keluarga tersebut.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Selaku rakyat Malaysia che'GuBard amat berharap selepas ini Abdullah akan menjadi kuat selepas kelihatan begitu lemah selepas kehilangan isteri tercinta.

Blog ini pernah menyiarkan gambar dan berita mengenai hubungan Abdullah sebelum ini dengan Jeanne yang juga ipar kepada arwah Hendon.

* gambar dari Malaysiakini.com

3 comments:

  1. Anonymous8:42 AM

    bila baca artikel cikgu bad..mmg la dia nafikan sebab dia belom kahwin time tu..baru je tgh dok ngayat..takpe la cikgu bad..janji dia dah kawen harap harap buat keputusan yang lebih tepat dan menguntungkan rakyat mcm suruh KJ Gangster bodoh tu jangan main politik lagi..

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:30 AM

    dipersila layari http://srigading.wordpress.com/

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:47 AM

    Jeanne Abdullah: Khairy's Waterloo

    ReplyDelete