Hampir semua rakyat Malaysia terkejut dengan kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Ini kerana sepatutnya selepas membelanjakan RM 2 Billion untuk projek tebatan banjir yang dikenali sebagai SMART maka seharusnya peristiwa itu tidak berlaku.
Menteri bertanggungjawab yang selama ini begitu ke depan membela kewajaran tindakan kerajaan membelanjakan wang malah membenarkan terowong itu dikendalikan oleh syarikat swasta (sehingga 2042 mengutip tol) selepas siap telah membisu selepas projek itu gagal buat kali pertama di uji oleh kejadian alam.
Namun Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah, telah bertindak pantas membela projek tersebut dengan memberikan alasan bahawa projek tersebut masih belum sempurna, dan hanya akan siap sepenuhnya pada hujung Jun.
Ini satu lawak jenaka kerana ketika dirasmikan perbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan bahawa terowong itu telah siap sepenuhnya. Kerja pembinaan projek SMART telah dimulakan pada 1 Januari 2003 tetapi tarikh siap dan pembukaan terowong ini telah beberapa kali tertangguh. pada 7 April lalu telah diumumkan terowong ini telah siap dan sedia digunakan. Pengguna akan dikecualikan dari kutipan tol selama sebulan.
Malah laman rasmi SMART telah menyatakan bahawa projek itu siap sepenuhnya pada Ogos 2006.
Namun kini apabila muncul kegagalan atau masalah baru di akui atau diketengahkan mengenai ada yang masih belum siap. Bila sebenar tarikh projek ini sepatutnya siap ? Jika ia gagal di siapkan berdasarkan masa yang ditetapkan berapa denda yang dikenakan kepada kontraktor terbabit dan berapa wang negara di kutip semula dari denda itu ? Apa lagi sistem dalam terowong itu yang masih belum sempurna ?
rujuk juga kenyataan DAP mengenai Projek Takungan Banjir Batu - Jinjang yang tidak siap.

petikan berita dari merdeka review
berita berkaitan : layari suarakeadilan.com , jahilblog.net , malaysiakini.com
itu biasa ...kompleks mahkamah bocor puncu penutup paip terlepas pandang.,...tak boleh salahkan kontraktor abih nak salah sapa...rm rakyat abih...
ReplyDeleteni terwong nie lak satu satu akan jadi masalah..then bila ada masalah pasti ada alasan...yg pasti duit negara punah dikejekan....
kakitangan awam lak sibuk jadi paksanggup bela sgt menteri yg korup tu.....
kalau lepas hujung Jun masih lagi banjir di Kuala Lumpur maka 50% gaji menteri dan pengarah yang cakap banyak tu dipotong sampai pencen pun dipotong 50% untuk bayar balik wang rakyat yang dibazirkan ..... berani ?
ReplyDelete