Ramai yang terkejut dengan berita pembebasan dan pelepasan, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd memandangkan kes tersebut adalah antara kes skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan.
Sudah jangka
Namun ada pihak yang pernah mencongak keputusan kes tersebut dan ianya telah dijangka bahawa keputusan akan menyebelahi Eric Chia.
Bagaimanapun persoalannya, dengan pembebasan Eric Chia ini, siapakah sebenarnya yang bersalah 'melingkup' dan meranapkan wang rakyat bernilai RM76.4 juta itu.
Penahanan Eric Chia ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mula-mula memegang tampuk pemerintahan negara selepas menggantikan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kesan kepada sokongan rakyat pada Pilihan Raya 2004.
Penahanan Eric Chia dan Kasitah Gaddam antara 'gula-gula' yang dihidangkan Abdullah ketika cuba membina 'sokongan' rakyat yang padu memandangkan ketika Pilihan Raya Umum 1999, Umno hampir 'lingkup' akibat skandal pemecatan membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan sokongan rakyat beralih arah kepada pembangkang.
Perang rasuah PM gagal
Mengulas pembebasan itu, Penyelia Eksekutif Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin berkata, Abdullah yang baru menggantikan Mahathir ketika itu cuba menyakinkan rakyat bahawa kepimpinannya serius dalam perang anti rasuahnya dengan pembongkaran dan mengheret kes kes besar ke mahkamah.
"Ketika pilihan raya tersebut, saya diberi amanah mewakili KeADILan menentang Dato' Seri Mohamad Hassan (BN-Dun Rantau) (kini Menteri Besar Negeri Sembilan), saya telah menyatakan dalam kempen pilihan raya bahawa tangkapan itu hanya gula gula pilihan raya dan akhirnya tertuduh akan bebas kerana tidak cukup bukti dan kes ini akan disenyapkan," tegas Badrul Hisham.
Ketika Pilihan Raya Umum 2004 juga di bawah kerajaan yang kononya memerangi rasuah telah berlaku banyak salah laku rasuah dan seumpamanya.
"Saya sendiri cuba disogok dan laporan polis telah dibuat bersama bukti akuan sumpah pembawa wang sogokan tetapi malangnya tiada sebarang tindakan dan calon BN tersebut pula diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan,"katanya.
Pelantikan Mohamad Hassan menggantikan bekas MB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang akhirnya tersingkir dari jawatan Menteri kerana rasuah dalam pemilihan parti tanpa dihadapkan ke muka pengadilan.
"Penolakan hakim kerana kes itu (Eric Chia) lemah menguatkan tuduhan ia hanya gula-gula menjelang pilihanraya 2004, kerana jika kes itu lemah mengapa pendakwaraya mengangkat kes itu,"tegasnya.
Kes Rafidah dan Rahim kukuh bukti tidak dibicara
Bagi Badrul Hisham, mengapa tidak didahulukan kertas siasatan yang lebih kukuh seperti kertas siasatan rasuah membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz mahupun bekas Ketua Menteri melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Dua kes ini yang kukuh kertas siasatannya pernah membuat Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor merengkok dua tahun dalam penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkannya, katanya.
Kes ini sebenarnya tidak akan terbongkar jika rakyat masih tunduk bisu mengiyakan perang anti rasuah palsu Kerajaan regim BN ini, kerana kes ini merupakan skandal besar yang melibatkan nama-nama besar pemimpin regim negara Malaysia.
Rakyat akan terus 'papa kedana'
"Sekarang jika Eric tidak bersalah, siapa yang harus dipersalahkan dalam kerugian jutaan wang negara.?,"soalnya.
"Sementara Peguam Negara mempunyai kepakaran mencari wang RM0.90 yang hilang atau skru sembilan batang yang hilang sehingga menyeret pesalah dipenjarakan. Takkan jumlah wang berjuta gagal untuk dicari mana punca hilangnya? Pesalah seperti Eric Chia dan Kasitah Gadam tidak pula digari dan dimasukkan kedalam lokap walaupun sekejap,"tegasnya.
Baginya jika kes-kes sebegini berahir tanpa didedahkan siapa pesalah sebenarnya, ahkirnya seluruh rakyat Malaysia negara akan 'papa kedana' jika terus berdiam diri.
Sementara itu beliau menyatakan, Gerak akan menemui PM pada 29 Jun ini jam 10.00 pagi untuk menyerahkan bukti 'sahih" dokumen yang secara jelas memperincikan penyelewengan dan salah guna kuasa yang didakwa pernah dilakukan oleh seorang Menteri Kanan Persekutuan Malaysia.
Selagi tiada usaha serius seperti pindaan undang undang di parlimen untuk membebaskan BPR dari duduk di bawah Perdana Menteri rakyat diajak jangan percaya dengan kempen retorik anti rasuah ala Islam Hadhari ini.
cikgu bard..
ReplyDeleteapa pendapat anda tentang ezam?Ezam dah kuar pkr.Hentam dato seri sebagai diktator.Semalam Star statement Ketua AMK pusat sdr shamsul kata ezam pengkhianat.Now kami nak dengar suara kamu bard.Kalau bole saya mahu kamu letak jawatan dalam GERAK.Ezam telah mencela dan menghina parti.
Sekian terima kasih.
Semua menanti kenyataan dari MPT termuda ini .....
ReplyDeleteBard sila bagi pandangan mengenai Ezam punya tindakan..... itupun kalau berani lah....
tentu kau terperangkap dengan Ezam yang menanggung hidap kau dan Anwar yang menjadi bapa sedara kau hahahahaha
Hidup Shamsul....!
kesiaaan..Keadilan dipenuhi oleh mereka yang berfikiran sempit...sempit sesempit sempitnya...anwar pun tak berani buat kenyataan...masa aku blajar arab dulu, ustaz aku pernah sebut "uskud alamati ridho" maknanya diam tanda setuju..Anwar diam skrang sbb dia sedar tuduhan ezam tu betul..dia skrang sedang muhasabah diri sbb lps dia keluar, keadilan makin lemah..korang renungkanla bebudak keadilan...dan yang kepada yg suruh bard letak jawatan..hang sapa?? bila pulak ezam tanggung bard?? hang tu lain la...keta pun org bayarkan...hehehe
ReplyDeletekan bard ko ordinator gerak? sapa bayar gaji bard? Kan bard kerja sukarela tanpa dibayar gaji oleh GERAK.
ReplyDeleteapeke?
ReplyDeleteMr. Husni, style la ko ni...!!!! Baru padan sapa yang kata tuu...
ReplyDelete