Friday, January 30, 2009

Ringkasan sidang media 30 Januari 2009

Isu kematian A.Kugan bukan isu perkaumandan mendewakan penjenayah.

keADILan Bahagian Rembau dengan ini merakamkan takziah kepada keluarga mendiang A.Kugan yang baru dikebumikan dua hari lepas kerana mati dalam tahanan Polis.keADILan Rembau menegaskan isu ini bukan isu perkauman.

Jika dirujuk kepada statistik kematian dalam lokap beberapa tahun kebelakangan tidak salah rasanya jika wujud persepsi di kalangan masyarakat India bahawa mereka di diskriminasi dan jadi sasaran keganasan PDRM. Sebagai badan penguatkuasa undang undang PDRM bukan sahaja perlu 'betul' tetapi perlu dilihat 'betul'. Jika persepsi (masyarakat India) ini salah PDRM seharusnya berusaha membetulkan bukan bertindak sombong dengan memberikan perbagai amaran kepada masyarakat sebaliknya perkara yang sama terus berlaku.

Realiti sebenarnya semua kaum terlibat dalam kematian dalam tahanan polis ini.

Menjawab dakwaan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan rasa peliknya kenapa penjenayah 'diherokan'?

KeADILan Rembau tidak sama sekali mengherokan penjenayah. Semua individu yang melakukan jenayah tidak harus terlepas dari undang – undang dan perlu dihukum. Kami tidak menghalang penahanan dan siasatan terhadap Kugan. Jika dia bersalah harus di hukum tetapi kematian dalam tahanan Polis , PDRM harus bertanggungjawab.

Alasan kematianya dipalsukan, Polis yang terlibat termasuk Doktor yang terlibat dalam bedah siasat yang pertama harus bertanggungjawab. Jika tanpa campur tangan dan desakan rakyat belum tentu Peguam Negara akan mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh. Kematian Kugan tidak bermaksud jaringan jenayah dapat dihapuskan. Sindiket mencuri kenderaan melibatkan ramai pihak malah ada 'khabar angin' mengatakan pihak berkuasa turut terlibat secara tidak lansung. Kematian Kugan jika benar dia terlibat dalam jenayah samun kenderaan akan melindungi jaringan jenayah tersebut malah menguatkan 'khabar angin' ada jaringan yang cuba dilindungi.

Kalaupun Kugan bukan wira tetapi mayatnya ialah simbol kezaliman penguatkuasaan undang undang rimba yang salah.

Kami mengecam sebarang usaha menjadikan kes ini sebagai isu perkauman dan memutar belitkan pembabitan keADILan dalam pembelaan kematian A.Kugan dan kesemua mangsa kematian dalam tahanan polis.

Imej SPRM lebih buruk dari BPR

Pada 2 Januari 2009 saya telah menghantar kompilasi laporan rasuah kepada SPRM. Ia merupakan laporan pertama yang diterima SPRM. Laporan ini bertujuan menguji sejauh mana keberkesanan SPRM berbanding BPR.

Namun hari ini genap 30 hari, perkembanganganya amat mengecewakan. Semuanya masih sama. Laporan saya yang turut mengandungi kertas siasatan BPR dan aduan kes rasuah nyata seperti disejuk bekukan (amalan biasa BPR). Sebaliknya SPRM dilihat hanya bertindak dengan kes rasuah atau salahguna kuasa mengikut kepentingan politik.

Tanggapan saya bukan melulu tetapi berasaskan kejadian benar.

November lepas Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau ada membuat laporan polis terhadap laporan media yang melaporkan aduan PUTERI Umno Jempol yang disoal siasat secara pelik di dalam bilik Hotel Murah di Bahau. Dia dan rakanya telah disoal siasat secara berasingan dalam bilik dan dikelilingi pegawai yang semuanya lelaki. Namun BPR telah membuat laporan balas terhadap laporan tersebut malah mengugut akan menyaman saudara Azizi kerana menfitnah. Puteri Umno yang membuat laporan polis dan pendedahan media bagaimana BPR menggunakan sesi siatasan sebagai sesi turning over dan memaksanya menandatangani pengakuan palsu itu sebaliknya tidak dikenakan sebarang tindakan malah dilaporkan dalam media ketika Puteri Umno itu berjumpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kes itu selesai..... selesai bagaimana tidak pula dinyatakan.....

Kes tersebut disenyapkan. Jika benar ahli Puteri itu membuat laporan palsu mengapa tiada pendakwaan terhadap laporan palsunya ? Jika laporan mereka benar kenapa perlu ditutup kes tersebut ?

Sebelum itu lagi saya telah membuat sidang media bersama seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Pilah yang ditahan BPR di tempat kerjanya kerana dituduh oleh YB Datuk Hassan Malek sebagai duta kecil yang dihantar Anwar Ibrahim untuk membelinya. Dalam sidang media tersebut kerani Bank tersebut telah mendedahkan bagaimana soal siasatnya juga telah digunakan sebagai 'turning over' dimana pengarah BPR yang menyiasatnya sendiri berkempen agar dia membenci Anwar Ibrahim.

Dan yang terbaru ialah kewujudan laporan polis Saudara Halimi Kamarulzamman, 46, yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.

Bersama ini dilampirkan laporan polis yang saya terima menerusi email dari seseorang yang tidak dikenali. Namun setelah diselidiki laporan polis ini benar wujud.

Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.

Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.

Menurut Halimi, pada 24 Januari, sewaktu di bawa untuk tahanan reman, beliau sudah memaklumkan kepada Majistret di Ibu Pejabat Polis Kuantan dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam selepas dibebaskan.

Katanya lagi, beliau dipaksa untuk mengaku bahawa seorang pemimpin UMNO, Datuk Norza Zakaria terlibat dengan politik wang.

Jelasnya lagi, biarpun didera dan disiksa, beliau tetap memberitahu perkara yang sebenar dan menafikan pembabitan Datuk Norza Zakaria dengan politik wang.

"Sepanjang masa saya dipukul dan didera, mereka telah memadamkan kamera CCTV yang berada di dalam bilik tahanan itu dengan menggunakan plaster," kata beliau.

Di akhir laporan polisnya, Halimi mendakwa, jenayah yang dilakukan oleh pegawai SPRM tersebut kepada beliau adalah mirip peristiwa yang sering berlaku di Abu Gharib (penjara di Iraq).

"Saya amat terkejut dan takut bahawa perkara ini juga berlaku di bawah SPRM yang baru ditubuhkan ini," katanya.

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi
Jika ini benar, maka SPRM yang menggunakan wang rakyat berkali ganda lebih banyak dari BPR sungguh mengecewakan. Saya sama sekali tidak membela Dato' Norza Zakaria. Sebaliknya tidak menolak tanggapan bahawa kemungkinan SPRM mungkin dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
Persepsi yang kononya dengan 'terperangkapnya' Norza maka SPRM sudah berani menangkap 'jerung' adalah satu persepsi silap. Norza hanyalah ikan bilis di kalangan MT Umno.
Dalam laporan rasuah yang saya hantar 2 Januari lepas secara terang – terangan dikepilkan
  • kertas siasatan BPR yang mana BPR nyatakan dua individu ketika menjadi Menteri bersalah rasuah namun dalam ruangan kesimpulan BPR mencadangkan agar digugurkan pertuduhan jika kedua dua individu ini meletakan jawatan termasuk jawatan dalam parti politik.
  • Kertas aduan bersama bukti rasuah yang dilakukan oleh Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
Malangnya berdasarkan makluman dalaman kedua – dua kes ini 'disenyapkan'.

Sebaliknya SPRM pula dilihat begitu pro Bn apabila tanpa ada pengaduan dengan sendiri menyatakan minat untuk menyiasat kes ADUN Bota yang keluar Bn masuk keADILan.

Amalan rasuah dan pendakwaan terpilih ransang ADUN ubah parti

Nampaknya Umno makin celaru dalam isu membenteras rasuah ini. Umno betul betul seperti seloka Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pernah ucapkan....

“Rasuah oh Rasuah...Beri salah....tak beri kalah...buat Umno serba salah...”

Selepas PRU ke 12 yang lalu, sememangnya ada jambatan 'perhubungan' telah dibina antara PAKATAN dengan 4 orang yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan. 2 daripadanya secara terang memberikan isyarat 'setuju keluar Bn masuk PAKATAN sebaik sahaja PAKATAN berjaya mengambil alih kerajaan pusat. Jujurnya selepas pertengahan September lepas hubungan itu 'senyap'. Namun melihat beberapa perkembangan kebelakangan ini mungkin menjadi sebab beberapa minggu lalu ada 'signal ' positif dari yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan.

Mereka menyatakan bosan dengan polimik politik yang tidak kesudahan dalam Bn sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Mungkin panik dengan perkembangan terkini kami diberitakan Menteri Besar Negeri Sembilan telah memanggil perjumpaan tergempar menemui semua YB Bn di Negeri Sembilan dan memberikan amaran kepada mereka. Jika yakin dengan kestabilan Bn mengapa perlu memanggil dan memberikan amaran. Malangnya tindakan beliau telah menjadikan beberapa ADUN semakin menyampah.

Namun saya tidak punya mandat untuk mengumumkan siapa dan bila ? Terpulang kepada YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum ataupun YB. Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk mengumumkan bila masa yang sesuai.

Kita punya banyak masa sebaliknya yang panik ialah Bn itu sendiri. Kes di Negeri Sembilan ini amat menarik kerana seorang ADUN Bn sudah dalam proses perbicaraan di mahkamah tuduhan rasuah. Menurut maklumat dalaman seorang lagi ADUN Bn di kawasan Jempol telah disiapkan kertas siatan rasuahnya dan akan didakwa dalam masa terdekat. Hanya 4 kerusi menjarakkan kuasa rakyat dari mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan. Jika dua sudah didakwa di mahkamah maka kedudukan Bn Negeri Sembilan sudah benar goyah.

Namun kita cukup berhati - hati dalam hal ini dengan mengambil pengajaran September 2008. Walaubagaimanapun tumpuan kita yang utama ialah khidmat kepada rakyat.


Bn juga sedang memancing dengan umpan besar

Walaubagaimanapun kita tidak menolak ada perkembangan di mana Bn sedang berusaha gigih dalam memancing menggunakan umpan besar beberapa pimpinan termasuk YB PAKATAN. Mereka menawarkan habuan besar jika setuju lompat. Antara strateginya ialah Bn menggunakan bekas pimpinan keADILan untuk menghantar masej tawaran. Ini diketahui apabila ada YB PAKATAN yang menceritakan tawaran tersebut kepada pucuk pimpinan parti.

Anwar Ibrahim dalam blognya memperingatkan ;

Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.

Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

sila klik untuk baca penuh

Lompat parti tidak bermoral

Sebaik sahaja kemasukan ADUN Bota ke dalam keADILan isu lompat parti mula diperkatakan semula. Ramai pemimpin Bn termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan bahawa amat tidak bermoral bagi mana – mana YB Bn untuk lompat masuk PAKATAN. Kononya YB Bn yang ingin masuk PAKATAN harus menghormati pengundi yang memilih mereka atas tiket Bn.

Kenyataan ini berbeza sekali bunyinya dengan kenyataan Pengerusi Bn Negeri Sembilan ketika menyambut seorang ADUN DAP di Bahau yang meengisytiharkan masuk MCA pada penggal pilihanraya lepas. Pada ketika itu Mohamad mengatakan tindakan ADUN Bahau bertukar parti amat bijak dan tepat demi membela rakyat.

Ini mungkin maksud 'kluk klek' perkataan baru yang diperkenalkan oleh Umno semasa pilihanrya kecil Kuala Terengganu.

Jemputan Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina keADILan Rembau

keADILan Rembau menjemput seluruh rakyat khususnya di Rembau dan Negeri Sembilan untuk hadir sama dalam Pesta yang diadakan sempena Ponggal dan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada 1 Febuari 2009 di Padang Awam, Taman Koperasi, Pedas, Rembau.

Majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan istiadat kaum India dan kemuncak akan bermula jam 8.00 malam dengan acara jamuan perdana, persembahan kebudayaan, penyampaian bantuan rakyat miskin dan ucapan pemimpin.

Majlis yang akan menjadi Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina terbesar yang pernah diadakan di Rembau itu akan turut dihadiri oleh YB Datuk Kamarul Baharin Abbas, YB Gobalakrishnan, YB Guna, YB Chai Tong Chai, YB Taufek A.Ghani dan ramai lagi pimpinan PAKATAN

Nota : ini ialah ringkasan transkrip sidang media yang diadakan pada 30 Januari 2009 jam 10.45 pagi di Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.

4 comments:

  1. Anonymous6:49 PM

    tolonglah cikgu bad minta benar pr berjaya ambil kerajaan ns tumbangkan Bn yang zalim.......

    rayu semua yang beragama islam solat hajat doa moga kerja dipermudah Allah

    ReplyDelete
  2. Addie7:43 PM

    Bard nie tiap kali menulis mesti panjang - panjang.... lotih baco erk...tapi naik lak semangat lopeh baco....

    hehehehe...apopun syabas Bard tak sesio usho kau...

    ReplyDelete
  3. Man Kanan7:44 PM

    Aku doakan ....

    ReplyDelete
  4. "Kalaupun Kugan bukan wira tetapi mayatnya ialah simbol kezaliman penguatkuasaan undang undang rimba yang salah"

    Lihatlah bagaimana sesatnya manusia sekarang ini. Seperti biasa PKR memang cekap berdolah dalih dan bersembunyi disebalik motif yang sebenar. Mengagungkan mayat Kugan di jadikan alasan simbolik "simbol kezaliman"

    Sesuai sangat agaknya jika satu hari nanti golangan ini mengatakan perlu mengagungkan batu dan kayu sebagai simbol Tuhan maka juga perlu di agungkan.

    PKR nampaknya akan menjadikan apa juga keadaan sebagai simbol demi untuk meraih sokongan. Mengatakan tindakan tersebut tiada kaitan dengan politik dan perkauman sama juga dengan bagi seorang penjenayah yang mengatakan mereka mencuri dan membunuh bukan kerana mereka mahu melakukan jenayah tetapi, itu HAK mereka.

    ReplyDelete