Tuesday, July 14, 2009

1 Ogos : Pemuda Gerakan akan sertai ; Pemuda PR dah mesyuarat belum ?

Semalam Pemuda Parti GERAKAN gabungan parti Bn mengumumkan akan bersama dengan GMI menjayakan himpunan anti ISA pada 1 Ogos di Kuala Lumpur. (sila klik sini untuk baca lanjut)

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.

"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi

Tindakan Pemuda GERAKAN ini jelas amat memeranjatkan rakan - rakan dalam Bn. Percayalah KJ selaku pengerusi Pemuda Bn pasti akan guna apa jua cara untuk gagalkan penyertaan Pemuda GERAKAN dalam himpunan itu nanti. Cuma kini kita nak juga tengok kesungguhan Pemuda Gerakan ini dalam membuat keputusan sendiri atau Gerakan akan terus dibuli Bn dalam perikatan tersebut.

Tarikh 1 Ogos sudah dekat, kejayaan himpunan ini penting kerana dalam isu Bahasa jelas himpunan memerikan kesan ketakutan pada regim Bn ini. Percayalah dengan kejayaan himpunan 1 Ogos nanti pasti akan menghasilkan sesuatu yang positif terhadap gerakan memansuhkan ISA.

Melihat semulada dalam sayap Pemuda Pakatan Rakyat, cuma sehingga kini cuma Dewan Pemuda PAS menyatakan sikap jelas, bagaimana dengan AMK dan DAPSY ? Sudahkah ketiga tiga sayap duduk sekali serta menjemput sekutu PSM serta NGO lain duduk memberikan sokongan kepada GMI. Paling penting bukan sekadar kenyataan tetapi gerak kerja yang bersungguh dalam memobilisasikan rakyat turun ke Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009.

2 comments:

  1. Anonymous11:32 PM

    Buat Chegu bard.. Tok Guru Nik Aziz tlh nyatakan komitmen utk turun.ustaz hadi dan mat sabu memang wajib la.PSM juga sudah raund satu negara roadshow utk MANSUH. Dema dan GAMIS sangat kedepan.. mengalahkan org politik..maklumat yg sy terima, mesy induk utk hmpunan MANSUH ini tiak ada wakil PKR yg hadir kecuali wakil ttnya dri exco amk saja.. tp anwar apa cerita? Cikgu tolong bg penjelasan, kenapa semasa demo PPSMI pimpinan PKR tidak byk berikan sokongan. yg nampak chegu bard dan beberapa pmpnn AMK.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:36 PM

    sy tidak terperanjat dengan tindakan pemuda gerakan. 3 tahun lepas mereka sudah berdialog tntg isu ISA dgn pemuda Pas. selesai dialog tersebut, mereka setuju untuk sama2 lawan ISA setelah diberi kefahaman yg jelas. mereka bw dlm mesy jkuasa pusat Gerakan. ternyata berkesan. pimpinan pusat mereka juga nyatakan bantahan terhadap ISA...

    ReplyDelete