Thursday, June 18, 2009

Umno berbelanja melebihi had yang dibenarkan, kerajaan 2004 kerajaan haram.

Ini isu 'lapok' tetapi baru - baru ini kedengaran balik sebab Umno masih belum hendak bayar hutang bahan kempen pilihanraya mereka.

Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan. Saman ekoran kegagalan Umno menjelaskan hutang barangan pilihanraya 2004 yang ditempah oleh Bendahari Umno yang berjumlah RM218,013,47.

Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Bagaimanapun pada 21 Januari lalu Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.

Itu perkara biasa mahkamah mainan 'regim' ini, tetapi yang pasti hampir RM219 juta belanja hanya untuk barang seperti bendera, kipas, air mineral dan lain - lain berlogo dacing. Cuba bahagikan dengan jumlah calon Umno yang bertanding 2004. Jumlah itu sudah melampaui had perbelanjaan kempen ...itu belum masuk upah jentera berbayar Umno yang lain. Maknanya kemenangan 2004 ialah kemenangan 'haram' tapi biasalah menang haram, kerajaan haram, menteri haram.... sebab SPR dan SPRM yang kita ada pun haramjadah!!

Ingat 'RM' yang mereka belanja ialah 'RM' rakyat....nak dapat undi depa tabur RM rakyat.... dah dapat undi depa kapur RM rakyat..

5 comments:

  1. Anonymous9:44 AM

    ungkapan yang trajis dan sangat menyayat hati 'NAK DAPAT UNDI DEPA TABUR RM RAKYAT, DAH DAPAT UNDI DEPA KAPUR RM RAKYAT'...... sesungguhnya UMNO ialah petualang dan penghancur bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:58 AM

    Lihat dan rasalah bagaimanapun orang umno membelanja DUIT RAKYAT macam duit bapak datuk punya.. memang cukup zalim, lebih daripada zalim..tabur RM untuk rakyat semata-mata untuk berkuasa memerintah dan berkuasa berbelanja duit titik peluh rakyat tanpa had sewenang-wenangnya...All Malaysians please listen up, morons (semua ahli umno) sebegini SEHARUSNYA DAN SEWAJIDNYA dikuburkan sama sekali bersama dengan nama logonya di GE 13 yang akan datang.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:01 PM

    memang ayat cikgu hahahaha..... 2004 kerajaan haram yg di dokong oleh spr dan sprm haram jadah....

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:47 PM

    perjuangan adalah perlaksanaan kata2 dgn tindakan bukan hanya dgn perlaksanaa kata semata2...'maaf saya betulkan sedikit susunan kata2 diatas.

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:03 PM

    korek, korek, korek,
    do what you preach

    ReplyDelete