Tuesday, June 09, 2009

Sokong Guan Eng - i Awards

Memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat bukan satu benda yang baru. Kastam DiRaja Malaysia telah pun lama mengamalkan 'ganjaran' kepada pemberi maklumat, ini berasaskan jumlah nilai rampasan hasil dari maklumat tersebut.

Terbaru ialah Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan i Awards atau Anugerah Integriti. (sila klik sini berita lanjut mengenainya).

Banyak wang rakyat telah diselewengkan di bawah Regim Bn di Pulau Pinang dahulu dan banyak juga yang kalau diusahakan betul - betul dapat dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Contohnya dalam isu premium tanah, royalti pasir dan batuan serta banyak lagi cukai yang telah disengaja silap kirakan. Ia membawa jumlah berbilion sebenarnya.
Maka apa salahnya jika pemberi maklumat yang merisikokan diri dengan perbagai cara diberi sikit habuan.

che'GuBard cadangkan penerima pertamanya ialah Amizuddin Ahmat, bekas Ahli Majlis MPSP yang telah mendedahkan mengenai kepincangan pengiraan royalti kuari di Pulau Pinang. Hasil dari serangan dan pendedahanya maka telah mengembalikan sekurang kurangnya RM6.1 juta wang yang hilang kepada kerajaan Pulau Pinang.

Risiko yang dihadapinya tidak lah sampai nak kena tembak mati dengan 'tonto' tetapi ketegasan beliau menyerang penyelindung rasuah telah disalah ertikan beliau menyerang parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sehingga beliau telah hilang kerusi Ahli Majlis dan dipandang serong. Namun bagi beliau yang sememangnya dari asal bersama menggerakkan keADILan di Pulau Pinang, pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang dan kemudian menjadi Exco Angkatan Muda Pusat semua itu hanya recam perjuangan.

Merujuk tulisan dalam kolum che'GuBard di perakekspress.com (sila klik sini untuk baca) yang juga menyinggung mengenai isu di Pulau Pinang, telah mengundang banyak email komentar hari ini. Menang tajuknya agak bersifat 'provokasi' (Kerajaan Pulau pinang Goyah?) tetapi kepada semua sila terus membaca penuh tulisan santai tersebut. Isunya ialah 'segerakan usaha memperkasakan kuasa rakyat', kemelut ahli majlis berlaku kerana kita meneruskan sistem yang diwariskan oleh regim Bn dahulu.

Pilihanraya kerajaan tempatan yang memberi ruang rakyat mengundi siapa yang mereka mahu untuk layak duduk di kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diharamkan oleh Regim Bn kerana pihaknya kalah terlalu banyak kerusi. Maka kuasa rakyat untuk memilih kerajaan tempatan telah diragut.

1 comment:

  1. Kita kena kuatkan rakyat, jangan harapkan sama ada kerajaan atau lagi-lagi ahli parti politik....paham-paham la kan...

    ReplyDelete