Monday, December 08, 2014

5 akuan bersumpah perlukan pengesahan, apa tindakan PKR ?







Azmin akan sampaikan cita - cita Mahathir

KENYATAAN MEDIA TERBUKA
8 DISEMBER 2014

AZMIN SOKONG PENARIKAN GELARAN DATUK SERI DAN TUDUHAN PENDERHAKA TERHADAP ANWAR IBRAHIM ?

1.       Ada usaha penyokong tuli YB Azmin Ali yang mengatakan saya dan teman – teman membawa cerita basi dan menjadi alat musuh politik YB Azmin Ali dengan tidak sudah sudah menyerang beliau.

2.       Ingin ditegaskan saya dan teman – teman tidak bermusuh dan bermasalah dengan Azmin Ali secara peribadi, tetapi kesalahan Azmin antaranya ialah Ingkar araham parti dengan melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar sehingga memalukan presiden dan menyebabkan parti dilihat negatif. Kesalahan ini bukan setakat disapu dibawah karpet tetapi akhirnya dia berjaya membuat PKR itu membuat ‘u turn’ dengan ketegasan hanya satu calon tunggal. Ketegasan inilah yang menyebabkan YB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim digelar penderhaka sehingga ditarik gelaran dan parti serta PR itu sendiri mendapat impak negative dalam isu perlantikan Menteri Besar baru.

3.       Dalam soal melawan Umno dan Barisan Nasional, sama sekali saya dan teman – teman tidak kompromi. Kita mengkritik Umno / Bn sebagai tidak adil dan mengamalkan dua set undang undang tetapi dalam mendepani isu ini jelas PKR mengamalkan dua set undang – undang. Azmin dan yang rapat denganya semua lepas tetapi yang lain kritik sikit sudah digantung atau dipecat. Ini yang perlu diperbetulkan.

4.       Ingat kerana kerakuasan Azmin Ali lah langkah Kajang yangs eharusnya dibuat secara teliti terpaksa dibuat tergesa gesa, Tanyalah Presiden PAS bagaimana Azmin pada peringkat awal secara sulit melobi dirinya tetapi apabila diketahui Anwar Ibrahim, Azmin menyalahkan Hj. Hadi yang memujuk beliau agar khianati parti dan ini juga antara punca kekalutan dalam PR itu sendiri.

5.       Pada yang mengatakan kami membawa cerita basi dan yang sudah itu sudahlah , jawapan kami mudah bagai mana nak sudah kerana impak kesan tamak Azmin melobi diri terus terjadi dan yang terbaru Anwar Ibrahim dihina Istana dan ditarik gelaran. Ada pula yang yang mengatakan kami dibayar oleh Khalid Ibrahim. Saya menjawab tidak satu sen pun kami mendapat bayaran dari sesiapa, malah dalam hal Khalid sendiri pun berbakul kritik kami khususnya dalam hal pampasan RM2.6 juta kepada 6 kakitanganya. Audit Selangor sudah menyatakan perkara itu salah, jika Khalid penuh integrity minta sahaja bekas kakitangan kamu itu pulangkan pampasan tersebut. Dari jumlahnya sahaja iaitu RM2.6juta untuk 6 orang sudah tidak munasabah. Selaku MB, disokong Azmin menggunakan semua saluran undang – undang mendapatkan semula wang tersebut dan pulangkan semula kepada rakyat Selangor.

6.       Bila kami bercakap soal Azmin kami diserang sebagai dibayar oleh Khalid. Bila kami bercakap soal Khalid kami dituduh diperalat Azmin. Mana politik baru dalam PKR ?

7.       Soalnya mana badan disiplin parti dalam isu Azmin ini ? Jelas kesalahan serius Azmin selaku Timbalan Presiden Parti ingkar arahan parti dia secara senyap berjumpa ADUN menyusun lobi ke Istana. Siapa pun Sultan jika menerima nama Presiden secara rasmi tetapi mendapat lobi yang kuat dari Timbalan Presiden sudah tentu akan meminta lebih dari dua nama kerana jelas nama satu calon itu tidak mendapat sokongan kukuh.

8.       Parti,PR dan malah tidak keterlaluan dikatakan Anwar sendiri tanpa mengetahui keadaan yang Timbalan Presiden PKR sabotaj Presiden telah memilih untuk sedikit berkeras dengan Istana. Bukan sahaja Anwartetapi rakyat pun mempersoalkan tindakan Istana ketika itu, namun ketahuilah ia berlaku kerana lobi diri sendiri yang begitu hebat oleh Azmin Ali.

9.       Akhirnya melalui kawan – kawanya dalam korporat, politik da nada yang rapat dengan Umno/Bn pun dia berjaya melobi kemudian dia berjaya membuktikan bukan dia dikawal parti sebaliknya Parti terpaksa membuat pusingan U berkeras dengan satu calon kepada tunduk longlai bersetuju pencalonan dia. Dia tidak mempedulikan kesan yang bakal ditanggung parti malah Anwar Ibrahim sendiri.

10.   Episod terbaru ialah Anwar ditarik gelar oleh Istana. Kepada Anwar Ibrahim yakinlah penarikan gelar ini walaupun tidak dinafikan ada kesan kepada pengundi saluran satu khususnya Melayu yang maklumatnya terbatas namun bagi kami anak muda kami tetap bangga dengan kamu. Anwar tetap kereta kebal terbaik merempuh regim korupsi ini.

11.   Tetapi muncul persoalanapa peranan Azmin. Melalui maklumat yang diperolehi, Sultan Selangor tidak akan mengambil keputusan menarik gelar jika tidak mendapat persetujuan Dewan Diraja Selangor iaitu sebuah Jawatankuasa Penasihat Istana Selangor yang dianggotai tokoh – tokoh penting seperti Kerabat, Tokoh Masyarakat dan Lantikan dari pemegang jawatan penting dalam Kerajaan negeri Selangor. Isu penarikan gelar ini telah dibincangkan pertengahan November lagi dengan salah seorang anggota panelnya ialah Azmin Ali sendiri. Ramai mahu mendengar apa dialog Azmin dalam mesyuarat tersebut ? Keputusan sebulat suara bermaksud Azmin juga bersetuju dengan 4 alasan yang merumuskan Anwar derhaka dan ditarik gelar dari Istana ? mana janji kesetian Azmin.

12.   Melihat perkembangan ini jelas politik Azmin licik seperti bapa angkatnya. Dilihat baik dan setia tetapi rencong menikam di dalam. Rakyat perlu diperingat selepas berjaya lobi diri sendiri hingga memalukan Presiden  dan Ketua Umum tetapi imej baiknya konon terpaksa menjadi MB kerana menjunjung taat atas arahan Istana, kerana Sultan mahukan dia. Hari ini dia menjunjung kasih taat setia kepada Istana menyokong menarik gelar dan Istana menggelar penderhaka ke atas Anwar dan tidak menolak kemungkinan selepas ini dia akan menjungkung kasih taat Istana singkir Anwar dari berperanan di Selangor termasuk penasihat ekonomi. Kemungkinan ada selepas itu juga dia akan menjunjung kasih selaku Azmin, Menteri besar bergelar Datuk Seri Selangor pula akan menyingkirkan Anwar dari PKR itu sendiri dan menghimpit Anwar berehat lebih awal dari politik. Dia akan berselindung di sebalik Istana. Liciknya mengingatkan kita pada bapa angkatnya.

13.   Silapnya pada siapa ...? Silapnya pada Anwar sendiri kerana sejak awal memberi payung emas menjadikan Azmin kebal... selepas PRU 2008, Azmin keluar TV3 kutuk Presiden sebagai pengamal nepotisna dan kronisma tetapi Anwar diam....kemudian 2010 dan terbaru 2014 pemilihan penuh  trajedi ... berkilo bukti dipersembahkan Anwar diam.....akhirnya anak emas ni telah menjadi dinasor tamak yg tidak boleh ditahan lagi.

14.   Sejak naik sebagai MB dia telah memulakan proses pembersihan bukan penyokongnya dan meletakkan penyokong berperanan di mana – mana. Ia akan melebar bukan sahaja dalam Kerajaan Selangor tetapi dalam parti seluruh negara selepas ini atas alasan mudah disalurkan dana.

15.   Kepada Ketua Umum,Presiden PKR…ibu dan bapa gerakan reformasi… Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail… banyak sudah pengorbanan kamu, kami bukan setia membabi buta tetapi kami sedar kamu sedang dihimpit teruk oleh Azmin Ali dan kuncunya. Kamu sedang diuji dalam dan luar parti. Bertahanlah cuma permintaan kami jujurlah dan bertindaklah.

Sekian.

MEGAT KHAIRUL ANUAR B. RAZALI
B 030003354
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor

Wednesday, November 26, 2014

jom bertukar ke Ayam Kampung Organik (CB Farm)


Sempena Ulangtahun Cergas Berkat (CB) Farm Sabtu ini 29 Nov 2014. CB Farm akan menjual ayam kampung organik dgn RM13.50 sekilo (selalu Rm14/kg) bagi menghargai pelanggan yg menyokong selama ini.

Kepada semua ....ayuh beralih kpd ayam segar dari ladang, tiada suntikan dan bebas bahan kimia... harga ayam kampung organik selalunya dipasaran RM16-RM17 sekilo. Kami proses dan melakukan penghantaran secara percuma setiap Sabtu dengan harga RM14/kg tetapi Sabtu ini 29 Nov 2014 kami jual RM13.50 sekilo... ambilah kesempatan bagi yang baru ingin mencuba.

Kami membuat penghantaran percuma ke sekitar Seremban (dgn minima 3 ekor) Nilai, Bangi, Ampang serta Cheras dgn minima 4 ekor...

berminat whats app atau sms nama, alamat penghantaran dan kuantiti ke 0129781707 (Sani)

Ia bukan mimpi ia mudah dengan Sim Kad buat duit

Saya telah mendapatkan 'cash' setiap bulan dari sim kad bikin duit... kenapa anda tidak...?


Berminat sila hantar sms nama, IC, alamat, no telefon ke 0105363954
Dgn daftar TONE EXCEL :
FREE kredit RM30
FREE simkad
FREE RM10 bila topup RM30
FREE RM20 bila topup RM50
FREE PA Insurans (RM100k)
Rebet 3% dari Topup kita
FREE points bila topup
Points boleh tebus / redeem:
FREE Handphone
FREE Smartphone
FREE Tab
FREE tiket AirAsia
BILA promosi :
Kita akan dibayar
·RM20.00 setiap org yg mendaftar dgn kita.
·Komisen bulanan hingga 26% tiap kali yg mdaftar dgn kita tu topup.
·Komisen tahunan hingga 20% berdasarkan berapa orang yg kita daftarkan.
‪#‎Kita‬ tidak perlu buka kedai Topup, mereka boleh Topup di mana sahaja,  kita akan tetap dibayar komisen.
‪#‎Pasaran‬ amat luas kerana semua orang adalah pengguna handphone.
Modal perniagaan amat rendah, iaitu hanya RM90.00 sekali seumur hidup.
Dan anda hanya perlu Topup seperti biasa.. tapi kali ini anda akan dibayar.
Mudah!
Berminat sila hantar sms nama, IC, alamat, no telefon ke 0105363954

Media Indonesia buktikan rakyatnya punya Kad Pengenalan Malaysia !

Kenyataan Umum
24 November 2014

Warga Indonesia Punya Kad Pengenalan Malaysia : Putrajaya Perlu Beri Penjelasan

Solidariti Anak Muda Malaysia menuntut Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan penjelasan penuh berhubung warga Desa Labang, Indonesia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia untuk memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini melalui Keningau, Sabah. Tuduhan ini bukanlah satu tuduhan yang boleh dipandang enteng memandangkan ianya telah menjadi tajuk berita akhbar negara berkenaan (rujuk gambar akhbar tersebut di bawah).

Apakah polisi kewarganegaraan dan pemilikan Kad Pengenalan Malaysia telah berubah? Adakah rakyat Indonesia diberikan pengecualian khas untuk turut mendapatkan kad pengenalan Malaysia?

Menurut laporan akhbar tersebut, terdapat ejen pembuat IC yang mengenakan bayaran sebanyak RM 500 dan pemohon hanya perlu memberikan sekeping gambar sahaja untuk membuat kad pengenalan. Prosesnya kelihatan sungguh mudah berbanding proses memohon kewarganegaraan yang lebih rumit sama ada dari segi dokumentasi atau pun kelulusan.




Maka, timbul persoalan apakah ini merupakan sindiket atau satu lagi projek haram yang dihalalkan oleh pihak berkuasa atas sebab kepentingan politik? Rakyat Sabah nampaknya sekali lagi sedang dijadikan mangsa dengan kali ini kebanjiran warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan Malaysia. Lebih membimbangkan jika warga-warga Indonesia ini diberikan taraf bumiputera.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia mendesak Putrajaya memperjelaskan perkara ini. Kegiatan memberikan kad pengenalan berlandaskan alasan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini adalah sangat tidak beretika dan menggadai keselamatan negara.

Tanpa proses saringan dan siasatan latar belakang pemohon yang ketat, Putrajaya sedang membuka laluan untuk mengulangi semula kebanjiran warga Sulu dan Filipina yang akhirnya telah mendatangkan ancaman kepada negara kita. Tindakan ini boleh dikategorikan sebagai satu tindakan bebal yang tidak mempelajari daripada insiden serangan pengganas Sulu dan juga situasi terjejasnya keselamatan perairan Sabah sehingga kini.

Rejim Najib Razak tidak harus terus menggadaikan keselamatan negara dan juga nyawa petugas-petugas keselamatan Malaysia lagi.

Mohd Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Segmentasi Antarabangsa
Solidariti Anak Muda Malaysia


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


Pampasan jutaan kepada Pegawai Khalid ? Apa lagi harapan rakyat ?

Kenyataan Media
22 November 2014

Khalid Perlu Tampil Berdepan Isu Pampasan Bekas Kakitangan

Isu pampasan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah isu yang besar dan perlu ditangani dengan telus. Saya telah menerima satu email yang menyatakan mengenai jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan kepada formula 30% daripada gaji yang didarabkan dengan jumlah tempoh bulan perkhidmatan. Media juga telah menyatakan bahawa terdapat juga bayaran ganti kepada notis tiga bulan.

Jumlah pampasan yang diterima menurut sumber email dan bayaran ganti kepada notis tiga bulan yang didedahkan media adalah seperti berikut :

Nama : Faekah Hussin
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Eksekutif MBI
Pampasan 30% : RM 585,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 114,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 699,000

Nama : Rohani Dato' Talib
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Operasi MBI
Pampasan 30% : RM 468,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 72,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 540,000

Nama : Arfa'eza Abd Aziz
Jawatan Akhir : Setiausaha Akhbar MB
Pampasan 30% : RM 358,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 55,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 413,000

Nama : Mustafa Talib
Jawatan Akhir : Setiausaha Politik MB
Pampasan 30% : RM 234,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 264,000

Nama : Rahimah Kamaruddin
Jawatan Akhir : Pegawai Koordinasi MB
Gaji Bulanan : RM 11,000
Tempoh Berkhidmat : 67 bulan
Pampasan 30% : RM 221,100
Ganti Notis 3 Bulan : RM 33,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 254,100

Nama : Dr. Sulaiman Masri
Jawatan Akhir : Pegawai Khas Komunikasi
Gaji Bulanan : RM 8,000
Tempoh Berkhidmat : 65 bulan
Pampasan 30% : RM 156,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 24,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Abdul Halim Mohd Yusof
Jawatan Akhir : Pengurus Penyelidikan Ekonomi
Gaji Bulanan : RM 10,000
Tempoh Berkhidmat : 50 bulan
Pampasan 30% : RM 150,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Tuan Nazuri Ismail
Jawatan Akhir : Pegawai Akhbar
Gaji Bulanan : RM 5,890
Tempoh Berkhidmat : 55 bulan
Pampasan 30% : RM 97,200
Ganti Notis 3 Bulan : RM 17,670
Jumlah Pampasan Diterima : RM 114,870
Jumlah Keseluruhan Pampasan : RM 2,644,970

Persoalan yang muncul apakah rasionalnya pentadbiran Khalid Ibrahim meluluskan pembayaran sejumlah pampasan setinggi RM 2.6 juta ini? Menurut penghantar email tersebut, dikatakan kesemua penerima ini tidak layak menerima bayaran pampasan tersebut kerana mereka adalah kakitangan kontrak yang memilih untuk berhenti kerja secara sukarela.

Sekiranya kontrak yang telah dimeterai sebelum ini membenarkan, pampasan yang diberikan ini tetap salah dari segi moralnya kerana terlalu tinggi. Ia juga menimbulkan persoalan yang lebih besar terhadap pentadbiran Khalid Ibrahim sebelum ini yang dikatakan telus dan berhemah. Mengapa kontrak sebegini rupa telah dibuat? Adakah di zaman Khir Toyo juga berlaku perkara sedemikian?

Sehubungan itu, saya sebagai anak jati negeri Selangor tampil untuk mendesak :-

1. Khalid Ibrahim perlu tampil memperjelaskan mengenai perkara ini dengan jujur, telus dan komprehensif. Jika perkara ini sememangnya telah dimeterai di dalam kontrak perjawatan, Khalid Ibrahim perlu menjelaskan apakah sebabnya kontrak sebegini dibuat? Adakah hanya kerana ianya melibatkan individu-individu yang rapat dan menjadi penyokong setia beliau?

2. Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu perlu segera mengarahkan satu pendengaran awam SELCAT dilakukan dan mengheret kesemua penerima pampasan termasuklah Khalid Ibrahim untuk dibicarakan secara terbuka. Pendengaran Awam SELCAT perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini akan terus dimanipulasi di media dan juga laman sosial. Kebenaran harus ditegakkan tanpa mengira siapa.

3. Jika perkara ini dibuktikan salah oleh SELCAT, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penerima dan pelaku kerana ia telah melibatkan penyalahgunaan kuasa dengan memberikan arahan supaya individu terbabit agar berhenti kerja secara sukarela di saat akhirnya secara sengaja bagi tujuan menggunakan wang rakyat untuk bayaran pampasan tersebut.

Ingin saya tegaskan, sebagai anak muda dan rakyat negeri Selangor, kami tidak akan boleh berkompromi dan bertoleransi dengan sebarang tindakan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh mana-mana pihak. Apatah lagi dilakukan oleh sepasukan pemimpin politik yang selama ini mengatakan mereka adalah pemimpin yang telus dan berhemah. Khalid Ibrahim dan sekutu perlu tampil bertanggungjawab.

Semua ini adalah duit rakyat negeri Selangor, rakyat yang juga selama ini mempertahankan kerajaan PR untuk penggal kedua berturut-turut. Jangan khianati sokongan yang telah diberi atau mungkin berdepan dengan 'penyingkiran' pada pilihanraya negeri akan datang.

Megat Khairul Anuar Razali
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Kerajaan Persekutuan Perlu Bentang Laporan RCI Sabah Sebelum Dewan Rakyat Tamat

Kenyataan Umum
24 November 2014

Kerajaan Persekutuan Perlu Bentang Laporan RCI Sabah Sebelum Dewan Rakyat Tamat

Isu kebanjiran dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah adalah satu isu yang serius. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk membentangkan laporan RCI ini sebelum tamatnya sesi persidangan Dewan Rakyat. Jika kesuntukan waktu, Kerajaan Pemerintah perlulah memohon kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat agar ditambah hari bersidang agar laporan ini dapat dikemukakan kepada semua ahli Dewan Rakyat.

Tindakan Perdana Menteri yang mahu membentangkan laporan RCI Pendatang Tanpa Izin di Sabah pada bulan Disember 2014 adalah bertentangan dengan hasrat penubuhan RCI ini. Sepatutnya Dewan Rakyat dijadikan tempat untuk pembentangan laporan ini agar seluruh Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan dan memperhalusi apa juga kandungan laporan tersebut.

Malah, tindakan membentuk satu jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan laporan ini juga menunjukkan hakikat sebenar bahawa Putrajaya di bawah pentadbiran Najib Razak ini sememangnya tidak mempunyai iltizam politik untuk menyelesaikan perkara ini dengan tuntas. Isu yang telah begitu lama berlaku ini perlulah diberikan penjelasan dengan segera.

Sikap bertangguh dan ketiadaan iltizam politik ini juga telah mengakibatkan berleluasa gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing sehingga kini. Keadaan ini juga bukanlah satu rahsia lagi di negara jiran seperti di Indonesia, di mana akhbar di sana juga telah mendedahkan terdapat warga Desa Labang di Indonesia yang diberikan kad pengenalan hanya untuk tujuan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini melalui Keningau, Sabah.

SAMM telah pun mendedahkan perkara ini dalam satu kenyataan bertajuk Warga Indonesia Punya Kad Pengenalan Malaysia : Putrajaya Perlu Beri Penjelasan. Didedahkan bahawa urusan mendapatkan kad pengenalan untuk warga Indonesia ini juga terlalu mudah apabila hanya perlu membayar sebanyak RM 500 dan memberikan sekeping gambar sahaja. Sedangkan proses kewarganegaraan ini diketahui bukanlah satu proses yang mudah sama ada dari segi dokumentasi atau pun kelulusan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Putrajaya untuk segera membentangkan laporan Suruhanjaya DiRaja berhubung pendatang asing di Sabah agar segala cadangan dan komentar dapat diperhalusi oleh pelbagai pihak. Hal ini sangat penting untuk memastikan keselamatan Sabah dan negara tidak lagi diperdagangkan. Najib Razak tidak harus terus menggadaikan keselamatan negara, menggadaikan nyawa rakyat Sabah dan juga petugas-petugas keselamatan Malaysia lagi.

Che’Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

sila baca juga : 

SAMM antara NGO awal muncul di Lahad Datu klik sini




adakah Sabah memerlukan referendum ? klik sini untuk membaca lanjut 


Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

Kenyataan Umum
25 November 2014

Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) kecewa dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang terus tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat. Esok, 26 November 2014, Najib Razak akan menggunakan Parlimen Malaysia untuk membuktikan negara ini akan terus kekal mampu menjadi budak Amerika yang baik.

SAMM mendapat maklumat bahawa pada jam 11.30 pagi, Rabu 26 November 2014, Najib Razak sendiri akan membentangkan Kertas Putih mengenai IS (Islamic State). Desakan pembentangan kertas putih ini langsung tidak kedengaran tuntutannya dalam negara bagi menuntut penjelasan mengenainya selain daripada desakan Amerika Syarikat dan salakan 2-3 kerat pemimpin yang disusun bagi menunjukkan Malaysia adalah alat kepada Amerika Syarikat.

Kertas putih adalah satu cara berdasarkan sistem demokrasi berparlimen bagi memberikan penjelasan dan mencari kebenaran bagi sesuatu persoalan besar dalam negara. Mengapa Najib memilih IS? Mengapa tidak ada kertas putih berhubung MH 370? Kenapa tidak ada kertas putih untuk MH17 dan insiden serangan di Lahad Datu? Atau mengapakah tidak dibentangkan laopran RCI berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang telah tertangguh lama dan juga telah dijanjikan oleh Menteri untuk dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini?

Jawapannya adalah mudah. Rejim yang ada hari ini tidak pernah mempedulikan rakyat sendiri. Isu MH17 dan MH370, kita tersepit dalam pertembungan politik dunia dan sangat ketakutan apabila diugut. Rejim Pemerintah langsung tidak mempunyai keberanian untuk bangkit mempersoalkan apa jua yang berlaku walaupun ia telah mengakibatkan nyawa ramai manusia melayang, harta benda dan kedaulatan negara sendiri.

Isu Lahad Datu juga adalah satu isu dan masalah yang dicipta kerana kerakusan sendiri untuk mempertahankan kuasa yang akhirnya telah memangsakan pasukan keselamatan dan rakyat sendiri. Sementara, isu RCI Sabah, jikalau ia dibentangkan sudah pasti ia akan membogelkan rejim ini diatas onar yang dilakukan mengkhianati kedaulatan dan demokrasi negara. Sekali lagi ia dilakukan hanya kerana kerakusan mahu mengekalkan kuasa pemerintahan.

Kesimpulannya, pembentangan kertas putih mengenai IS esok telah membuktikan bahawa Perdana Menteri yang kita ada hari ini adalah Perdana Menteri yang paling lemah dan lemau dalam sejarah negara. Tidak langsung mempedulikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat sendiri tetapi terus mahu menjadikan Malaysia sebagai Budak Amerika Syarikat Yang Paling Setia.

Che’Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Wednesday, November 19, 2014

AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA

Kenyataan Terbuka
19 November 2014

AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA

Saya MegatKhairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sejak berjayamelobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun. Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.

Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.

Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.

1. Sisa pepejal

Saya mendapat maklumat bahawa selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Negeri Selangor pada tahun 2008, berlakunya diskriminasi Kerajaan Persekutuan yang melarang sisa pepejal daripada di hantar ke Tapak Pelupusan Sampah termoden di Bukit Tagar, Kuala Selangor. Inilah sebab utama masalah sisa pepejal di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Namun begitu, pentadbiran Khalid Ibrahim telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Memasuki penggal kedua pemerintahannya, beliau telah pun meletakkan seorang exco kanan yang amat berdedikasi iaitu YB Teng Chang Kim bagi menyelesaikan masalah ini. Dan sepanjang tempoh tersebut gandingan dua pemimpin ini terus menjalankan usaha gigih. Untuk membina tapak pelupusan sampah baru bukanlah kerja yang mudah. Banyak isu teknikal yang perlu diperhalusi agar ia tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan masyarakat dan alam sekitar.

Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat atau mendengar usaha komprehensif daripada Menteri Besar baru selain daripada menganugerahkan harga tender yang lebih tinggi kepada kontraktor atas nama untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Untuk sekadar mengatakan masalah sisa pepejal ini berlaku hanya kerana harga tender yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini adalah rendah juga sebenarnya tidaklah tepat sangat.
Banyak juga tender yang diberikan dalam negara ini dengan harga yang tinggi tetapi projek tetap gagal disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan atau tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan. Kegagalan bukanlah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu harga tetap meliputi juga aspek pemantauan oleh PBT, kekurangan tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.

Pengurusan sisa pepejal antara alasan digunakan untuk membuang Khalid Ibrahim tetapi apa yang dilakukan oleh Azmin secara konkrit selain dari bergambar memanjat lori sampah dan bergambar sambil membersihkan longkang ?

2. Keadaan Jalanraya

Berapa ramai antara kita yang menyedari terdapat dua kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Untuk Jalan Persekutuan urusan mengurustadbir dan pemuliharaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala untuk Jalan Negeri pula ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui PBT tetapi dananya turut dikongsi oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran jalan yang jumlah tahunannya dikira berdasarkan formula bilangan penduduk dan panjang jalan dalam sesebuah negeri.
Jadi, jika jalan yang rosak ini dari Banting ke Morib sebagai contoh, ia adalah salah Kerajaan Persekutuan dan jika Jalan Reko di Kajang pula, ia termasuk di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Namun semasa isu ini dibangkitkan semasa krisis Menteri Besar tempohari kita tidak diberitahu data dan statistik jalan rosak yang tidak dibaikpulih itu. Sama ada banyak di Jalan Persekutuan atau di jalan Negeri.

Ini juga antara alasan pemecatan Khalid kerana kononya gagal memastikan sistem jalan yang baik tetapi apa yang dilakukan secara konkrit oleh Azmin ?

3. Lebuhraya KIDEX
Ini adalah kemunafikan besar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu KIDEX ini menjadi bahan jajaan yang cukup hebat untuk menggulingkan Khalid Ibrahim. Dikatakan tindakan Khalid bersetuju dengan pembinaan KIDEX sebagai tidak memenuhi kehendak penduduk setempat dan juga tidak membawa hasrat manifesto Pakatan Rakyat.

Sekarang, saya ingin mengemukakan persoalan, apakah apabila dengan menukar Menteri Besar ini sahaja maka KIDEX telah memenuhi hasrat rakyat setempat dan manifesto PR? Di mana suara Tony Pua yang sebelum ini kononnya sibuk memperjuangkan rakyat yang menolak KIDEX? Ataupun KIDEX ini hanyalah satu punching bag untuk menipu rakyat menggulingkan Khalid Ibrahim walhal sememangnya Pakatan Rakyat Selangor bersetuju dengan pembinaan KIDEX?

4. Bekalan Air Terawat dan Empangan Langat 2

Ini juga merupakan satu lagi penipuan besar yang diolah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim. Dijaja mengenai perjanjian Bank Islam yang menjadi punca Khalid Ibrahim menandatangani persetujuan tersebut. Walhal, fokus utama Khalid Ibrahim adalah untuk menjadikan konsesi bekalan air terawat di Selangor sebagai milik rakyat negeri Selangor sendiri. Apakah ini tidak bagus untuk rakyat?

Dan tiba-tiba Azmin Ali mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?

5. Pengembalian Bible Yang Dirampas JAIS

Tidak terhenti setakat isu air ini, Azmin Ali ini sekali lagi tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah hero yang menyelesaikan isu bible yang dirampas JAIS. Kenyataan Majlis Agama Islam Selangor bahawa DYMM Sultan Selangor dan MAIS yang sebenarnya melakukan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini telah menunjukkan sifat hero jadian manusia bernama Azmin Ali ini. Terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya.

Sehubungan itu, saya menyeru Menteri Besar baru ini untuk berhenti memplagiat usaha dan inisiatif orang lain. Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.

Menjadi Menteri Besar bukan sekadar melakukan aktiviti terjah atau pun berada rapat dengan rakyat melalui program-program kemasyarakatan semata-mata tetapi juga harus mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia. Sehingga ini Azmin Ali masih lagi gagal untuk mengemukakan agenda fiskal yang baik untuk negeri Selangor. Ataupun mungkin Azmin Ali juga akan menjadi seperti Ali Rustam yang terkenal sebagai MB KBSM sahaja itu kahwin, bersalin, sakit dan meninggal dunia bukannya dikenali dengan kemampuan menjana ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Saya tidak sendiri dalam membuat kenyataan ini. Saya mewakili sekumpulan anggota PKR yang turut mempunyai sentiment yang sama. Persoalan ini harus dijawab. Satu kempen senyap sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan – persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor. PKR tidak harus menjadi parti – parti lain yang kita kritik selama ini menjatuhkan dan menaikkan individu berdasarkan kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan kerugian kepada umum lebih malang lagi yang dinaikkan hanya pandai bermain media dan beretorik semata.

Sempena 100 hari kami anggota PKR Selangor sendiri akan tampil untuk membentangkan ‘report card’ 100 hari Azmin

Sekian



klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Wednesday, November 12, 2014

Kenyataan Ketua Pengarah JPJ hasil dari tekanan Regim arah kutip saman maksima untuk membiayai kantung pemerintah.

Kenyataan Media
11 November 2014

Jangan Salahkan Penjawat Awam Semata-Mata

Negara ketika ini telah dikejutkan dengan satu kenyataan luar biasa bodohnya oleh seorang pegawai kerajaan berpangkat ketua pengarah suatu agensi penting negara. 

Kenyataan yang membawa maksud "Operasi membabitkan kesalahan gagal patuhi ukuran spesifikasi plat nombor pendaftaran adalah penting dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan maut", mendapat kritikan umum di media sosial.  

Namun setelah diteliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kesimpulan bahawa Ketua pengarah agensi terbabit terpaksa mengeluarkan alasan yang memalukan diri dan agensi, hanya kerana memenuhi arahan pihak atasan yang mahu kutipan saman maksima dari segala aspek. 

Malah dalam masa yang sama, semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa telah diarahkan supaya mengeluarkan semaksima saman untuk menghukum rakyat negara ini demi memenuhkan kantung perbendaharaan negara. Terdapat kuota saman yang harus dicapai dan dipenuhi setiap hari dapat dilihat dari jumlah besar sekatan jalan dan sekatan undang-undang seperti spesifikasi nombor plat dan cermin gelap dilaksanakan. 

Saman kini bukan lagi menjadi mekanisma mendidik tetapi menjadi satu sumber kerakusan sebuah kerajaan yang penuh korupsi. 

Lantas, SAMM melihat penjawat awam dari segenap jawatan hingga ketua pengarah menghadapi tekanan yang besar dari pemerintah untuk mendapatkan sumber kewangan. Mereka menjadi mangsa kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari (Tun Faisal) ketua propaganda media baru umno sendiri melalui laman twitternya, turut menghina penjawat awam. Inilah nasibnya bekerja sebagai penjawat awam yang akhirnya dipaksa mengundi kerajaan dengan pelbagai ugutan.

Maka tidak hairan lah seorang Ketua Pengarah secara tidak langsung telah mengeluarkan kenyataan yang diluar dari logik pemikiran.

Ini bukan kali pertama kenyataan kurang bijak dikeluarkan oleh pembesar negara. Banyak menteri dan ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan tanpa menyelidik sentimen rakyat khususnya ketika menghadapi kemelut kenaikkan kos sara hidup.

Semoga kita rakyat mengamalkan pemikiran yang budiman dan tidak meletakkan suatu kesalahan terhadap mereka yang menjalankan tugasan dan SAMM menyeru semua penjawat awam sedar bahawa mereka sedang diperkudakan oleh regim yang tidak mempedulikan mereka, Arahan tidak masuk akal dikeluarkan tetapi bila salah sikit penjawat awam dibiarkan terhimpit.

Malah terbaru pemuda Umno kononya telah bertemu dengan Ketua Pengarah JPJ tersebut dan meminta operasi JPJ dihadkan malah Ketua Pengarah JPJ diminta menghadiri program Pemuda Umno konon untuk menyelesaikan tekanan yang wujud.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Polis traffic disalahkan apabila gila menyaman tetapi tahukah kita mereka antara agensi yang
diarah mengukit semaksima ungkin dari rakyat



ambulan juga tidak terlepas
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Friday, October 24, 2014

Jika Anwar Ibrahim ke penjara, Najib Razak dalam bahaya

Kenyataan Terbuka
24 Oktober 2014

ANWAR TIDAK AKAN KE PENJARA

1.       Persoalan apa keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi bualan. Saya sendiri dihujanipersoalan ini dari perbagai pihak termasuk media. Ramai yang melihat Anwar akan ke penjara namun telahan saya sedikit berbeza.

2.       Saya tidak mahu membincangkan kes ini dari aspek teknikal atau perundangan kerana bagi saya jelas kes inimerupakan kes politik dan sahih wujud konspirasi kerana tidak boleh sesiapa nafikan sebelum Saiful dikatakan diliwat ia muncul ‘mengadap’ ketua seteru politik Anwar.

3.       Oleh kerana ia kes politik maka keputusan kes Fitnah 2 ini terletak kepada perkiraan juga. Aspek antarabangsa nampaknya agak kecil dalam kes kali ini kerana Najib sudah mampu memunculkan diri sebagai budak Amerika yang baik dalam perbagai aspek.

4.       Dari sudut parti politik Umno itu sendiri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan Anwar di luar penjara.Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam Umno dan Bn itu bukan sedikit jumlahnya. Namun mereka tidak mungkin menyerang Najib secara terbuka kerana tidak mahu merisikokan kestabilan Umno dan Bn kerana antara ancaman terbesar Umno dan Bn masih ada iaitu Anwar. Ramai yakin jika Anwar dipenjara, maka ancaman besar hilang jadinya kumpulan yang kecewa dengan Najib pastinya akan bergabung dan mula menyerang Najib. Bukan itu sahaja perebutan dan pertembungan antara kem akan lebih jelas lagi. Kini semuanya tidak berlaku hanya kerana mereka takut hilang kuasa kerana mereka amat faham dengan kelebihan Anwar mencelah jika krisis besar berlaku dalam Umno/Bn dan mereka semua akan hilang kuasa. Kesimpulanya Najib akan selesa dan selamat jika Anwar di luar.

5.       Muncul pula persoalan adakah Mahathir akan diam jika Anwar bebas dibawah pemerintahan Najib ? Jawapanya Najib bukan Pak Lah yang dikuasi oleh kelompok muda diketuai Khairy yang tidak memahami seni politik ketika itu. Mahathir kini harimau dicabut misai mengamun sekali sekala tetapi diam, dia kini mendapat akses kepada banyak tempat, Mahathir kini dijinakkan dengan duduk dikerusi no. 1 Proton, malah anaknya juga dilayan baik selaku MB Kedah.

6.       Dilihat dari aspek ikatan Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri pula lebih positif bagi Najib jika Anwar bebas. Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar. Orang- orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar boring pencalonan.  Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia akan seolah anti klimaks kepada kartel Azmin ini. Jika Anwar ditahan pasti akan berlaku operasi ‘pembunuhan politik’ besar besaran dalam PKR. Dimana bukan penyokongnya akan diflush keluar.

7.       Namun melihat bagaimana dia dan kartelnya melanggar keputusan parti secara licik dan tersusun melobi diri sendiri dalam kes Menteri besar Selangor tanpa penghiraukan dia memalukan presiden parti, menyebabkan istana menuduh DSAI sebagai pengkhianat/penderhaka malah ikatan PR turut dirisikokan hanya kerana dia mahu menjadi MB… melihat perkembangan tersebut dapat dijangka jika Anwar bebas maka akan berlaku pertembungan dimana jelas akan berlaku pertembungan besar yang mampu mengakibatkan pepecahan besar.

8.       Kesimpulannya jika Anwar ditahan PKR akan dikuasai Azmin cuma mengecil sedikit kerana bukan kartel akan dipancung. Namun ia tetap bahaya pada Bn kerana kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran Najib yang lemah akan mengalihkan sokongan pada PKR dan PR. Namun jika Anwar bebas PKR akan bertembung hebat diantara kartel Azmin dan penyokong Anwar / Azizah maka parti itu akan hancur dan sudah tentu PR akan terjejas teruk.

9.       Persoalanya ialah apa yang rakyat dapat ? Saya yakin jika analisis ini kekal dan tanpa kejadian atau campur tangan lain, InsyaAllah Anwar akan dibebaskan, maka menjadi cabaran baginya untuk menyusun dalam saki masa yang terhad selepas keputusan mahkamah itu dalam mendepani cabaran yang cukup mencabar bagi melakukan sentuhan terakhir bagi menumbangkan regim Bn.
Sekian.


3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

KENYATAAN TERBUKA
23 OKTOBER 2014

3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

1.       Kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 (sila klik)  langsung tidak dijawab YB Azmin Ali jelas hari ini semua tuduhan saya benar dan semua telahan saya dalam kenyataan tersebut menjadi nyata. Sedihnya PKR, PR telah dipermainkan hanya kerana cita – cita rakus seorang ahli politik sejati dan lebih malang lagi seorang yang digelar ibu gerakan reformasi, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,Presiden parti dimalukan oleh Azmin Ali.

2.       Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai bagaimana 5 orang ADUN (2 DAP 3 PKR) selepas beberapa hari mengikrarkan sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah membuat satu surat sumpah berbeza. Masing masing menarik sokongan ke atas Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan kononya taat setia dengan pilihan siapa juga yang dipilih DYMM Sultan Selangor. Maka muncul persoalan ; Siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya ? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB ?

3.       Dalam kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 jelas menyatakan dan selepas Azmin menjadi MB telah terbukti sememangnya Azmin telah melanggar disiplin parti Parti telah menegaskan berkali kali hanya satu calon bakal MB tetapi Azmin dengan jelas juga telah tidak mempedulikan keputusan parti dengan terus melobi diri untuk menjadi MB. Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri juga sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

4.       Jelas PAS menghantar 3 nama tidak terkandung nama Azmin dan DAP  serta PKR menghantar satu nama yang jelas bukan Azmin. Siapa yang menghantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri. Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR (PAS PKR dan DAP) bersetuju hanya satu nama sebagai calon MB dia telah menghantar nama sendiri ke Istana melalui surat Badan Perhubungan PKR Selangor

5.       Akhirnya rakyat menyaksikan parti gerakan reformasi tersungkur di depan kuasa feudal. Tetapi ramai tidak mengetahui mengenai lobi diri sendiri azmin ali dan kewujudan akuan bersumpah 2 adun DAP dan 3 adun PKR terhadap Dr.Wan Azizah  yang digunakan dalam usaha melobi Istana pada ketika itu. Jika ini benar maka sewajarnya Istana tidak harus dipersalahkan. Salahnya ialah PKR mempunyai seorang Timbalan Presiden yang jelas tidak punya disiplin parti, tidak mampu bergerak secara organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita cita peribadi.

6.       Lobi diri sendiri dan sengaja tidak akur keputusan mesyuarat ialah pelanggaran disiplin parti. Persoalanya apa tindakan disiplin parti ? Adakah Azmin begitu berkuasa kerana bukan sahaja dia dengan jelas dan sengaja tidak akur keputusan parti tetapi mampu pula membuat parti u turn dan mengikut kehendak dia ?

7.       Jika PKR mampu ‘deal’ dengan pemimpin yang tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Tan Sri Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti ? Adakah PKR mengamalkan 2 set undang – undang berbeza, satu untuk anggota biasa dan satu set undang- undang untuk mereka yang istimewa ?

8.       Mengenai 3 ADUN PKR yang menandatangani SD menarik sokongan pada Dr. Wan Azizah jika parti memberi jaminan akan mengambil tindakan serius (jika benar) saya sedia memberikan semua bukti yang ada pada saya kepada lembaga disiplin parti.

9.       Dalam perkembangan yang hampir sama awal lagi terdedah konon wujud pula satu lagi SD lain yang menyebut nama ADUN Sri Andalas mengenai menarik sokongan terhadap Presiden PKR selaku MB malah wujud pula sekeping surat rasmi yang konon menyatakan dia keluar parti kerana kecewa. Beliau telah menafikan semua ini dan menyatakan telah membuat laporan polis. Namun ramai terus mempercayai ada kemungkinan dokumen – dokumen tersebut mungkin benar. Di sini YB Xavier diminta menamakan balai mana, tarikh , masa dan no. report laporan polisnya yang menafikan SD menarik sokongan terhadap Wan Azizah dan surat konon meletakkan jawatan itu palsu ? Dia kini bertaraf Naib Presiden PKR sudah tentu dia perlu tampil menafikan perkara sebegini.

10.   PKR sendiri termasuk Azmin sendiri harus tampil menjawab persoalan ini. Jika tidak jelas hanya kerana cita – cita politik maka seluruh anggota PR, anggota parti komponen lain dalam PR serta penyokong dan seluruh rakyat dipergunakan.

Sekian .


cheGuBard
Anggota Seumur Hidup (digantung)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)