Wednesday, June 03, 2009

Nik Aziz sokong 'geng Erdogan dalam PAS'

Tersenyum tengok muka depan Sinar Harian semalam. Muktamar PAS kali ini yang akan berlansung hujung minggu ini menarik perhatian perbagai pihak. Baik penyokong Regim atau Pakatan Rakyat. Keputusan muktamar yang mempunyai agenda pemilihan pucuk pimpinan PAS sudah tentu memberikan kesan kepada semua. Kalau tersalah pilih tentu regim akan tersenyum. Regim Bn melalui media mereka sibuk cuba mempengaruhi perwakilan juga untuk memilih calon harapan mereka. Itulah sebabnya tidak semena mena ada 'tokoh PAS' yang diberi ruang besar dalam Utusan. Ada masuk muka dalam temuramah semuka penuh dan ada yang masuk muka depan memaklumkan mengenai 'si anu' yang mendapat pencalonan tertinggi kononya.

Media arus perdana milik regim Bn lah yang mewujudkan kem - kem dalam PAS....ada kem di gelar Erdogan difitnah kononya mengadaikan prinsip PAS dengan menyokong Anwar dan ingin bersama dengan Pakatan Rakyat.... jika bijak tentu perwakilan boleh membaca pula isyarat tersembunyi iaitu kem satu lagi sedia meninggalkan Pakatan Rakyat dan ini menguntungkan Regim Bn.... ini permainan jahat media Bn

Husam Musa ialah pemimpin yang sering dikaitkan dengan geng Erdogan
oleh media arus perdana Regim Bn


Apa pun che'GuBard walaupun bukan ahli PAS amat mengharapkan perwakilan memilih dengan matang.

Melihat akhbar Sinar semalam muka dengan tersenyum bila baca komen Tuan Guru Nik Aziz. Katanya“Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular.”

2 comments:

  1. blog baru kat ns http://fuadantiwahabi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:32 AM

    Salam Sdra.

    Saya melihat kesungguhan dalam perjuangan sdra. Sebagai org Islam bukankah berjuang bersama PAS itu mendekatkan kita ke jalan Allah swt drp berjuang bersama PKR atau Sdra. sebenarnya mencari jawatan kerana seandainya masuk PAS sdra akan tiada sebarang jawatan. Jawab dgn ikhlas demi kepentingan bersama. Saya melihat perjuangan sdra lebih terarah kepada perjuangan sosialisme.

    Tq

    ReplyDelete