Friday, July 31, 2009

Unit Ehsan akan beraksi esok !

Unit Ehsan sebuah perkumpulan anak muda yang menumpukan kerja sukarela dengan menerapan pembinaan minda kental juang akan turut beraksi esok.

Setelah bermesyuarat panjang secara jarak jauh dengan beberapa 'pemuka' Unit Ehsan maka keputusan telah dibuat apabila 100 anggota Unit Ehsan lengkap berseragam akan diturunkan bagi membantu aspek teknikal dan keselamatan dalam himpunan esok.

Satu sidang media khas oleh Unit Ehsan Pulau Pinang bagi pihak Unit Ehsan Malaysia akan diadakan pada hari ini 31 Julai 2009 (Jumaat) jam 4 Petang di Pusat KEADILAN, Sg. Semambu (depan bangunan Umno Permatang Pauh). Semua wartawan dijemput hadir.

che'GuBard kini cuba menghubungi GMI bagi kerja - kerja penyelarasan teknikal bagi menempatkan petugas berseragam Unit Ehsan ini.

Orang ramai diseru hadir tanpa rasa gusar, semua aspek teknikal dan keselamatan sedang dipersiapkan dengan teliti.

Esok jam 11 pagi 'team' dari Rembau akan bertolak dari stesen Komuter Seremban dan akan disertai oleh pasukan peguam. Sesiapa nak turut serta sila berada sebelum 11 pagi di Stesen Komuter Seremban.

Malam ini sebagai usaha mobilisasi saat akhir 9.00 malam : Ceramah Mobilisasi menjelang Himpunan Mansuhkan ISA, bersama che'GuBard, Tn Man Tn Ibrahim dan Dato Fauzi A.Rahman di Kg. Mengkarak, Bera, Pahang.

Pertubuhan bukan kerajaan dan Gerakan Mahasiswa dah nyata persetujuan turun 1 Ogos

Semalam Gabungan Mansuhkan ISA menerima sokongan dari 41 organisasi lagi, iaitu 15 Pertubuhan Cina dan 26 Kumpulan Mahasiswa dari seluruh negara. Ke semua mereka menyatakan hasrat menyokong Himpunan Mansuhkan ISA yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 di Istana negara sabtu ini.

Mereka juga memberikan komitmen untuk menghadiri Himpunan ini dan dijangkan GMI bakal menerima lebih banyak sokongan dalam sehari dua ini dari pelbagai ideologi politik, agama, bangsa dan pelbagai peringkat usia.

Sebelum ini GMI sudah mengesahkan bahawa Parti Gerakan yang juga komponen BN yang menentang akta ini sudah menyatakan sokongan untuk hadir bersama.

Ini menunjukan usaha GMI ini bukan didokong oleh Pakatan Rakyat sahaja, tetapi dari semua kumpulan yang memahami dan menentang kezaliman akta ISA ini;

Berikut adalah senarai 41 organisasi NGO yang baru nyatakan sokongan;

1. Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
2. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
3. Persatuan siswazah-siswazah Taiwan Cheng Kung University Malaysia
4. The United Lee’s Association Selangor & KL
5. Bahagian Belia Persatuan Hopo KL & Selangor
6. Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuan K.L & Selangor
7. Selangor & KL Hokkien Assciation Youth Section
8. Bahagian Belia Persatuan Huian Quangang KL & Selangor
9. Bahagian Belia Persatuan Teo Chew Selangor & KL
10. Bahagian Belia Persatuan Wui Leng Selangor & KL
11. Bahagian Belia Persatuan Murid-murid tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor.
12. Bahagian Belia Persatuan Foo Chow Selangor & KL
13. Bahagian Belia Persatuan Shing An Selangor & W/P
14. Gabungan Persatuan-persatuan Bekas Penuntut Sekolah China W/P & Selangor (Belia) .
15. Bahagian Belia Persatuan Char Yong Selangor & W/P.
16. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
17. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
18. Gerakan Mahasiswa Islam UUM
19. Gerakan Mahasiswa Maju UPM
20. Gerakan Mahasiswa Maju USM
21. Gerakan Mahasiswa Maju UUM
22. Gerakan Mahasiswa Maju NEC
23. Inter Varsity Council (IVC)
24. Ikatan Studi Islam (ISI) UKM
25. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)
26. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
27. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
28. Majlis Pelajar Cina UTM
29. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM
30. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM
31. NEC Social Concern Group
32. Persatuan Bahasa Cina UM
33. Persatuan Bahasa Cina UUM
34. persatuan Bahasa Tionghua UPM
35. Persatuan Bahasa Tionghua USM
36. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
37. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM
38. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM
39. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kedah (GBBM)
40. Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM
41. UUM Community Service Group "

YB Pak Hamdan meninggal dunia

ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari sms seorang kenalan sebentar tadi.

Malumat ini juga telah disahkan oleh ahli keluarganya.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Thursday, July 30, 2009

Pro ISA mula tak jadi demo

Polis telah mengeluarkan amaran sesiapa yang berhimpun akan ditahan dan tidak menolak kemungkinan akan diadakan tangkapan untuk pencegahan perhimpunan. Biasalah itu kerja polis regim Bn. nampaknya Himpunan 1 Ogos ini akan lebih menarik kerana bukan sahaja yang anti Regim akan berhimpun tetapi yang pro regim yang membawa tema pertahan ISA juga dikatan akan berhimpuan.

Hari ini Polis memperkuatkan amaran. Seperti biasa kita anak muda pejuang rakyat tidak seinci berganjak. Perhimpunan tetap diteruskan jangan khuatir semua akan aman dan semua telah dirancang dengan teliti, itu bunyi kenyataan Pengerusi GMI.

Nampaknya sedikit perkembangan terbaik, geng pro ISA sudah mula sedikit mengendur. Omar Din , tuan guru Silat Lincah yang memang terkenal dengan pro regim ini sudah mengeluarkan amaran kepada ahli silat lincah agar jangan terlibat dalam himpunan 1 Ogos. Sedangkan sebelum itu dikatakan kononya Lincah hendak menggerakkan ribuan anak buahnya untuk sertai Ibrahim Ali di Kuala Lumpur. Bagus juga Omar Din tarik diri sekurang kurang ada sikit lagi penghormatan orang ramai kepada dia, kalau tidak taraf dia sama sahaja setaraf dengan Ibrahim Ali di mata masyarakat. sila klik sini untuk baca lanjut.

Malam ini pula geng Ibrahim Ali nak mesyuarat ramai yang jangka mereka akan tarik diri. Namun che'GuBard tak percaya puak ini tarik diri, sebab mereka tidak perlu takut mereka akan dilindungi Polis dan kemunculan mereka sebagai kemunculan berupah sebagai alat regim.

Kepada semua jangan gusar kita turun ramai - ramai dalam tenang. Jika nampak puak pro ISA ini jangan usik cuma tengok sahaja mereka dengan pandangan 'kasihan'....

Himpunan 1 Ogos diteruskan.

Ramai yang membuat andaian sendiri apabila perbagai berita tersebar di media arus perdana termasuk amaran polis dan tindakan nakal 'berbayar' geng pro ISA. Namun dengan ini diumumkan penganjur Himpunan 100,000 rakyat desak mansuh ISA tetap akan meneruskan himpunan seperti di rancang.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan khususnya pihak keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Kerajaan gagal pastikan 'food security' Malaysia

'Food Security' ialah terma yang digunakan untuk menggambarkan jaminan keselamatan untuk semua mendapat jaminan akses terhadap bahan makanan utama. Jaminan ini selalunya merupakan tanggungjawab 'penguasa' yang kalau merujuk kepada negara Malaysia ia merupakan peranan Kerajaan Malaysia dan makanan utama kita beras.

Isu mengenai 'food security' ini telah menjadi perbincangan dunia sejak 80an lagi. Sejak itu bukan sedikit seminar dan resolusi diluluskan seluruh dunia berkenaan perkara tersebut. Kerajaan di seluruh dunia pula semakin sedar kerana desakan untuk memainkan peranan lebih besar dan penting dalam memberikan jaminan 'food security' kepada rakyatnya.

Namun dua hari lepas tersentak membaca laporan sebuah agensi berita antarabangsa.
Reuters melaporkan: A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents.
Bernas atau Padi Beras Nasional yang ditubuhkan pada 1994 menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ialah syarikat yang diberi kuasa memonopoli pasaran beras negara. Selepas LPN digantikan BERNAS sememangnya banyak rungutan mula timbul kerana tanggungjawab sosial yang menjadi agenda utama LPN telah digantikan dengan tumpuan perniagaan BERNAS. Penyenaraian BERNAS pada Ogos 1997 di Papan Utama Bursa Malaysia menjadikan BERNAS sebuah organisasi perniagaan tulen yang menumpukan tanggungjawab kepada pemegang saham sebagai keutamaan dan tanggungjawab sosial menjadi tumpuan selepas itu.

Dan kini lebih malang negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini melibatkan isu 'food security' dan keselamatan negara secara tidak langsung.

Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.

Nampaknya jelas regim pemerintah hari ini gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam menjamin keselamatan makanan negara.

'Periuk Nasi' rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.

Dengan ini Najib Tun Razak dan kabinetnya seharusnya keluar dengan penjelasan yang menyakinkan, kenapa ini dibenarkan berlaku ? Banyak ruang ekonomi negara tergadai kepada kapitalis asing yang pintunya dibuka oleh Najib dalam agenda liberalisasi pasarannya.......Adakah penggadaian Bernas ini juga termasuk dalam dasar liberalisma ekonomi Najib Tun Razak ?

Di laporkan syarikat Hong Kong tersebut berjaya memiliki pegangan sebegitu besar dalam BERNAS apabila sedikit - demi sedikit membeli saham dalam BERNAS melalui pembelian berperingkat dari pegangan tokoh korporat individu (Umnoputra) yang sering dikaitkan dengan regim pemerintah.

Yang pastinya Umnoputra yang mendapat tempat itu telah kaya dan hasil penjualan sahamnya dia kan lebih kaya raya tetapi mereka tidak kisah untuk menjualkan apa yang diperolehinya kepada orang asing. Ini bukan isu cina, jinjang cuba membuka sebanyak mungkin kedai runcit atau India, ladang Bikam membuat tuntutan tetapi apa yang berlaku ialah regim ini membenarkan industri strategik negara dikuasai oleh orang asing (bukan warga Malaysia).

Seluruh rakyat mendesak agar kuasa monopoli dalam industri beras yang di miliki oleh BERNAS yang kini dikuasai oleh kapitalis asing harus ditarik balik. LPN harus ditubuhkan semula bagi mengendalikan sepenuh industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial.

Negara sedang menuju penjajahan bentuk baru, regim pemerintah menghina peluh petani.

Wednesday, July 29, 2009

Bincang - Bincang (26 Julai): peruntukan DUN dan Salahguna kuasa

Bincang - bincang terbitan TvSelangor.com pada 26 Julai 2009 telah merakamkan siri bual bicara ini dengan tajuk 'Peruntukan Dun dan Salahgunakuasa'.

Dipengerusikan cheGuBard dengan menampilkan YB Dr. Halimah Ali (Exco Kerajaan Selangor), YB Hanizah Mohamed Talha (Tinbalan Speaker) dan YB Teng Chang Khim (Speaker merangkap Pengerusi SELCAT) sebagai panelis.

Rakaman selama satu jam ini boleh di ikuti dengan klik tajuk di bawah.
Dalam siri ini dibincangkan dan diketengahkan fakta menerangkan perihal peruntukan DUN dan bagaimana peruntukan DUN di operasikan di Selangor.

Keluhan Nora yang 'perlu' diberi perhatian.

Jika ada kelapangan membaca blog teman - teman menjadi pengisi ruang masa. Kira - kira tiga minggu lepas ketika membaca blog Nora dalam postingnya mengenai dia yang disaman kerana dituduh memaki polis, che'GuBard telah meninggalkan komen.

Tidak lain tujuan untuk ucap nyatakan sikap kebersamaan che'GuBard (tak kiralah selaku pemimpin parti atau peribadi) dalam isu tindakan mahkamah ke atasnya. Dalam komen itu juga che'GuBard meninggalkan ucapan tahniah kerana mendengar cerita geng - gengnya mendapat sedikit 'rezeki'. Namun tak sangka ucapan tersebut dijawab dengan artikel panjang Nora yang menjelaskan semua perkara.

Mungkin keluhan Nora ini perlu diberi perhatian semua kita aktivis yang kekal menjadi aktivis atau aktivis yang diberi kesempatan menjadi pemimpin untuk renungan dan difikirkan.

Sika klik di sini untuk membaca lanjut artikel Nora.

Nora yang dikenali cukup berahsia mungkin sudah berubah...... dia menceritakan lagi dalam posting blognya hari ini, sila klik sini pula untuk membaca postingnya.

Penjelasan : Insurankan kemaluan anda

Merujuk kepada posting lalu mengenai iklan 'Insurankan Kemaluan Anda' (sila klik sini untuk baca lanjut) che'GuBard telah menerima email penjelasan dari bahagian pemasaran syarikat insuran berkaitan. Untuk berlaku adil di sini diperturunkan petikan email tersebut.

We thank you for your concern over the message displayed on the billboard poster.

We wish to inform that the message is a result of a vandalism act on ACE Insurance’s billboard advertisement in 2006. The original message should read “Melindungi Kemajuan Anda” or in English “Insuring Your Progress”, which is our company’s tagline. The matter has been rectified immediately then and Bank Negara Malaysia was duly informed.

We regret if the vandalized billboard has caused embarrassment to the general public.

<CorporateCommunications.MY@acegroup.com>

Tuesday, July 28, 2009

Najib bayar RM20 juta untuk dapat imej baik ?

Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.

Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.

Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.

Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.

Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM. Sila klik sini untuk melawat rangkaian pejabat Apco di Tel Aviv.

Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..

Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..

Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.

Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

cheGuBard sudah pun menulis sebelum ini mengenai perkara ini. sila baca petikan di bawah.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)
petikan di atas ialah dalam tulisan antara Chin Peng dan Henry Gurny untuk baca lanjut sila klik sini.

Tahniah Ranting Taman Ilmu, Nibong Tebal

Satu ranting baru di cabang Nibong Tebal, telah mengadakan satu Ceramah Perdana minggu lepas. Dibawah Sdr. Rizal Hamid walaupun perbagai cabaran dihadapi termasuk terpaksa 3 kali berpindah tempat ceramah, namun malam itu kesungguhan dan penat lelah mereka berbaloi apabila hampir 10 ribu orang menghadiri program malam tersebut.

sila klik sini untuk membaca lanjut laporan program dalam blog Din Binjai.
Semalam Najib Tun Razak mengumumkan KPA atau sasaran kerja kabinetnya. Ada 6 sasaran kerja yang diumumkan.

Semua ini retorik tak akan jauh ubah seperti slogan bekerja bersama saya atau perang rasuah Abdullah Badawi sedikit masa dulu.

Untuk Najib tak perlu pakai perkataan boombastik nak tipu orang kampung seperti KPI atau KPA tetapi bergerak dan bertindak dengan kuasa yang ada pada kamu.

  • Sasaran 1 untuk menangangi jenayah yang paling penting buang dulu Musa Hassan yang punya rekod dan banyak aduan jenayah. sila klik sini untuk baca aduan jenayah libatkan Ketua Polis Negara. Kemudian kewujudan IPMC iaitu sebuah ebuah suruhajaya bebas memantau PDRM seharusnya disegerakan kewujudanya. Mana mungkin badan penguatkuasaan yang dikuasai politik dan kegiatan salah mampu memastikan KPI penurunan indeks jenayah.
  • Sasaran 2 iaitu 'Perang Rasuah' ..... ayat perang rasuah ini sudah jadi lawak yang membosankan. Senang sahaja kalau serius mahu memerangi rasuah bebaskan badan pencegahan rasuah dari duduk dibawah ketiak orang politik. Letak SPRM terus bawah parlimen, lantikan dan semua urusan terus dibawah tanggungjawab parlimen bukan bawah ketiak pemimpin politik regim pemerintah sahaja.
  • Aspek pendidikan negara telah berjaya dimusnahkan oleh pemimpin politik seterusnya. Dasar pendidikan menjadi celaru kerana tiap kali tukar menteri tiap kali dasar bertukar. Jawapanya ialah Suruhanjaya Pendidikan Negara harus diwujudkan segera dan terus dibawah parlimen Malaysia. Satu dasar pendidikan yang menjadi teras bangsa Malaysia harus lahirkan dan diperkukuhkan. Pendidikan bangsa ini perlu disusun dengan meneliti kehendak dan perkembangan pasaran kerja tanpa mengenepikan pengukuhan teras bangsa.
  • Usaha membasmi kemiskinan dan bantuan usahawan pasti akan menemui kegagalan apabila semua ini dikuasai oleh niat politik kepartian. Contoh jelas dalam blog ini banyak kali cheGubard merakamkan peristiwa bagaimana berdepan dengan pihak pemberi bantuan yang menolak untuk memberi bantuan semata - mata sebab politik. Malah bukan satu rahsia pemohon pinjaman TEKUN perlu menyatakan keahlian Umno atau mengemukakan permohonan serentak dengan permohonan.
  • sasaran 5 iaitu pembangunan luar bandar akan dilihat tersasar kerana ia turut melibatkan unsur parti regim yang kuat. Tidak dinafikan anatara masalah utama negara ini ialah pembangunan tidak sekata. Ada tempat terlalu maju dan mewah tetapi jauh sedikit di pinggir jelas amat ketara ketinggalan. Ini lebih diparahkan apabila peruntukan pembangunan parlimen dipolitikkan apabila kawasan yang diwakili bukan parti regim Bn, ahli parlimen atau wakil rakyat yang dipilih dinafikan hak peruntukan pembangunan.
  • menyentuh mengenai hasrat peningkatan taraf pengangkutan awam amat baik cuma secara realitinya ia sering gagal apabila nafsu rakus pemimpin regim diambil kira. Perlu jujur satu ketika dahulu taraf pengangkutan awam negara berada di tahap yang agak sedikit baik, namun semua ini disabotaj sendiri oleh regim. Pengangkutan awam sengaja dilumpuhkan untuk membolehkan rakyat punya alasan untuk membeli kereta nasional yang kononya murah dan dibuat untuk rakyat. Sejak waktu Abdullah menjadi PM pengangkutan awam menjadi tumpuan, bukan untuk pembaikan tetapi untuk mengayakan lagi anak beranak dan kerabatnya dengan kontrak penaik taraf pengangkutan awam. Pengangkutan awam tak nak taraf tetapi anak beranak nya yang naik taraf.
Jadi apa yang baru dalam KPA Najib semalam ..............?

Pesanan / persediaan untuk Himpunan 1 Ogos



"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:


Jatuh Bangunan : Beng Hock Koyak Seluar, Kian Chong Kepala ‘Meletup’

Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan;

“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.

Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.

Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.

Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.

Kematian jatuh dari banggunan di Malaysia...sangat bersih

Kesan jatuh dari banggunan di Malaysia…sangat bersih.

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri.

(artikel Herman)

ADUN Bn Negeri Sembilan terima rasuah

SEREMBAN, 27 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim dituduh menerima rasuah RM2,000 daripada seorang lelaki di sebuah restoran di Mantin, dekat sini. Mustafa dituduh meminta wang suapan dari M.Manimaran, 37, untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.

Beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban di hadapan Hakim Amran Jantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 10(b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih.

Mustafa dituduh menerima wang tunai RM2,000 daripada pengadu M. Manimaran, di Restoran Jabrin Maju, No.17, Jalan Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5.00 petang, 31 Ogos 2008.

Manimaran yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes ini, mendakwa Mustafa Salim melalui seorang lelaki bernama Mustafa Pendek, juga pernah meminta wang tunai RM3,000.00 di Lot 1321, Mukim Pantai di sini pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008, atas alasan untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.

Mustafa juga mengahadapi tuduhan yang ketiga iaitu meminta wang tunai RM2,000 dari Manimaran di Badan Pencegah Rasuah (Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di Jalan Dato' Kelana Makmor pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Mustafa diwakili oleh peguam Ahmad Rosdi Ahmad Idrus, Dato' Taqiyuddin Yahya dan Mohd Faisal. Manakala John Fernandez bertindak sebagai peguam pemerhati Manimaran.

Manimaran juga menolak cadangan peguambela Mustafa, bahawa pemberian wang tersebut adalah untuk program bantuan orang miskin dan ibu tunggal.

"Sumbangan bermakna pemberian ikhlas, tetapi saya diugut dan diminta memberi wang tunai secara paksa," kata Manimaran.

Sementara itu Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), V. Mahendran, 25, menjelaskan bagaimana sebuah telefon bimbit Sony Ericsson K700i yang diubah suai digunakan untuk merakamkan perbualan audio dan visual tertuduh dan saksi di Restoran Jabrin Maju pada hari kejadian.

Katanya, telefon bimbit itu diletakkan di atas meja dalam keadaan sedia untuk rakaman sebaik tertuduh duduk dan selepas tertuduh ditahan, telefon bimbit itu diserahkan kepada pegawai SPRM, Asisten Suprintendan Mohamad Ashraf Zamari.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Dato' Abdul Razak Musa, Mahendran memberitahu wang perangkap sebanyak RM2,000 telah direkodkan nombor siri terlebih dahulu di pejabat SPRM Negeri Sembilan sebelum serbuan diatur.

"Sejurus Mustafa menerima wang tersebut dari Manimaran, dan selepas Manimaran meninggalkan meja untuk membasuh tangan, beberapa pegawai SPRM telah menyerbu Mustafa.

"YB mengambil kunci kereta dari meja dan cuba lari, walau bagaimanapun pegawai SPRM berjaya menahan beliau," kata Mahendran lagi.

Pada prosiding di sebelah petang, mahkamah telah ditunjukkan rakaman DVD perbualan dan transaksi tuduhan tersebut yang berlaku di restoran Jabrin Maju, yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit tersebut.

Walau bagaimanapun rakaman tersebut terpaksa dihentikan selepas beberapa minit kerana sistem audio televisyen yang digunakan kurang jelas.

Peguambela MUstafa, Mohd Faisal mempertikaikan bahawa salinan rakaman DVD yang diberikan kepada barisan peguamnya adalah lain daripada apa yang ditayangkan di mahkamah.

Mohd Faisal memohon kepada mahkamah agar mereka diberikan salinan DVD yang dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dengan alasan ada kemungkinan pihak pendakwa akan menyunting rakaman tersebut selepas Pegawai Penguatkuasa SPRM memberikan keterangan tadi.

Hakim Amran Jantan menetapkan bahawa rakaman DVD ini akan diteliti semula ketika kes ini bersambung lagi pada 3 dan 5 Ogos depan. - mns_

Lagi Umno marahkan Khairy secara terbuka...

Bukan satu benda yang terselindung atau pelik orang Umno mencemuh Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno sendiri. Namun Khairy yang sedar perkara ini tetap tenang dengan harapan strateginya kini untuk mula 'mengorat' Rosmah untuk duduk semula di hati Najib akan berhasil lantas semuanya deritanya akan berakhir, maka masa itu mungkin semua yang membelasahnya akan menerima habuan semula.

Terbaru, puak - puak pro ISA yang diketuai oleh Ibrahim Ali dan kuncu - kuncunya telah membelasah Khairy secara terbuka kerana kenyataannya yang memberikan amaran kepada semua pemuda Umno agar tidak terlibat dalam demo pro atau anti ISA yang akan diadakan 1 Ogos ini.

sila klik sini untuk membaca lanjut mengenainya.

Khairy yang sememangnya porpular dengan kenyataanya yang menggelarkan semua yang turun ke jalan ialah beruk - beruk ketika isu hangat perhimpunan BERSIH dan HINDRAF menggegarkan negara sebelum pilihanraya lepas. Kononya himpunan menyatakan sikap bukan budaya kita.

Namun seperti bapa mertuanya yang porpular dengan 'flip - flop' dia tidak konsisten dalam hal himpunan ini, kerana dia juga terlibat dalam mengadakan himpunan 'aman' tetapi dengan bantuan aparat regim Bn. Contohnya dia jugalah yang membuat demonstrasi menghalau Condolezza Rice ketika datang dengan jemputan bapa mertuanya. Beliau juga selepas itu mengadakan demonstrasi di Perak kononya menyokong raja.

Namun semua paham...... seorang teman di Rembau yang hanya mahu dikenali sebagai Komeng, seorang penuntut Kolej Risda Melaka pun mampu berkata " Biasalah bila Bn buat semua elok halal tetapi bila rakyat biasa buat dan tak kena dengan nafsu Bn semua jahat, haram dan kena tangkap"

Khairy bukan tak suka himpunan tetapi dia hanya suka himpunan yang beri kelebihan padanya. Contohnya masa nak tanding Ketua Pemuda himpunan isu Perak di buat untuk raih porpulariti.

Samalah juga minggu lepas ketika isu Kampung Buah Pala hampir selesai, tiba - tiba orang MIC yang diketuai oleh T.Mohan tiba - tiba buat demonstrasi mengamuk tak tentu pasal. Semua pelik dan terkejut,rupanya dua tiga hari selepas itu baru tahu jawapan. T.Mohan nak bertanding Ketua Pemuda rupanya. Sila klik sini untuk baca lanjut.

Marina kecam tulisan Kosmo !


Marina Mahathir telah secara terbuka mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

sila klik sini untuk membaca lanjut.

Dalam satu sudut che'GuBard amat bersama dengan Marina dalam mengecam Kosmo ! akhbar produk Utusan dalam ketidak perihatinan mereka dalam mengeluarkan artikel sedemikian dalam keadaan waris keluarga Yasmin dan kebanyakan rakyat bersedih.

Namun untuk pengetahuan Marina selaku anak bekas Perdana Menteri Malaysia tahukah kamu bahawa itu bukan sekali Utusan tidak beretika dan menerbitkan sesuatu tulisan yang langsung tidak menghormati masyarakat. Utusan ialah 'agen' media milik Umno yang sering membangkitkan sentimen perkauman dan sering memutar belitkan banyak fakta demi kepentingan politik perkauman Umno Bn.

Monday, July 27, 2009

Posting Semula ; Jejak Fakir 2009

Jejak Fakir 2009

Ramadhan bakal menjelang, Syawal pasti menyusul tiba. Dalam gembira kita bersama keluarga sedarkah ada ramai golongan daif tercicir sedang dihimpit derita.

Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2008 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.

Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2009. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2009 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.

Sunday, July 26, 2009

Laporan ceramah Sungai Petani

Minggu ini sempat berceramah di Sungai Petani. Sila klik sini untuk membaca laporan yang ditulis dan dimuatkan dalam teman blogger dari Pulau Pinang.

Tiba - tiba Utusan Malaysia (regim Bn) percaya blog...

Masih ingatkah kita lagi dengan hujah orang kuat Regim Bn yang sering meminta rakyat menolak apa yang didedahkan oleh media baru. Media baru sering dianggap musuh oleh regim Bn. Utusan sebagai media regim Bn sendiri banyak kali menyiarkan tulisan atau berita yang mengajak rakyat menolak secara total apa yang disiarkan oleh blog-blog dalam internet.

Tetapi semalam tiba - tiba Utusan telah menyiarkan berita muka depan yang 'mempromosi' blog yang kononya menyiarkan berita salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor. SPRM pula secara berani menunjukkan sikap 'seronok menjadi kuda' regim Bn apabila secara terang - terang menyatakan sikap mengambil berat terhadap pendedahan blog tersebut.

che'GuBard dengan ini menyatakan sikap jelas SPRM seharusnya berani melakukan siasatan secara telus dalam perbagai hal yang melibatkan korupsi dan salahguna kuasa termasuk dalam perkara ini.

Cuma malangnya kini ialah apabila SPRm dilihat cuma berminat untuk menyiasat perkara yang melibatkan Pakatan Rakyat sahaja. Dalam isu salahguna kuasa peruntukan ini secara jelas ADUN Bn kerajaan Selangor terdahulu sememangnya sudah terbukti menyalahgunakan kuasa dalam agihan peruntukan.

Contohnya dalam isu peruntukan ADUN Selangor dari tahun 2008 . Apabila ADUN Pakatan Rakyat mengambil tempat selepas 8 Mac 2008, kita mendapati hampir kesemua ADUN telah menghabiskan peruntukan tahunan dalam masa dua bulan lebih sahaja yangs eharusnya dibelanjakan selama setahun. Malah ada antara ADUN Bn dahulu telah mengeluarkan peruntukan selepas kalah pilihanraya 8 Mac 2009 sementara menunggu Menteri Besar mengangkat sumpah. Ada pula bekas adun ini yang telah berbelanja lebih dari jumlah peruntukan tanpa ada permohonan buget tambahan dalam dewan.

Dalam hal ini SPRM jelas diam dan kecut.

Dalam blog cheGuBard ini telah banyak kali menyiarkan perbagai pendedahan salahguna kuasa dan korupsi malangya semuanya didiamkan.

Dalam agihan peruntukan DUN dan Parlimen pun di Rembau jelas berlaku salah guna kuasa. Bukan satu yang 'rahsia' dan 'sulit' peruntukan pembangunan parlimen di Rembau diagihkan kepada sesiapa sahaja kontraktor Umno yang masukkan cadangan apa pun projek dengan syarat mereka setuju memulangkan sebahagian dari pembayaran untuk Umno atau kegunaan pejabat parlimen.

Takziah kepada keluarga Yasmin

che'GuBard dan keluarga secara peribadi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yasmin Ahmad.

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Friday, July 24, 2009

Santai : Insurankan kemaluan anda ??


Ini dua keping gambar yang diterima melalui email cheGuBard. Tidak pasti di mana gambar diambil tetapi mengikut penghantar email ia diambil oleh temanya di Kuala Lumpur.....

Lihatlah bagaimana gagalnya kita dalam menggunakan bahasa sendiri.....

Bahasa Jiwa Bangsa ! ?

Anwar Ibrahim ke Rembau 11 Ogos 2009

Semalam Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan tarikh lawatan beliau ke Negeri Sembilan pada 11 Ogos 2009. Maka mesyuarat Majlis Pimpinan negeri Sembilan Semalan telah menetapkan satu program tertutup dan dua program umum semepna lawatan kerja Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan.

Program umum pertama ialah Majlis Makan Malam dan Dialog Khas bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Ogos 2009, jam 7.45 malam - 9.00 malam di Sungai Ujong Club. Majlis terbuka kepada semua dan tiket RM100 / seorang dikenakan. Tempat terhad kepada 300 orang sahaja. Kepada yang ingin mendapat tiket boleh terus menghubungi Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan.

Selepas itu akan diadakan Ceramah Himpunan Perdana Rakyat di Rembau. Dijadualkan juga di Rembau Tn Hj Mohamad Sabu dan Datuk Zaid Ibrahim akan bersama dalam menyampaikan pidato mereka. Majlis ini dijangka akan menjadi majlis himpunan rakyat yang terbesar pernah diadakan di Rembau dan bakal menjadi kayu indikator kebangkitan sokongan perbagai kaum kepada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Rembau hari ini sudah membuat permohonan menggunakan Dewan Merdeka dan Padang Majlis Daerah di Pekan Rembau. Salah satu dari tempat ini dilihat sesuai untuk menampung kebanjiran orang ramai nanti dan seharusnya pihak Majlis tidak punya masalah untuk memberikan kami menyewa kemudahan tersebut seperti mana Umno dan Barisan Nasional mendapat layanan. che'GuBard yakin Yang Di Pertua Majlis Daerah Rembau mampu bersikap adil profesional dan memberikan kerjasama.

Rembau dilihat penting dari segi aspek politik nasional dan tempatan buat masa ini. Ruang ini juga akan digunakan untuk mengenengahkan dan menguatkan lagi tekanan terhadap masalah tanah adat yang dilihat seperti masih buntu jalan penyelesaianya dan beberapa masalah lain yang banyak tidak mendapat perhatian di Rembau.

Yasmin kena strok

Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad dibawa masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar Damansara setelah pengsan ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pertas TV3 hari ini (petang semalam). Beliau mengalami masalah strok dan berada dalam keadaan koma seketika sebelum doktor berjaya menyedarkannya kembali. Namun Yasmin kini masih dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima bantuan alat sokongan hayat. --fotoBERNAMA

Ujian itu datang tanpa dapat ditahan dan diduga....Innalillah... Semoga Yasmin di dalam rahmatNya.... doakan yang terbaik buat Yasmin.

Thursday, July 23, 2009

masih ingatkah kita Umno demo bantah SPRM..




Masih ingatkah kita dengan gambar di atas. Demo ini dilakukan oleh orang Umno apabila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit dan menghina SPRM.

Memberi respon dalam isu tersebut che'GuBard telah membuat posting dengan memberikan komen betapa SPRM lebih teruk dari BPR kerana bukan setakat menjadi alat regim Bn tetapi seronok diperlalat kelompok tertentu dalam Bn untuk menjamin kepentingan mereka termasuk sanggup diperguna untuk sabotaj sesama Bn menjelang pemilihan. sila klik sini untuk baca lanjut.

Namun di banyak peringkat ketika itu orang Umno yang cemas terus bangkit memaki hamun SPRM.
Namun semalam situasi berbeza orang Umno tiba - tiba buat demo untuk tunjuk yang mereka sokong sangat SPRM dan Polis.....Adalah 50 orang yang diberi masa 20 minit oleh Polis...Adakah mereka ini hanya tahu bertindak mengikut arahan 'pay master' atau tuan politik mereka semata - mata tanpa mampu memikir rasional. Lebih parah lagi antara hamburan kata - kata dalam himpunan tersebut antaranya ialah mempertahankan institusi SPRM yang ditunjangi Melayu dari diserang oleh Cina...... apa semua ini...sudah suntuk akal atau kering strategi politik....?

KEADILAN Rembau boleh duduk dengan Umno kerana masalah rakyat



Apa yang menarik dalam gambar di atas ?

Yang menariknya ialah kehadiran Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan beberapa orang kuatnya untuk duduk dengan dengan Pimpinan KEADILAN bersama penduduk kampung yang terjejas dengan projek KTM yang bakal meragut tanah mereka.

Pertemuan di rumah Hj Chik Tak, Kg. Waris Chembong ini cukup bermakna.

Seperti yang telah ditulis beberapa kali dalam blog ini bagaimana penduduk kampung yang rata-ratanya dahulu penyokong kuat Umno terbiar dan suara rintihan mereka tidak didengari Kerajaan negeri. Tanah mereka hendak diambil dengan harga cukup murah. Tiada perbincangan sempurna dibuat. Mereka bukan setinggan mereka pemilik tanah adat.

Namun setelah KEADILAN campur tangan barulah terhegeh - hegeh pemimpin Umno setempat memberikan perhatian kononya kepada masalah mereka. Khairy tergesa turun ke Kampung ini beberapa minggu lalu malangnya cuma menabur janji tanpa ada penyelesaian konkrit.

che'GuBard secara peribadi telah menghubungi Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban untuk beliau campur tangan dalam isu ini. Datuk Ishak sendiri telah setuju turun bersama AJK KEADILAN untuk mendengar masalah sebenar.

Datuk Ishak setuju kerjasama pertahan tanah adat ini. Beliau juga memberikan komen kalau dia Menteri Besar sudah lama projek ini di arah berhenti dan pampasan yang setimpal perlu dibincangkan sbeelum nak mula projek.

Katanya " betul jalan keretapi projek pusat tetapi tanah bawah kuasa negeri..."

"Kalaulah menantu bekas PM yang jadi ahli Parlimen Rembau ni 'power' takkan tak boleh buat sesuatu..." tambah beliau lagi.

Ketika lawatan tersebut, YB Chai Tong Chai yang turut berada dalam perbincangan menyatakan yang beliau sendiri akan membawa isu mempertahankan tanah adat Melayu ini dalam persidangan DUN Negeri Sembilan bulan Ogos nanti.

Parti Keadilan Rakyat Rembau dengan kerjasama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri pula dalam masa terdekat akan menfailkan saman di mahkamah bagi pihak penduduk kampung untuk memastikan pembelaan sewajarnya diperolehi.

Demi masalah rakyat KEADILAN boleh duduk dengan pemimpin Umno....tetapi malangnya kerana politik pemimpin Umno sebaliknya. Pertemuan petang itu mendapat kecaman hebat Umno Bahagian Rembau yang diketuai oleh Menteri Besar sendiri.

Malah ADUN Chembong dengan ego pernah menyatakan kepada seorang wartawan "Saya cabar kalau Badrul boleh selesai isu tanah tu saya kerat jari..." inilah sikap Wakil rakyat Bn bukannya hendak menyelesaikan masalah rakyat tetapi sibuk pertahan ego dan kepentingan politik. Seharusnya dia yang makan gaji dengan rakyat dia yang harus turun jumpa rakyat.

Secara peribadi Datuk Ishak Ismail juga boleh dikritik dalam banyak perkara namun dalam banyak isu melibatkan kepentingan rakyat, Ishak jelas berani 'berbunyi lantang' malangnya orang seperti ini tidak mendapat tempat dalam Umno itupun mujur menang tipis dalam pertahankan Ketua Bahagian.

che'GuBard 'bungkus' nasi lemak...



hahahahaha.... teruk gak cheGuBard gelak bila tengok gambar sendiri bungkus nasi lemak.

Minggu lepas pergi bawa keluarga makan di sebuah kedai makan di Kota Damansara. Sampai saja terus duduk di satu meja. Ada pinggan yang mengisi beberapa nasi lemak bungkus atas meja.

che'Nur terus 'gagau' nasi lemak atas meja.... sampai kata 'papa....papa..' cheGuBard terus angkat che'Nur letak atas kerusi bayi.

Era gelak sebab rupanya che'Nur perasan yang kertas surat khabar bungkus nasi lemak ada gambar che'GuBard.....

hahahahahaaaaaa akhirnya che'GuBard gelak sambil tengok che'Nur...

Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sudah nyata persetujuan untuk hadiri Himpunan 1 Ogos 2009

Anwar Ibrahim dan Nik Aziz ialah antara pemimpin utama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bersama dalam Himpunan Rakyat 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Ini diumumkan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika sidang media sebentar tadi selepas menghantar surat makluman kepada pihak istana mengenai penghantaran 'Deklarasi Rakyat'.

Selain dua pemimpin tersebut, Tn Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS dan ramai lagi pimpinan termasuk pimpinan 83 pertubuhan yang menyokong Deklarasi tersebut telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Malah Pemuda Gerakan (komponen Bn) masih tetap teguh dengan pendirian akan hadir sama.

Semua persiapan hampir selesai, 3 tempat bakal menjadi tempat berkumpul sebelum semua akan berarak ke Stadium Negara. Tempat pertama ialah SOGO (Jalan Tunku Abdul Rahman), Masjid Jamek Kuala Lumpur dan KL Central. Semua dinasihatkan mula berkumpul hanya jam 2 petang dengan mengenakan baju merah / hitam.

Dijangka sekurang kurangnya 20,000 akan bersama dalam Himpunan Aman kali ini, dan jika tidak ada gangguan serius dari polis angka ini mungkin boleh mencecah seperti Himpunan Bersih yang pernah diadakan.

Tolak Inkues dan Suruhanjaya macam budak main masak-masak?

cheGuBard dengan ini menyatakan sikap menolak kewujudan Jawatankuasa Penyiasatan (inkues) dan Suruhanjaya yang di umum diwujudkan semalam oleh Najib Razak selepas mesyuarat kabinet semalam.

Najib semalam telah mengumumkan tiga keputusan kabinet ekoran kematian Teoh Beng Hock.

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Bagi cheGuBard ketiga - tiga perkara tersebut hanya permainan atau tindakan terdesak Regim Bn, ia tidak memberikan erti apa - apa sebaliknya hanya untuk memperlihatkan atau memberikan persepsi kononya Regim prihatin terhadap desakan rakyat.

Pertama, KDN menyiasat dan menyelesaikan secepat mungkin ? Bukan satu kes SPRM terlibat dalam jenayah mengasari suspek atau saksi semasa soal siasat, sebaliknya tidak ada apa tindakan diambil dan bagaimana pula institusi seperti PDRM yang sememangnya telah hilang kredibeliti kerana PDRM sendiri terlibat dalam banyak kes kematian dalam tahanan yang tidak selesai, ditutup dan diselewengkan. Sisatan Polis ke atas kematian Beng Hock juga telah menjurus kepada 'arah' yang salah. Semua sesi penyiasatan ialah mencari punca menghalalkan tuduhan polis/SPRM iaitu Beng Hock membunuh diri. Mereka berusaha mencari (baca; mencipta) alasan kenapa Beng Hock bunuh diri bukan mencari kenapa dan siapa membunuh Beng Hock.

Kedua, Inkues melalui jawatankuasa bebas tidak membawa ertai apa - apa...? Jawatankuasa ini tidak punya apa kuasa. Katakan jawatankuasa ini memanggil pegawai SPRM, pegawai SPRM itu boleh sahaja tidak mahu menjawab pertanyaan kerana katanya siasatan SPRM adalah rahsia. Maka arahan mewujudkan Inkues ini adalah membazir masa dan wang rakyat.

Ketiga, Suruhanjaya Diraja yang dibentuk hanya dibenarkan menyiasat kaedah penyiasatan, bukan punca atau alasan kematian dan siapa yang bertanggungjawab.

Rakyat harus jangan keliru dengan permainan 'persepsi' yang Najib cuba mainkan ini.

Suruhanjaya Diraja Penyiasatan satu kemistian

Ingat insiden mata lebam Anwar Ibrahim, polis gagal kenal pasti siapa lakukan sebaliknya Jawatankuasa Diraja mendapati Anwar dicederakan dengan tujuan dibunuh oleh Ketua Polis Negara sendiri.

Ingat lagi dengan insiden 'ketuk ketampi bogel' ? Semuanya kecoh kerana kononya ia wanita warga China. Azmi Khalid, Menteri ketika itu 'berlari' ke China memohon maaf. Namun Suruhanjaya Diraja berjaya mengenal pasti wanita tersebut adalah warga negara Malaysia dan pegawai terbabit dikenakan tindakan. Hubungan antara 2 negara baik tetapi peliknya regim ini tidak pula minta maaf dari rakyat Malaysia seperti mana seriusnya Regim ini mengejarkan seorang menteri untuk mohon maaf ke China. Begitulah regim takut dengan rakyat asing sebaliknya berani membelasah rakyat sendiri.

Najib takut wujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja ! Ini bukan sekali desakan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja diutarakan kepada Najib. Beliau prnah dicabar untuk wujudkan Suruhanjaya Diraja dalam mencari siapa terlibat menjadi dalang dan mencari cerita sebenar misteri pembunuhan Altantuya, namun Najib tidak berani menubuhkannya. Sebaliknya Najib hanya menggunakan kuasa menggugut , membelasah rakyat yang cuba mencari kebenaran dalam isu Altantuya.

Kita biasa melihat budak bermain masak - masak, kelihatan serius dan bersungguh namun ia hanya memasak daun dan rumput di belakang rumah dan berilusi dapur punya api malah sesekali mulut membuat bunyi menggoreng. Maka dari jauh pasti nampak 'real' tetapi ramai yang buat percaya kerana nak jaga hati budak - budak. cheGuBard sekali lagi mengajak rakyat menolak pengumuman Inkues dan Suruhanjaya diRaja yang seperti budak main masak - masak.