Thursday, June 18, 2009

Lantikan JKKK N.Sembilan celaru

Setelah kosong lama jawatan JKKK kerana kerajaan Negeri Sembilan gagal melantik JKKK seluruh Negeri Sembilan, maka baru - baru ini Menteri Besar dengan bangga telah mengumumkan senarai lantikan, rentetan dari itu maka berderetlah majlis penyerahan watikah. Telah dibuat diperingkat negeri, watikah yang sama juga disampaikan semula di peringkat Dun dan seumpamanya.

Lantikan JKKK lama telah tamat 31 Disember lalu dan hanya pada 1 Mei lalu lantikan baru dapat dibuat. Ini ekoran regim Bn Negeri Sembilan kegitu ketandusan tokoh masyarakat. JKKK yang dinamakan dikalangan pemimpin Bn tempatan sahaja ini pula makin sukar kerana masalah pepecahan dalam Umno dan parti komponen yang lain. Contohnya di Seremban memang susah mencari yang layak antara dalam Umno dan lebih sukar lagi ada sedikit yang layak pula terpaksa di elak dari dilantik kerana ia dari kem berbeza dengan Menteri Besar (Pengerusi Umno Negeri Sembilan). Kebanyakan Pemimpin Umno setempat di Seremban tidak senang dengan Mohamad Hasan kerana didakwa menindas Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail. Ini semua yang menyebabkan proses lantikan JKKK terpaksa mengambil masa yang lama. Masalah ini juga berlaku di kampung baru dan kawasan perkampungan India yang menggambarkan masalah dalaman Bn Negeri Sembilan yang parah.

Mohamad Hassan sudah tentu cuba menarik nafas lega setelah berjaya juga akhirnya menamakan semua 557 pengerusi dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung seluruh negeri melalui satu proses penapisan yang begitu teliti dalam aspek menjamin sokongan peribadi beliau dan kuncunya.

Malangnya baru beberapa hari beliau sudah diserang Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban. Menurut Ishak, lantikan yang dibuat tidak profesional dan tidak telus dan mengenepikan sentimen setempat.

Ishak mendedahkan dalam kenyataan medianya yang disiarkan Utusan Malaysia pada 16 Jun lepas mengenai ada JKKK yang dilantik punya rekod jenayah, kerana masalah menjaga kepentingan politik ada lantikan JKKK dari luar kawasan tertentu. Ini tentu akan menyukarkan lagi pentadbiran dan kebajikan rakyat terabai.

Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

Ini semua menggambarkan masalah seriusnya krisis dalaman Umno yang mengakibatkan masalah pentadbiran kerajaan negeri yang akhirnya mengabaikan rakyat.

Perlantikan dan proses pembayaran elaun JKKK ini juga amat pelik. Walaupun baru dilantik kerajaan negeri terpaksa membayar RM 1 juta elaun tertunggak kononya kepada pemimpin Bn setempat yang mendapat lantikan JKKK ini.

Persoalanya kenapa pula perlu bayar elaun tertunggak dari Januari hingga April sedangkan mereka baru dilantik Mei. Adakah keistimewaan ini untuk membeli sokongan mereka ?

Ini satu bentuk pembaziran besar wang rakyat. Inilah bukti ketidak cekapan kerajaan regim Bn yang bukan setakat mementingkan kroni, penyokong peribadi malah menyusahkan dan membazirkan wang rakyat.

Selaku ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan che'GuBard ingin merakamkan rasa amat kecewa dengan perkembangan ini. Juga dituntut tunggakan RM 1 juta yang dimaksudkan ditarik balik dan dipulangkan kepada rakyat.

3 comments:

  1. Alo chegu BArd,,, tolong lah tengok tengok kan pejabat PKR ghombau tu,,,, hidup sogan mati tak mahu jer nampak nya,,,,,, Jaga lah kawasan sendiri dgn baik,,,,, kenapa ekau tak dedah kan juga ada mereka mereka yang BINGAI menjadi AHLI MAJLIS DAERAH Ghombau dan juga mereka yang kaki ampu sanun dan ampu sini yang bertaraf BINGAI dilantik menjadi AJK UMNO bahagia Ghombau

    ReplyDelete
  2. Alo chegu BArd,,, tolong lah tengok tengok kan pejabat PKR ghombau tu,,,, hidup sogan mati tak mahu jer nampak nya,,,,,, Jaga lah kawasan sendiri dgn baik,,,,, kenapa ekau tak dedah kan juga ada mereka mereka yang BINGAI menjadi AHLI MAJLIS DAERAH Ghombau dan juga mereka yang kaki ampu sanun dan ampu sini yang bertaraf BINGAI dilantik menjadi AJK UMNO bahagia Ghombau

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:52 PM

    Masaalah JKKK ni memang dah tenat, ayah saya telah dipanggil untuk menerima watikah di Klana Resort baru2 ni, tapi bila dah sampai kat pintu masuk dia dan beberapa orang yang telah mengambil surat panggilan di S2 dihalang masuk. Menurut pegawai kat situ nama ayah saya telah digugurkan sejurus sebelum majlis. Mana nak letak muka, orang kampung kat kawasan kami semua dah tahu. Tanya kat menteri besar dia kata dia x tahu apa2, mungkin kerja orang bawah. Jumpa orang bawah they all kata kerja orang atas. Camno ni? Camno rakyat nak percaya kalau dalam UMNO sendiri mengamalkan politik cantas-mencantas.

    ReplyDelete