When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

Saturday, July 30, 2016
Penafian palsu : Exco diberi sehingga Isnin
Wednesday, July 27, 2016
PEMBANGUNAN PAYA INDAH WETLANDS BERISIKO TINGGI, KERAJAAN NEGERI PERLU DEDAH LAPORAN

Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya

Negeri pada hari yang sama atas kenyataan saya yang bertarikh 26 Julai 2016. Namun kenyataan penafian tersebut yang kelihatan agak panik dan tergesa - gesa hanya bersifat penafian dan palsu.
2. Dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal berita menyatakan Exco yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menafikan Selangor ubah status tanah Paya Indah Wetlands bukan sahaja tidak ubah status malah Exco terbabit menafikan ada pelengkungan semua (re zone) dikawasan tersebut. Ternyata ini satu penipuan.
3. Tanah yang dibincangkan ialah tanah pada lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala langat, Selangor. Untuk rujukan semua pada 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.
![]() |
petikan minit mesyuarat rasmi Kerajaan Negeri ketika MB Khalid Ibrahim jelas menyatakan Lot 68054 terletak di dalam kawasan Paya Indah |
4. Namun di bawah Menteri Besar, Azmin Ali sekitar Febuari 2015 usaha pelengkungan semula (re zone) telah dimulakan bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland sahaja ditukar kepada zon kawasan perumahan malah turut terkesan ialah kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Dalam laporan ulasan teknikal direkodkan Jabatan Alam Sekitar telah membantah namun ia tetap diteruskan. 17 Febuari 2015 Lot 68054 telah diluluskan pertukaranya oleh MMKN yang sudah tentu dipengerusikan oleh Menteri Besar.
5. Jelas setakat data ini penafian tidak berlaku pertukaran status dan pelengkungan semula (re zone) adalah tipu.
Tahukah kita puluhan kes permohonan kerja tanah dan pembangunan tertangguh selama bertahun - tahun lamanya di perbagai kawasan di Selangor kerana kononya kerajaan tidak punya peruntukan dan keupayaan cukup dalam melaksanakan pelengkungan semula (re zone) dan ia mengakibatkan bukan sedikit kerugian individu juga syarikat perumahan malah ada yang terpaksa gulung tikar tidak mampu menunggu. Kenapa berbeza dengan tanah ini yang terpaksa mengorbankan kawasan khazanah alam seperti Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seolah disegerakan ?
6. Kawasan yang dinamakan Paya Indah ini besar dan bukan sahaja terletak dibawah Selangor tetapi turut berada di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Namun sebarang pembangunan yang berlaku disekitar kawasan bersangkutan pasti memberikan kesan kepada keseluruhan kawasan Paya Indah Wetland termasuk di Putrajaya .
Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak dan ia merupakan kelangsungan ikrar Ramsar yang Malaysia tandatangani.
4 Menteri Besar menolak permohonan menukar status tanah tersebut, kenapa Menteri Besar sekarang menukarnya walaupun dengan bantahan dalam ulasan teknikal Jabatan terbabit ?
Kenapa ketika banyak kerja tanah dan pembangunan tertangguh kerana usaha pelengkungan semula tertangguh di banyak kawasan sehingga ada syarikat perumahan bumiputera gulung tikar tidak mampu menunggu, kenapa tiba - tiba dikawasan tersebut ia seolah disegerakan ?
Apa pentingnya atau apa sebenar yang mahu diselindungkan sehingga Kerajaan Negeri segera respon pada hari yang sama sehingga terpaksa memberikan penafian yang palsu ?
Kepada yang mahu memberikan respon dalam perkara ini diminta lebih berhati - hati kerana berbulan lamanya telah dibentuk satu pasukan kecil khas untuk meneliti aduan yang diperolehi. Maka dengan itu dokumen - dokumen dan maklumat yang kami perolehi agak lengkap termasuk yang diperolehi dari dalam bangunan SSAAS itu sendiri.
SAMM tidak berganjak dengan tuntutan Kerajaan Negeri perlu menarik balik pertukaran status ke atas tanah tersebut.
Oleh ;
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard
Tuesday, July 26, 2016
PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA
26 JULAI 2016
Berdasarkan beberapa dokumen kerajaan Lot 68054 ialah terletak di kawasan Paya Indah WetLand iaitu sebuah kawasan yang termasuk dalam perjanjian Ramsar di mana Malaysia telah menjadi anggota ke 84 dengan menandatangani perjanjian Ramsar pada 1995. Kelangsungan ikrar tersebut Malaysia telah mengistiharkan 6 kawasan hutan sebagai warisan dunia Ramsar termasuklah Paya Indah Wetland. Kawasan Paya Indah Wetland ini diistiharkan sebagai warisan dunia kerana ia menjadi habitat perlindungan penting spesis terancam yang jarang ditemui malah menurut rekod ada burung hijrah yang hanya berhenti sekali dalam penerbangan hijrahnya iaitu di Paya Indah Wetlands. Ini beerti selain pengekalan suhu, penampan kepada pencemaran dan bencana maka sebarang gangguan kepada Paya Indah Wetland boleh bukan sahaja menjejaskan alam sekitar sekitar tetapi turut mengganggu ekosistem dunia.
Tanah di Lot 68054 seluas 619 hektar ini milik sebuah syarikat , Salak Park. Menurut rekod Syarikat ini milik Dato’ Tan Leong Min telah memiliki tanah ini pada tahun 1994 ketika Selangor dibawah Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Semenjak itu Salak Park beberapa kali cuba menukar status tanah tersebut termasuk ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar tetapi ditolak atas alasan tanah ini terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan sebarang usaha pembangunan akan menjejaskan kawasan warisan dunia ini. Dibawah 4 Menteri Besar kawasan itu kekal terpelihara dengan alasan sama.
Menjadi persoalan sangat besar melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmin Ali,Menteri Besar telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan. Dalam keadaan bencana alam bersambung dan keadaan cuaca dunia tidak menentu kenapa perkara ini boleh dilakukan ?
SAMM menuntut Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar menarik semula kebenaran pembangunan kawasan tersebut. Ingatlah keuntungan singkat ini akan memberi kesan negative ke pada alam sekitar untuk ganerasi akan datang. Kepada Kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR dan sekutu tolong jangan menjadi hopokrit kita menentang pencabulan hutan (alam sekitar) di negeri seperti Sarawak, kita tolak alasan mereka (bn) kononya kerana pembangunan namun adakah kini kita mahu memberikan alasan yang sama. Ingatlah kita melawan Umno Bn dan mengambil alih kuasa dari mereka bukan sebab untuk buat perkara yang sama seperti mereka tetapi kita mahu berbuat lebih baik untuk rakyat dan alam sekitar.
SAMM akan mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa bertindak bersama dengan melibatkan NGO alam sekitar, aktivis, cendiakawan dalam bidang berkaitan ke arah mendesak menyelamatkan khazanah dunia ini serta meneruskan melakukan kerja – kerja penyiasatan. Kami sangat yakin ia akan membawa kepada pembongkaran yang lebih besar.
Sekian dan terima kasih ;
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard
Sunday, July 24, 2016
Mahathir terus fitnah Anwar, mana maruah pemimpin pembangkang khususnya PKR
Fitnah Tuan Ibrahim perdaya peneroka , apa kesudahannya kes saman ?
24 Julai 2016
1. Ingatkah kita pilihanraya kecil Kerdau 2011, dimana Bn menang majoriti besar iaitu 2724. Antara isu besar yang dimainkan dan disiarkan Utusan Malaysia ialah mengenai bagaimana Pesuruhjaya Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan memperdayakan seorang peneroka (klik htp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm) Peneroka Felda bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 untuk menjual tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat terdesak.
2. Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya wartawan ketika cerita yang disiarkan Utusan itu menjadi antara bahan kempen utama Barisan Nasional Umno telah mempertegaskan akan menyaman TV3 & Utusan Malaysia klik http://www.keadilandaily.com/fitnah-beli-tanah-peneroka-tuan-ibrahim-failkan-saman-utusan-tv3/ namun sehingga kini apa sudah jadi dengan ketegasan untuk melakukan saman bagi membersihkan nama tersebut.
3. Menurut arkid laporan berita menyatakan 1 Januari 2008 seorang peneroka (Mahmud) telah menemui Tuan Man bagi meminjam wang. Secara sedar Tuan Man telah membuat satu perjanjian dengan menjadikan tanah yang diterokai sejak hampir 30 tahun itu sebagai cagaran. Dalam arkid berita tertulis bayaran peguam perjanjian telah ditolak dari jumlah bayaran bermaksud penama yang tersepit berhutang RM30,000 dan akhirnya mendapat pinjaman bukan sahaja dengan 3 kali ansuran malah tidak cukup pun RM30,000 tetapi dipotong yuran guaman pula. Penama akhirnya terpaksa pulang ke Kampung Luit, Maran, Pahang selepas tanah hasil titik peluhnya selama hampir 3 tahun terlepas milikan.
4. Kini Tuan Ibrahim sudah pun kini bergelar Timbalan Presiden Pas, sekadar bertanya apa jadi dengan saman tersebut dan apa sebenar kedudukan perkara tersebut, berlaku atau tidak ? Harap bertanya dan meminta penjelasan bukan kesalahan.
oleh : che'GuBard, SAMM
Timbalan Menteri bela BERNAS tuduh pemborong sebelum siasat
24 Julai 2016
SAMM KECEWA MENTERI BELAS BERNAS TUDUH PEMBORONG SEBELUM SIASAT
1. Terima kasih kepada semua pihak yang memanjangkan kenyataan SAMM (19 Julai lepas) mengenai pendedahan peranan BERNAS dalam menjadikan bekalan beras kepada rakyat mahal di atas harga pasaran dunia dan penipuan kualiti beras. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html
2. Kenyataan itu di blog http://chegubard.blogspot.com sudah diakses sebanyak lebih 50,000 kali maka jika dicampur dengan sebaran melalui whats apps, disiar semula oleh blogger lain, fB dan lain lain maka tidak kurang dari 1/2 juta pembaca. Mungkin di atas tekanan besar itu maka hari ini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman terpaksa menjawabnya. Jawapan beliau telah disiarkan Buliten TV3 sebentar tadi.
2. Malangnya jawapan Timbalan Menteri tersebut jelas bersifat dangkal dan melambangkan sikap Umno - Bn yang sentiasa menjaga kepentingan pemodal besar dalam apa jua keadaan.
Dalam jawapan beliau nyatakan pihaknya AKAN MENYIASAT dakwaan yang diperkatakan namun walaupun dia mengakui AKAN MENYIASAT (bermaksud belum siasat) tetapi dia mengakatan kalau terbukti maka ia kemungkinan berlaku kerana pemborong beras.
Untuk pengetahuan Timbalan Menteri, dakwaan mengenai penipuan kualiti beras ini dibuat oleh Persatuan Pemborong Beras Bumiputera dan yang didakwa ialah BERNAS, bagaimana pula jika terbukti berlaku maka ia dilakukan oleh pihak pendakwa ?
Kenyataan Timbalan Menteri ini menunjukkan sikap dangkal pimpinan Umno. BERNAS kini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang merupakan kroni (proksi) Dr. Mahathir tetapi oleh kerana sikap Umno yang membela pemodal besar maka SyedMokhtar terus selamat memeras di BERNAS dan puluhan cabang perniagaan kepentingan rakyat.a
untuk memahami isu ini sila baca kenyataan http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html
Dimaklumkan SAMM bersama dalam usaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang membuat kaji selidik isu permasalahan industri beras negara dan kesan pengurusan BERNAS terhadap pengguna, petani, pengguna dan pengusaha kilang. Dapatan Kaji selidik akan diumumkan dalam masa terdekat.
oleh : che'GuBard, SAMM
ketika lawatan ke Kilang Beras di Pendang, Kedah
dalam antara aktiviti kajian soal selidik berkenaan industri beras negara.
MIMOS menjadi tempat kianat Melayu dan ekonomi negara ?
24 Julai 2016

Tahu atau tidak dalam bab ketirisan ini, ketirisan dalam agensi kerajaan seperti Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan Bahasa Inggerisnya iaitu MIMOS.
2. 1985 MIMOS mula beroperasi dengan melanjutkan idea dan kehendak Mahathir seiring dengan kewujudan Cyberjaya dan yang sewaktu denganya. Semenjak itu ratusan juta wang negara teralir untuk idea 'bombastik Mahathir' namun hampir semuanya gagal. Contohnya 1992 MIMOS melancarkan Penyedia perkhidmatan ISP Malaysia (jaring) yang akhirnya tutup dengan rekod kerugian tinggi.
![]() |
Abdul Wahab Abdullah |
4. Sebulan SAMM lalu telah membentuk pasukan siasatan menemui perbagai pihak untuk meneliti bagaimana ketirisan agensi kerajaan merupakan antara musuh utama ekonomi negara. MIMOS dipilih kerana ia contoh terbaik peruntukan besar, tanpa untung, laporan palsu, lantikan kakitangan palsu, tuntutan palsu dan semua tertutup kerana disebarkan 'gossip' betapa CEO dan Presiden MIMOS yang merupakan bekas pimpinan Umno Pulau Pinang dan ada hubungan yang rapat dengan Perdana Menteri. Berdasarkan siasatan ditemui beberapa kali wujud usaha menukar kepala MIMOS ini tetapi kerana 'gossip' hubungan baiknya dia terus kekal hingga kini walaupun Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sendiri amat maklum mengenai ketirisan MIMOS.
5. Tulisan mengenai ketirisan MIMOS sebagai contoh ketirisan agensi kerajaan yang menjahanamkan wang rakyat ini akan ada 3-5 siri dan mendedahkan aspek berbeza dengan bukti. Amat diharap media dan semua yang menyokong integriti serta usaha menyelamatkan wang rakyat dapat sama menghebahkan. Sasaran kami ialah rakyat sedar apa akan berlaku, watak antagonisnya ditukar dan diambil tindakan segera jika tidak rakyat perlu tumbangkan yang melindungi mereka.
6. Kita mulakan dengans sekecil - kecil pendedahan. MIMOS sebuah agensi kerajaan yang ketika diwujudkan bangga sebagai pusat kemajuan teknologi (ICT) yang memberi ruang dan warga Malaysia khususnya Bumiputera. Namun kini berbeza dibawah seorang Presiden & CEO yang merupakan bekas pemimpin Umno yang mendapat lindungan Perdana Menteri ratusan pakar ICT Malaysia khususnya Melayu telah disingkirkan. Kebanyakan kerana bertindak menegur ketirisan dan penipuan yang dilakukan di MIMOS. Pekerja Melayu kini merupakan minoriti, masalahnya bukan Melayu sedikit tetapi MIMOS kini dibanjiri warga asing.
![]() |
watak nama yang rata - rata staff tak kenal |
8. Bukan sahaja ketirisan berlaku dengan pembayaran gaji tinggi kepada warga asing malah di MIMOS juga terdapat kakitangan tidak wujud tetapi dibayar gaji yang tinggi. Satu contohnya ialah nama Jeevaratnam Ratnam, nama yang tertera sebagai Pengurus di Jabatan Strategi Korporat. Ketika siasatan dibuat ramai warga MIMOS ditanya tidak ada yang mengenai watak ini. Ini bermaksud ia dibayar tanpa perlu muncul, adakah ini amalan betul ? Siasatan lanjut dibuat ada kemungkinan penama tersebut merupakan orang yang rapat dengan ahli Parlimen Tuaran yang juga merupakan Menteri MOSTI iaitu Kementrian yang mengawal selia MIMOS. Adakah ini bagi melancarkan dan menutup apa yang berlaku di MIMOS ?
![]() |
jika watak ini sama maknanya dia baru bergraduasi 2013, adakah pengalaman beliau atau jaringan politik melayakkan beliau duduk disitu ? |
![]() |
berdasarkan carian adakah watak ini mungkin watak sama dengan pekerja yang dibayar gaji tetapi tidak dikenali warga MIMOS ? |
Tuesday, July 19, 2016
Selepas tuduh Kafir Harbi, Mufti berselindung disebalik Istana
4. Malangnya beberapa hari lepas telah sampai surat dari Jabatan Mufti Pahang yang ditandatangan oleh Mufti sendiri yang menyatakan tidak boleh kerana perlu mendapatkan perkenan Istana Pahang dahulu. Ini amat mengecewakan dan nampaknya mufti tidak ubah sikap sesetengah pemimpin politik pengecut, dia yang melontarkan isu bila diundang berdiskusi dia berselindung dibalik Istana pula. Bagi SAMM jelas mufti tidak bertanggungjawab dan melepaskan peluang terbaik menjelaskan pandangannya dihadapan orang yang dituduh dan rakyat khususnya kelompok muda.
Kita perlu berbeza tetapi hakikatnya ?
19 Julai 2016 (9.00 pagi)
16 Julai 2016 portal berita menyiarkan laporan berkenaan seorang peniaga kecil, Jayee Sury Rajoo yang mengadu MajlisDaerah Kuala Selangor (MDKS) akan merobohkan gerainya pada 23 Julai nanti. Lebih parah lagi kedai kecil itu satu - satunya sumber pendapatan keluarga dia menyara anak - anak selepas suaminya seorang pengendali kren terlantar kerana angin ahmar sejak sebulan lalu. Jayee bukan seorang peniaga haram dia bukan sahaja memiliki lesen perniagaan MDKS malah dia turut memiliki permit menduduki premis tempat dia berniaga. Dia membayar cukai kepada kerajaan.
Secara tiba - tiba dia menerima notis dari MDKS memaklumkan dia menceroboh tanah rizab peparitan dan perlu mengosongkan segera atau berdepan tindakan pengusiran. Dia dikatakan telah merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tempat ganti dan ditangguh perobohan tetapi nampaknya kerajaan negeri langsung tidak mendengar walaupun dia telah hadir sendiri ke pejabat Menteri Besar.
che'GuBard teringat memori bersama penduduk mempertahankan Berembang, bersama abang Mad (Segambut) mempertahankan kampung Sungai Udang dan banyak lagi kes mempertahankan hak penduduk yang dikatakan setinggan yang mahu dihalau oleh regim Bn yang mana hampir semuanya berkahir dengan che'GuBard, kawan - kawan dan penduduk akan bermalam di lokap.
Kita mengatakan regim Bn zalim , pampasan harus setimpal kerana kebanyakan penduduk yang diusir sudah duduk berbelas malah berpuluh tahun. Lebih teruk lagi ada antaranya merupakan pembayar cukai kepada regim Bn dan tetapi secara tiba - tiba apabila ada pemodal besar yang kaya datang hendak membuat projek , rakyat kecil dihalau dan dipanggil penceroboh. Kerajaan diam dan kutip cukai selama ini dan tiba - tiba memanggil mereka penceroboh menggunakan jentera dan undang - undang zalim menzalimi usir rakyat.
Malangnya kini apa bezanya dengan kita bila kisah Jayee peniaga kecil ini diangkat ?
Kisah Jayee bukan kisah terpinggir, 153 rumah di Kampung Paya Jaras Hilir yang sudah berpuluh tahun menduduki kawasan tersebut telah disergah dengan surat pengusiran ketika eidulFitri begitu hampir. Diyakini ada projek besar sedang memasuki kawasan itu maka rakyat kecil dihalau begitu sahaja. Kisahnya sama tiba - tiba mereka dipanggil penceroboh sedangkan sebahagian besar dari mereka dikutip cukai dan ada yang mempunyai permit sah menduduki tanah tersebut.
Ketika semua pemimpin politik (tidak kiralah hipokrit atau ikhlas) menghantar ucapan Selamat hari Raya kepada pengundi, Kerajaan yang naik atas nama rakyat dibawah Azmin menghantar notis arahan pengusiran. Adakah kerajaan yang tak pasti status, yang sah ia bukan PH ini layak dipanggil regim juga ?
catatan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
![]() |
jelas penduduk yang ditemui mempunyai kebenaran menduduki dan dikutip cukai oleh kerajaan |
![]() |
kosongkan dalam tempoh 30 hari atau hadapi tindakan, apa beza kita dengan regim Bn ? |
Sejarah yang sedang dilupakan
i) Anwar cederakan diri sendiri
ii) Anwar dipukul polis kerana provokasi Anwar sendiri
"Ini bukan sesuatu yg mustahil kerana dia akan dpt mileage kalau dpt tunjukkan dirinya dicederakan polis.
Daripada satu segi, ini satu keuntungan baginya. Ternampak bahawa dia sudah mengalami apa yang telah awal-awal lagi yang dia ramalkan. Ramalannya ialah bila dia ditangkap, dia akan diseksa dan ini akan meraih simpati kepadanya".
"Tapi ada kemungkinan dia sengaja menimbulkan kemarahan pihak polis atau membuat sesuatu sehingga menyebabkan polis terpaksa cuba menahannya daripada memberontak atau membuat sesuatu yang menyebabkan polis menggunakan kekerasan, mungkin dalam proses itu juga akan terjadi kecederaan seperti yang kita lihat".
"Dalam kes Anwar, saya tidak nampak satu faedah pun bagi polis untuk berbuat sesuatu kepada Anwar kerana mereka tidak mendapat pengakuan daripadanya.
Dan polis tahu bahawa mereka akan menghadapkan Anwar ke mahkamah dan sudah tentu apabila dibawa ke mahkamah dan dia didapati cedera, ini akan menimbulkan tuduhan-tuduhan terhadap polis".
"Kira-kira pukul 10.45 malam, Abdul Rahim turun berseorangan dari tingkat 30, bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke lokap yang menempatkan Anwar.
Menurut fakta lagi, setibanya di lokap, Abdul Rahim mengarahkan melalui isyarat supaya beberapa anggota yang berkawal diam dan menutup mata serta menggari tangan Anwar.
Tertuduh kemudian memasuki lokap berkenaan dan menyerang mangsa dengan menumbuk dahi kiri serta menamparnya beberapa kali.
Anwar menjerit kesakitan menyebabkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof, meluru masuk dan menahan Abdul Rahim dari terus memukulnya manakala Pengarah JSJ, Datuk Yaacob Md. Amin menarik tertuduh keluar".
Harga beras : kawalan segera elak rakyat teraniaya
19 Julai 2016
1. Padi Beras Nasional (BERNAS) telah ditubuhkan bagi menjaga kepentingan negara dalam perihal Beras. Pesawah, pengilang, pengimport, pemborong, peruncit sehinggalah kepentingan pengguna dibawah tanggungjawab BERNAS. Dengan hasrat yang baik BERNAS ditubuhkan dan sahamnya dimiliki oleh NAFAS dan NEKMAT iaitu dua organisasi yang menjaga kepentingan masyarakat asas tani. Isu bekalan beras ini merupakan isu penting dan sensitif kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.
2. Namun oleh kerana campur tangan politik maka BERNAS yang ditubuhkan dengan maksud yang baik mula berdepan perbagai masalah. Akhirnya Mac 2014, seorang taikun kroni Mahathir yang sangat kaya telah memiliki 90 % saham BERNAS dengan membeli kepentingan NEKMAT dan NAFAS. Ini sebenarnya sudah dikira meletakkan negara dalam risiko, bagaimana seorang individu boleh dibenarkan menguasai industri beras negara.
3. Terbaru Presiden Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) dalam kenyataannya yang disiarkan di membangkitkan mengenai harga beras yang tidak masuk akal. Ismail Awang menyatakan bagi setiap 1 tan, mereka perlu membayar RM2,100 kepada BERNAS sedangkan harga sepatutnya hanya pada sekitar RM1,350, satu beza yang begitu jauh menyebabkan harga beras di pasaran meningkat. Ini memberi maksud BERNAS menyebabkan harga beras Malaysia mahal dari harga pasaran.
4. Dalam laporan berita yang sama juga BARIM mendedahkan wujud penipuan terancang dilakukan BERNAS iaitu dengan menggunakan label 5 peratus hancur sedangkan kandungan di dalam setiap beg adalah 15 peratus hancur. Ini menyebabkan pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan bekalan beras 5 peratus iaitu pada kadar RM26 setiap 10 kilogram sedangkan mereka mendapat beras 15 peratus hancur yang sepatutnya dibeli pada harga hanya RM18 setiap beg 10 kilogram.
5. Ini perlu tindakan dan respon kerajaan segera kerana tuduhan BERNAS mengambil untung melampau sehingga harga beras kita menjadi lebih mahal dari pasaran tetapi turut menipu. Beza RM8 setiap beg. Menurut Presiden BARIM, bila ditanya, mereka kata pemborong yang memanipulasi keadaan sedangkan pemborong tidak mendapat keuntungan jika beli beras dari BERNAS dengan harga RM21 dan jual pada pengguna dengan harga RM18. Harga itu pula ada tertera di dalam akta iaitu 15 peratus hancur dijual pada harga RM18 sekampit,
6. Syed Mokhtar ialah kroni dan ramai yakin dia proksi Mahathir. Dia kaya raya, selepas dia mengambil alih Raja Gula dari Robert Kouk harga gula naik, rakyat susah tetapi dia terus kaya. Dia juga mengawal pelabuhan pelabuhan penting negara, dia juga mendapat anugerah mengendalikan IPP yang menjerut TNB yang akhirnya menyusahkan rakyat. Bukan sahaja zaman Mahathir tetapi sehingga sekarang dia begitu berkuasa, apakah Najib begitu lemah zahir dan batin dengan melihat sahaja ?
7. Perlu tindakan segera. Kerajaan harus campur tangan dan selesaikan masalah ini segera kerana akhirnya rakyat makin dijerut masalah yang di asaskan di zaman Mahathir semakin parah kini. Ssistem negara ini hancur dan kehancuran dimulakan Mahathir
tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
rujukan : http://watan-online.com/?p=26316
Syed Mokhtar kroni Mahathir terus kaya kuasai BERNAS tetapi rakyat apa khabar ?
Itu persoalan dibangkitkan Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) selepas mendapat aduan daripada ahlinya di seluruh negara yang mempertikaikan harga beras yang dijual Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Sanjeevan Di Tahan Di Bawah PoCA : Apa Yang Cuba Disembunyikan?
Kenyataan Umum
11 Julai 2016
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Monday, July 18, 2016
Seruan bersatu yang palsu
19 Julai 2016
SERUAN BERSATU PALSU
1. 13 Julai 2016 yang lalu beberapa media melaporkan kenyataan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang menyatakan pembangkang perlu insaf dan perlu bersatu untuk menyelamatkan negara. Laporan berita ini seolah menunjukkan jiwa besar Azmin namun yakinlah ia hanya palsu dan hipokrit semata mata.
2. Kenyataan Azmin ini kononya menyambut seruan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang kononnya sehari sebelum itu melontarkan seruan bahawa perlu adanya gencatan senjata dan usaha menyatukan semua pembangkang. Pemimpin Pas sememangnya terkenal dengan sikap berbolak balik mereka, siang cakap lain malam cakap lain dan inilah menjadi punca pecahnya Pakatan Rakyat sebelum ini. Ini dibuktikan sekali lagi hanya beberapa hari Tuan Ibrahim melontarkan seruan murni dia sendiri bertindak liar apabila mengeluarkan gesaan agar AMANAH dibubarkan kerana kononya AMANAH akan menjadi punca masalah dalam pembahagian kerusi menjelang PRU akan datang.
3. Seruan hipokrit konon berjiwa besar Tuan Ibrahim ini disambut juga dengan sambutan hipokrit. Azmin nak suruh semua bersatu, nak bersatu macam mana apabila di Sarawak semua maklum bahawa Azmin adalah punca pertembungan sesama pembangkang sehingga ditertawakan lawan dan kawan serta menghilangkan keyakinan pengundi.
4. Jika Sungai Besar dijadikan sandaran maka ia adalah perkiraan salah. Ramai tidak sedar Pas tidak kuat tetapi kerana Azmin menyimpan Pas dalam kerajaan Selangor maka sebagai duri dalam daging. Kesuluran Parlimen Sungai Besar ada 35 Ketua Kampung (Pengerusi JKKK) dan dari jumlah tersebut 23 disandang oleh Pas, PKR 11dan DAP cuma 1. Amanah langsung tidak punya akses. Bayangkan ketika kempen yang kebetulan berlaku bulan Ramadhan berapa banyak bantuan bawah Kerajaan Negeri tersalur kepada pengundi melalui Ketua Kampung Pas, berapa banyak projek -projek kecil melalui Ahli Majlis Pas dan jentera Pas yang berselindung dalam kerajaan negeri. Itulah kunci undi yang Pas perolehi jika tidak yakinlah kemungkinan Pas akan hilang wang pertaruhan dan AMANAH yang mewakili PH akan memenangi Pilihanraya tersebut, namun semuanya kucar kacir kerana Azmin yang pentingkan kerusi MBnya tidak tergugat. Sudahlah turun kempen secara terang - terang bawa calon Pas dan menghantar masej keliru iaitu sokong calon AMANAH tetapi doa calon PAS berjaya.
5. Sekarang masa yang penting, rakyat mahukan perubahan namun ia perlu dilakukan secara serius. PH perlu ada seketeriat tetap yang dilihat secara fizikal dan menyakinkan. Isu - isu negara perlu dihadapi secara PH bukan sendirian lagi, usaha satu logo baru satu kemestian. Turun kepada rakyat program - program PH namun sehingga ini ia tidak berlaku yang rakyat ingat PH dalam pilihanraya Sarawak pun berlawan sesama sendiri. Lupakan Pas dan sedeqahkan sahaja Pas kepada Umno jangan buang masa yang sudah tidak berbaki banyak. Luaskan gabungan PH dengan parti - parti tempatan khususnya Sabah dan Sarawak, buka keanggotaan organisasi kepada NGO - NGO supaya semua lapisan massa rakyat berperanan. Selangor dan P.Pinang wajar menjadi wajah Pakatan Harapan. Pas harus disingkir dan diulang sedeqahkan sahaja pada Umno. Perlawanan akan datang ialah satu sahaja calon geng baik yang lain semua geng jahat ia lebih mudah.
Kalau Mahathir nak tubuh parti biarkan dan biar dia mohon masuk PH dan putuskan secara organisasi bukan hantar pemimpin tergegeh tersengih iring Mahathir ke sana sini. PH Perlu serius atau pusingan penting ini berlalu begitu sahaja dan selepas PRU kita laung semula penipuan pilihanraya.
tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pemakan dedak Mahathir dalam PKR sedang menghapuskan Anwar
rujukan 1 : Fitnah terbaru Mahathir , Anwar tidak layak jadi PM kerana salah laku seks klik http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-did-not-have-the-moral-fibre-to-be-pm-says-mahathir-mohamad/news-story/8e418727190d919d3bbf3786eede0a30
rujukan 2 : Serangan terbaru Mahathir, Anwar tidak layak jadi PM kerana sudah tua https://www.malaysiakini.com/news/337328
rujukan 3 : Azmin akui dia dididik dan anak angkat Mahathir klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/13-disember-buka-mata-ramaiikatan-azmin.html
rujukan 3 : sejarah yang sedang dilupakan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/sejarah-yang-sedang-dilupakan.html
Wednesday, July 13, 2016
Respon terhadap kenyataan YB Zuraidah
Kenyataan umum
13 Julai 2016
Semalam saya dimaklumkan YB Zuraidah Kamaruddi telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ;
Press statement
I refer to the recent malicious and false allegations and insinuations revolving around 9 luxury cars allegedly owned by me.
I state as follows:-
1. First, these are not luxury vehicles; they are mostly japanese models and includes a van and pickup truck.
2. There are no 9 cars; there are only 7 cars and 1 motorcycle registered in my name.
3. Although these 7 cars and 1 motorcycle are registered in my name, I am not the beneficial owner. Only one of these cars are for my personal use, whereas another 3 cars are for the use of my family members who contributed to the purchase price and loan repayment.
4. The other 3 remaining vehicles although under my name are paid for and used by party associates. These facts can be verified by those who are the actual users and beneficial owners of the vehicles.
5. Finally, I state that it is a complete lie that I am using a car owned by a "tauke cina" or any other private company. I view these irresponsible and politically motivated allegations seriously and am consulting my lawyers.
Zuraida Kamaruddin
MP for Ampang Wanita Chief of Keadilan
12 July 2016
Merujuk semula kenyataan saya bertarikh 9 Julai 2016 . (http://chegubard.blogspot.my/2016/07/ahli-parlimen-pkr-ampang-wajar-jawab.html?m=1) saya mempertegaskan perlunya Zuraidah tampil memberikan penjelasan dalam isu yg sedang hangat viral khususnya di media sosial supaya rakyat jelas dan PKR itu sendiri dilihat berbeza dari aspek ketelusan, integriti kepimpinannya. Kenyataan dan penjelasan konkrit seharusnya dilakukan seawal isu ini dikeluarkan kerana kita yang mendidik rakyat sentiasa bertanya dan mempersoalkan pemimpin seperti dalam bab pemilikan harta.
Namun kenyataan tersebut masih dangkal dan hanya bersifat penafian sahaja. Jumlah kenderaan 9 atau 8 itu bukan isu utama. Walaubagaimanapun saya difahamkan oleh beberapa pihak yang rapat denganya beliau berada diluar dan akan membuat kenyataan dan penjelasan lengkap sebaik sahaja pulang. Saya masih menanti dan menyambut baik usaha memberikan penjelasan dalam isu ini agar ia dapat dimatikan dengan jawapan konkrit dan akhirnya kita tidak dilihat serupa dengan Umno.
Seperti berpegang dan saya pertegaskan semula seperti dalam kenyataan saya sebelum ini :
Sebelum Umno dan Barisan Nasional menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraidah wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci.
Kerana itu seperti yang digariskan dalam Garis Jalur Perubahan yang dikeluarkan hasil bengkel anak muda Malaysia menyatakan dengan jelas ahli politik utama negara harus mengistihar harta secara terbuka dan berkala malah kami turut mengajukan cadangan lengkap satu undang - undang khusus dalam perihal dana politik.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia