Thursday, June 04, 2009

Najib diekori Altantuya di China


Najib Tun Razak panik tiba - tiba apabila tanpa disangka diasak oleh wartawan asing berkenaan degan kaitan beliau dan pembunuhan Altantuya.

Menurut sebuah agensi berita asing (AP) Najib tertawa (tertawa tawar sementara mencari idea dan melindungi rasa panik terkejut) sebelum menjawab soalan.

Najib mendakwa dia tak punya apa hubungan dengan model, Altantuya. Altantuya didakwa punya hubungan 'rapat' dengan Penasihat Politik Najib, Razak Baginda.

"Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.

Najib juga bergurau mengenai hotel Altantuya dilaporkan menginap sebelum dibunuh. Kata Najib "kalaulah dia teman wanita saya tentu dia (Altantuya) akan rasa terhina kerana ditempatkan di hotel sebegitu sahaja."

Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

Solidariti Anak Muda Malaysia akan terus berjanji selagi 'misteri' kes ini tidak terungkai Najib akan terus dihantui dengan Altantuya.

Dalam masa terdekat akan diterbitkan sebuah buku "Siapa Bunuh Altantuya?" yang akan merakamkan semula semua detik yang menjelaskan kepada orang ramai betapa peristiwa kematian Altantuya ini bukan sekadar cerita disebalik selimut tetapi merupakan kejadian melindungi 'rompakan' berlesen wang rakyat.

untuk membaca persoalan penting dalam kes Altantuya ini sila klik sini dan baca serta fahamkan kenyataan media SAMM ketika menghantar ke PM baru baru in i.

4 comments:

  1. mmglah, dah tak menginap di hotel mewah lagi.mungkin sebelumnya pernah menginap di hotel2 mewah di eropah. seperti yg dilaporkan akhbar ttg percutiannya di eropah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:44 PM

    setiap rakyat sudah tahu siapa yang terlibat dalam kes altantuya walaupun mahkamah telah membuat keputusan.....

    kafesantai.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ALASAN KAKI PEREMPUAN...

    ReplyDelete
  4. bang...
    ku nk dafta AMK...

    ReplyDelete