Wednesday, November 12, 2008

Sepetang di Kuala Krau

Petang 11 Nov 2008 ; kira - kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Kampung Pian, Perkampungan orang asal di Kuala Krau. Suasana hutan khatulistiwa yang tenang mengiringi sepanjang 15 minit perjalanan dari jalan besar ke perkampungan tersebut.

Petang itu sampai untuk memenuhi janji dengan seorang peguam (bekas tahanan ISA) Hj. Suhaimi yang merupakan Ketua Bahagian keADILan di situ untuk melawat ke Perkampungan orang asal yang mula menjadi kubu kuat keADILan. Lawatan petang itu turut disertai kepimpinan keADILan Negeri dan Bahagian. Satu Majlis Penerangan dan sesi Dialog diadakan di rumah saudara 'Syam'. Seramai kira - kira lebih 60 orang terdiri dari penduduk kampung tersebut bersama dalam majlis tersebut. Agak mengkagumkan juga apabila Hj Suhaimi berucap dalam bahasa penduduk kampung tersebut. Hj. Suhaimi bukan asing dikalangan penduduk asal perkampungan tersebut kerana beliau bukan sekadar sedring datang tetapi sering bermalam juga bersama.Sebelum che'GuBard memulakan ucapan terkejut juga dengan sepontan mereka berdiri dan menjerit "Reformasi!!" dengan semangat. Dari persoalan yang dibangkitkan ketika sesi dialog ternyata mereka telah lama tertindas dan mereka sedia bangkit melawan.

"Harapan kami kini untuk bersama dalam Parti Keadilan Rakyat setelah melihat bahawa parti ini mampu berjuang untuk rakyat tertindas di bawah kepimpinan Datok Anwar" kata Kim salah seorang pemimpin masyarakat yang hadir petang itu.Kehadiran rombongan kami yang membawa pakaian terpakai dan juga sedikit gula-gula untuk kanak - kanak mengembirakan mereka. Hati cukup tersentuh bila ada yang bisik ke telinga mengatakan "cikgu kami tak harap barang dan duit keADILan tetapi kami harap kita sama berjuang...kami dah lama jadi bahan diperguna Umno"

Rupanya ada antara mereka yang turut sama turun berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di P/raya Kecil Permatang Pauh. Kali ini pula suku Kaum Jahud ini akan datang dengan bas untuk menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat pada 29 November 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam. Malah mereka akan membuat persembahan di pentas utama pagi itu nanti.
Malamnya pula berceramah dengan Tn. Hj Syed Shahir dan YB Gobalakrisnan yang baru tiba jam 8malam. Ceramah diadakan di Kuala Mai dalam keadaan hujan lebat tetapi masih mendapat sambutan ramai. Malam tersebut memulakan ceramah dengan senyuman kerana gelagat pengerusi Majlis ...Man Khalid yang begitu bersahaja... beliau ialah pelakon filem "Man Laksa" yang menjadi Pengerusi dalam Konsert Kampung dalam filem tersebut.

Razak Baginda bebas...!!! Persoalan makin liar...rakyat berhak menuduh...

Razak Baginda bebas – persoalan semakin liar

Ada tepatnya petikan komentar Leslie Lau dari www.themalaysianinsider.com

Commentary by Leslie Lau
http://www.themalaysianinsider.com

But for his close friend Najib, this will be a bitter-sweet moment. His friend is acquitted, but the acquittal will almost certainly give rise to more allegations against him.

Tuduhan akan semakin luas mengenai siapa yang sebenarnya mahukan Altantuya di bunuh. Kenapa kedua-dua polis itu bertindak di caj atas tuduhan membunuh tanpa motif pembunuhan. Kedudukan pembebasan Razak Baginda pasti akan menimbulkan banyak persoalan dan pembangkang khususnya mampu kembali semula mendendangkan lagu yang berunsur kritikan pada Najib Tun Abdul Razak. Persoalan kenapa Chief Inspector Azilah Hadri dan Cpl Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya kini menjadi persoalan selain dari pertuduhan melakukan pembunuhan yang di buat ke atas kedua-dua anggota polis tersebut.

Semakin rancak kes pembunuhan Altantuya - tetapi bagi Razak Baginda, beliau semesti lega dengan akhirnya beliau di bebaskan dari tuduhan membunuh.



Mahkamah bebaskan Razak Baginda
Oct 31, 08 10:12am dari www.malaysiakini.com
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bagimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.

Altantuya case: Razak acquitted - Star Online
By CHELSEA L.Y. NG and NURBAITI HAMDAN

SHAH ALAM: Political analyst Abdul Razak Baginda was acquitted Friday of the murder abetment charge in the murder case of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
The judge ruled that the prosecution failed to prove a prima facie case against him.
C/Insp Azilah Hadri and Kpl Sirul Azhar Umar, members of the Special Action Squad (UTK), were ordered by to enter their defence against the murder charge.
Both of them chose to testify under oath.
Azilah and Sirul Azhar were charged with murdering Altantuya at Mukim Bukit Raja, Selangor, between 10pm on Oct 19, 2006 and 1am the following day.
Abdul Razak was charged with abetting them in the murder of the beautiful 28-year-old translator.
He was seen leaving the court at 10.10am with his wife and daughter. He did not give a press conference outside the court building.
"I just want to go home," said Abdul Razak briefly to the press.
Azilah and Sirul Azhar were led out of the court building in handcuffs by police officers at 10.40am. They both had their faces covered. Azilah's fiancee refused to give any comments to the press.
It has been slightly over five weeks since the prosecution closed its case and the court is expected to decide on the fate of all three accused today.
The trial had gone on for 151 days from November 2006, during which 84 prosecution witnesses testified.

Tuesday, November 11, 2008

Nampaknya pro Abdullah belum mengalah dan tak duduk diam...


"Rayu Pak Lah Jangan Serah Negara Kepada Penjenayah" itulah ayat tertera dalam banner yang turut tertera alamat url http://selamatkanumno.blogspot.com/



Pagi dua hari lepas ketika sedang melintasi Lebuhraya Persekutuan menuju Shah Alam.

Menghampiri jejantas perjalan kaki depan pejabat sebuah akhbar berbasaha cina tertera dengan jelas sebuah kain rentang tertulis "Razak Baginda Bebas!! Siapa Arah Bodyguard Najib Bunuh Altantunya?" juga tertera url sebuah blog http://selamatkanumno.blogspot.com/ . Kereta dihentikan di bahu jalan sementara mendapatkan kertas dan pen untuk menyalin alamat blog tersebut.

Sampai ke rumah hari tersebut tak sabar rasanya untuk membuka internet untuk memeriksa url yang dimaksudkan. Banner seperti ini pernah tertera di akhbar harakah dan suara keadilan. Tetapi url yang tersiar http://antinajib.blogspot.com/ setelah diperiksa ialah blog lama yang sudah tidak dikemaskini. Pada anggapan mungkin ini strategi tertentu. Sebab dalam politik orang tak buat tanpa sebab.

Laman blog selamatkanumno ini rupanya juga 'based' anti Najib. Rupanya menurut blog ini banyak banner yang serupa tersebar di seluruh ibu negara. Nampaknya penyokong Abdullah tidak duduk diam sahaja. Cuma kalau inilah sahaja cara mereka...ia terlalu lemah...




Cuba mencari beberapa laman lain untuk mencari kumpulan mana yang lakukan terjumpa gambar disebuah web gambar kepunyaan seorang yang kelihatan seperti pro Mahathir tetapi turut menyokong KJ. Gambar menunjukkan beberapa penyokong Abdullah merentang banner menyambut Abdullah yang tiba untuk mesyuarat MKT Umno baru baru ini di PWTC. Kumpulan yang sama juga dikenal pasti berhimpun di luar rumah Abdullah mengangkat gambar Abdullah ketika hari Abdullah umum tidak akan tanding jawatan Presiden.

Banner - banner tersebut juga ada '3 line'..... adakah sebuah badan melayu islam yang dinanungi Pak Lah terlibat dalam usaha menyelamatkan Abdullah disaat akhir ini....?

Darah Umno tumpah untuk rebut kuasa.

Pertama sekali tahniah buat Khairy Jamaludin yang baru melepasi antara babak mendebarkan dalam karier politiknya. Akhirnya dengan segala usaha dia berjaya juga mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda Umno dari Bahagian Rembau. Benar katanya perjuanganya merebut takhta Pemuda Umno tak akan bermakna jika dia tidak mendapat pencalonan dari Rembau. Menyedari bukan sedikit pemuda yang bencikan dia di Rembau. Hakikat ini dia sepatutnya sedari dari saat dia seharusnya kalah PRU 12 jika tanpa penipuan agensi kerajaan.
Memang seharusnya beliau berdebar kerana kem Muhkriz dikhabarkan turut menyerang Rembau. Malah peristiwa kegagalan Bibi Sharliza (bekas ADUN Paroi) untuk mendapat pencalonan dalam perebutan Ketua Puteri dari bahagianya sendiri dilihat amat memalukan, dari segi moral sudah tentu Bibi sudah tidak kuat lagi.
Khairy bukan Bibi, Bibi mungkin boleh menyusur akar semula..... berniaga kecil kecilan dan mendaki semula anak tangga politik yang tergelincir sebelumnya. Khairy dari mula sudah duduk selesa politik ini umpama periuk nasinya. Ethos atau ECM Libra tak akan meelihat Khairy dengan nilai seringgit pun jika tanpa kedudukan politik yang dinaungi Bapa Mertuanya.
Bapa mertua sudah mengumumkan perletakan jawatan. Dalam Umno orang yang sudah nampak jalan keluar tidak dinilai orang. Khairy perlu berdikari sendiri kini. Ini persaingan hidup dan matinya. Jika dia kalah bukan sahaja dia akan hilang dipusat malah kerusi parlimen Rembau pun belum tentu dia akan dapat dalam PRU akan datang. Periuk nasi juga terjejas.... dia pula tidak pernah merasa menyusur akar... kemungkinan ia akan mati terus tidak boleh dielak.
Bagi Mukhriz ini bukan hidup mati. Jika dia kalah Najib dan Hishamuddin pasti akan membelanya atas dasar saudara jauh tetapi aakn perlu diberi lebih perhatian kerana tidak mahu menjadi bahan belasahan Mahathir. Mahathir membelasah Dollah sebab Dollah tidak mahu ikut cakapnya dan lebih lagi Dollah ada Khairy yang mampu menidakan Mukhriz warisan Mahathir. Walaupun Mukhriz sebenarnya hanya diset oleh Mahathir tetapi sebagai seorang pemimpin jauh karisma Khairy dari Mukhriz ....itu disedari Mahathir kerana itu Khairy perlu dibunuh segera.
Ramai yang terkeliru ...ada yang menuduh che'GuBard dibayar Khairy dan kerana itu komen che'GuBard kepada Khairy agak dilunakan sedikit. Malah kononya tuduhan itu lebih kuat kerana email - email kepada che'GuBard yang mengirim gambar Khairy sedang mabuk bersama perempuan... memang rasanya gambar itu asli tetapi ini bukan cara politik cheGuBard. Pertembungan cheGuBard dan Khairy ialah persoalan dasar, polisi dan prinsip bukan peribadi walaupun Khairy sibuk mencanangkan tidak mahu debat dengan che'GuBard kerana cheGuBard tidak punya isu selain dari serangan peribadi. Untuk pengetahuan semua che'GuBard menerima bukan sedikit fail termasuk mengandungi serangan peribadi kepada Khairy semasa PRU 12 lalu tetapi semua fail yang menyerang peribadi dibuang begitu sahaja.
Kempen Politik ini bukan sekadar perebutan kuasa tetapi ia seharusnya bersifat mendidik massa.
Selaku pemimpin muda keADILan seharusnya mahukan pemimpin yang lemah memimpin Umno. Sudah tentu Mukhriz seharusnya menang agar lebih mudah bagi keADILan terus mendominasi sokongan muda. Mukhriz tidak karismatik dan tidak berjiwa muda. Khairy dalam bab ini lebih sedikit dari Mukhriz dan jika dia menang mungkin sukar sedikit kerana dia agak agresif dalam mengumpul tenaga muda.
............................................................................................................................
Di Rembau mesyuarat Umno penuh dengan muslihat. Bukan sedikit wang digunakan , ugutan dan janji manis ditabur untuk mengepung sokongan. Walaupun Khairy mendapat pencalonan tetapi kekecohan yang dirancang 'ala gangsterisme' tidak boleh diselindungkan. Sebaik sahaja nama Khairy dicalonkan, pencalonan ditutup dan apabila Hanafi bangun untuk membuka pencalonan beliau di boo dan ramai pemuda menjerit "Hidup KJ...Hidup KJ.."sambil menggemgam penumbuk, menumbung ke udara.... ini menakutkan kumpulan pro Mukhriz kerana takut sesuatu yang tidak baik berlaku. Tetapi jika undi sulit dilakukan belum pasti Khairy menang. Ini yang harus dia perhatikan nanti... pencalonan belum tentu menjadi undi.
Di Seremban pula aksi pergelutan dalam Mesyuarat Pemuda berlaku. Ada wajah yang berdarah. Dalam Mesyuarat Bahagian Seremban pula aksi membaling kerusi mengambil tempat, ini wujud dari rasa tak puas hati beberapa perwakilan dari cawangan yang dibatalkan. Ini semua memang sudah dijangka kerana beberapa hari sebelum itu sudah ada satu tunjuk rasa aman dibuat di depan Bangunan Umno Negeri Sembilan oleh kumpulan tersebut.
Semenjak pemilihan umno berlansung.... isu rakyat seolah tenggelam... rakyat makin susah tidak mendapat pembelaan tetapi pemimpin 'melayu' yang mereka beri mandat sibuk menyusun bidak catur untuk merebut kuasa. Dalam mesyuarat Umno sudah tidak lagi dibincang isu rakyat susah, rumah melayu diruntuhkan, tanah melayu dirampas, melayu susah ...harga barang naik...tak mampu bayar yuran sekolah....isu bahasa Melayu terpinggir di sekolah....
tetapi Melayu Umno sanggup tumpah darah kerana berebut kuasa....sedangkan melayu dibawah tumpah darah pertahankan hak mencari rezeki sesuap nasi.

PDRM kotori Ulangtahun BERSIH.


7 November 2008 yang lalu menerima sms dari seketeriat BERSIH yang mengundang cheGuBard untuk berucap dalam Majlis mengenang setahun Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Nov. 2008 jam 8.30 malam di Padang depan Amcorp Mall.

Masih segar lagi ingatan bagaimana membawa gerombolan terbesar dari Sogo bergabung dengan gerombolan di Masjid Negara sebelum menuju ke Istana Negara. Taktik dan penyusunan strategi serta koordinasi 'marshal' yang baik telah mengelakan pertempuran dengan polis dan menjadikan gerombolan yang dibawa 'terbesar' untuk sampai di Istana Negara. Polis yang siap 'bersenjata' menunggu di Dataran ternganga melihat kami tidak memasuki perangkap mereka sebaliknya berlari mengambil alih Lebuhmahameru. Di Lebuh Mahameru 'tentera kuning' dari sogo telah bergabung dengan pasukan yang menunggu di Masjid. Pasukan yang terlalu besar sudah tidak mampu ditahan lagi. Polis bertindak bijak di persimpangan masuk ke Istana dengan membuka laluan untuk mengelakan pertempuran. Jika polis tidak bijak tempoh hari sejarah negara pasti berubah. Tindakan pantas seorang 'marshal' (yang kini bergelar YB) untuk menghantar amaran 'menakutkan' polis sehingga membuka jalan juga harus dipuji.

Itu sedikit sorotan 'kemeriahan' kebangkitan tentera kuning menawan Kuala Lumpur.

Agak terkejut kerana Majlis yang (sepatutnya) diadakan begitu besar kerana mengenang perhimpunan rakyat terbesar pernah diadakan tetapi langsung tidak kedengaran hiruk pikuk usaha mobilisasi diadakan. Lebih malang lagi malam tersebut juga telah dijadualkan lebih awal untuk program turun kawasan di Rembau. Maka tidak dapat dielakkan cheGuBard tidak dapat menyertai perhimpunan di PJ.

Malangnya dalam perjalanan pulang dari Rembau ke Seremban satu sms masuk ke telefon bimbit. Tertera "Polis ganas suraikan perhimpunan kenang BERSIH. Ada cedera, ramai ditangkap"

Ya Allah apa yang jadi...? Cuba menghubungi Black tetapi gagal. Keesokan harinya dari penjelasan teman - teman yang menyertai perhimpunan dan video yang dirakam, memang melampau.

Cukup !! Sudah cukup !! Polis merupakan penjenayah Hak Asasi !! 10 - 15 orang polis membelasah seorang peserta perhimpunan. Polis menyerang peserta ketika lagu Negaraku dinyanyikan..... polis sudah terang menjadi alat regim Bn-Umno.......

Persoalanya permit ? Berapa banyak program Bn tak punya permit ada berani PDRM halang...? kedua alasan permit tidak boleh digunakan untuk membelasah manusia....?

Setuju bukan semua polis 'jahat' ada yang masih punya maruah dan harga diri.... tetapi kenyataanya bukan salah masyarakat jika melebel polis dengan label negatif kerana kebanyakan ketua mereka rendah harga diri.......

Ingat.... perhimpunan yang kamu suraikan itu Perhimpunan 'geli-geli' sahaja..... Jangan cabar kesabaran rakyat..... !!!!!!!

Monday, November 10, 2008

Kerusi terbang hiasi mesy. Umno Seremban








KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar hari ini. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDENDalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. - fotoBERNAMA

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.


Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID


Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian itu.

Thursday, November 06, 2008

Razak lepas maka siapa yang arah bunuh Altantunya ???

sila klik link ini http://blog4pro.blogspot.com/2008/10/altantuya-malaysiatoday-exposed-dpm-and.html untuk membaca lanjut bukti sms mengenai penglibatan Najib dalam isu Altantunya....

Keputusan mahkamah yang dilihat memenuhi urutan peristiwa sebelum itu, terutama kandungan SMS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman.

Malah, keputusan itu juga akan menyebabkan integriti Najib semakin dipersoal dan dipertikaikan.
Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Keputusan mahkamah itu tidak membantu memulihkan kepercayaan kepada institusi kehakiman. Terlalu jelas keputusan itu memenuhi urutan peristiwa sebelum itu

Mengapa keputusan itu selari dengan kandungan SMS Najib kepada Shafie yang menyatakan "all is not lost" di awal penangkapan Abdul Razak dahulu?.

Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu "Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost".

Maksudnya, "Harap tidak beri apa-apa kenyataan kepada akhbar hari ini. Saya akan terangkan kemudian. RB (Razak Baginda) terpaksa menghadapi pendakwaan tentatif tetapi tidak semuanya hilang".

Najib tidak menafikan SMS tersebut adalah antara beliau dan Shafie.

"Mempertikaikan keputusan mahkamah tidak diizinkan undang-undang negara ini. Tetapi, rakyat tidak boleh disalahkan jika mahkamah sendiri menjadi tempat lawak dimana undang - undang dipergunakan untuk melindungi kepentingan mereka yang rapat dengan regim pemerintah.

Keputusan membebaskan Abdul Razak itu juga akan menyebabkan integriti Timbalan Perdana Menteri semakin lebih dipersoal dan dipertikaikan.

Najib tentu tidak akan menolak peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tetapi, pernahkah Najib mengambilkira perasaan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri mereka dikait-kaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan keputusan mahkamah yang dilihat selaras dengan kandungan SMS beliau kepada peguam yang sebelum ini terlibat dengan kes itu? Itu belum lagi diambilkira kes Sukhoi, Scorpene dan Eurocopter.

Adakah Najib fikir mereka bangga dan gembira mempunyai Perdana Menteri seperti itu?

Dalam isu sms ini saya bersama rakan Seketeriat Anak Muda Malaysia telah membuat laporan polis (juga bersama isu eurocopter) dengan disertakan 21 muka surat dokumen sokongan. Selepas membuat laporan tersebut saya berkali - kali dihubungi pihak polis untuk mendapatkan keterangan saya, namun saya amat menyakini tidak satupun kerja menyiasat Najib dimulakan oleh Polis.
Rakyat sudah punya pengalaman sengsara hidup dibawah Perdana Menteri yang paling lemah tetapi rakyat tidak sanggup menghadapi pengalaman ngeri duduk dibawah Perdana Menteri yang bukan sahaja terpalit dengan skandal, rasuah tetapi terpalit dengan jenayah bunuh.

GGMM tak akan berani saman kerajaan pusat kerana bakul sampahkan bahasa Ibunda

Rasa geli geleman apabila membaca berita mengenai Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) atau Young Malay Graduates Federation pada jam 2 petang, 4 November 2008 telah menyaman kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang berhubung papan tanda tri-bahasa yang ingin didirikan di kawasan tapak warisan sejarah Pulau Pinang. Nik Rizman Sapian (AJK GGMM, seorang usahawan dari Kuala Lipis Pahang) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Nik Rizman dengan diwakili oleh Sharihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua. Seramai 200 anggota GGMM mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi.

Kelihatan masing masing melangkah gagah siap berselempang kuning...terjerit - jerit hidup Melayu....tetapi kesian mereka cuma alat propaganda tak lebih dari itu.

Cuma kalau sesiapa kenal 'bebudak' GGMM ini tolong sampaikan salam che'GuBard...tolong tanyakan kepada mereka adakah meletakkan tambahan bahasa di papantanda kawasan perlancongan lebih menghina bahasa kebangsaan dari menyingkirkan bahasa tersebut sebagai bahasa Ilmu dengan 'mengajar' di University dan sekolah guna bahasa Inggeris...? Kalau GGMM ini konsisten che'GuBard juga tabik ....malangnya cuma alat ikut musim dan isu.

Kebelakangan ini, selepas PRU ke 12 memang banyak timbul pejuang bangsa versi baru. Kononya kerana Melayu tertindas...... dalam satu forum yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri pernah bangun seorang budak Melayu cakap berapi api soal bangsa Melayu tetapi cakap dalam bahasa Inggeris... lepas forum ada teman yang dekat dan bertegur sapa denganya .....ya Allah...cakap Melayu tunggang langgang....

Semalam ramai rakyat Malaysia dengan poyonya merayakan kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika.... antaranya ialah kononya ini bukti pecahnya tembok perkauman..... Obama pembawa obor politik baru..perubahan.... tetapi bayangkanlah orang yang sama juga menyumpah seranah apabila seorang bukan Melayu menggantikan sementara jawatan seorang Melayu yang korup di PKNS.


hahahahaaa..... nak guna ayat bebudak Mambau......... lu pikir la sendiri !!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 05, 2008

Penangguhan menggantikan 'Nuri' memangsakan tentera Malaysia

Helikopter Nuri atau Sikorsky S-61A-4 kali pertama diterbangkan pada tahun 1959. Pada tahun 1961 ia telah mula digunakan oleh tentera laut Amerika. Pada tahun 1968 Angkatan Tentera Malaysia telah membeli beberapa unit Helikopter terpakai Sikorsky S-61A-4 ini dan dengan sedikit pengubahsuaian dan kemudian diberi gelaran Nuri. Sememangnya satu ketika Helikopter ini antara yang tercanggih dan pernah digunakan oleh Presiden Amerika. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, maka peranan 'Nuri' dalam Tentera Amerika telah diambil oleh SH-60 Sea Hawk pada sekitar 1990-an.

Nuri milik Malaysia burung besi yang dibeli '2nd hand' sudah terlalu uzur. Sejak dibeli sehingga beberapa bulan lalu ia makin kerap memakan nyawa prajurit negara. Negara hilang prajurit bukan lagi kerana 'syahid' di medan perang tetapi dikorbankan kerana uzurnya peralatan pertahanan negara. Pernah diceritakan oleh seorang, Yusri, teman bekas tentera yang sama menjadi Guru Pelatih di Maktab Perguruan Raja Melewar (kini IPRM) menceritakan bagaimana tentera Australia yang menjalankan latihan bersama menggigil ketakutan ketika menaiki Nuri semasa operasi latihan bersama. Tentera asing itu tidak langsung terfikir bagaimana helikopter uzur itu masih digunakan oleh angkatan tentera.

Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com

  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]
Maka kononya kerana menginsafi dan menyesali siri kejadian tersebut makamaka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.

Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Pengumuman ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Mungkin bagi mereka sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan burung besi usang, Nuri.

Malangnya, regim Bn tidak pernah serius membela nasib rakyat, semuanya ada udang di sebalik batu. 'deal' pembelian EC725 Cougar pengganti Nuri dipenuhi najis Rasuah. ratusan juta wang rakyat akan hangus kerana deal ini.

Lim Kit Siang mendedahkan dalam sidang parlimen bagaimana India mendapatkan 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama sebaliknya Malaysia hanya mendapat 12 buah. Manakala Majalah Pertahanan www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah dari Malaysia. sila klik untuk baca

Hal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. sila klik untuk baca

Mengenai harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setiausaha Kementerian, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Lebih memeranjatkan lagi, ketika berucap di Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Tetapi sebaliknya 'pelik bin ajaib' pembelian pakai tengok katalog ini dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) sebagai ikut prosedur.

Rakyat mula marah, nampaknya Regim Bn silap kira-kira ia tak semudah menghisap darah ketika membeli Sukhoi dan Scorpene. Ketika membeli scorpene rakyat senyap kerana terlelap. Ketika beli sukhoi rakyat mula merungut tetapi ditipu kononya mahal kerana termasuk harga hantar rakyat Malaysia membuat kajian angkasa walaupun sebenarnya Sheikh Muzaffar melancong ke angkasa.

Kali ini regim benar panik apabila rakyat sudah buka mata. 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya. Kononya kerana ekonomi antarabangsa tidak stabil. Katanya keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Pelik pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat, lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC akan bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.

Lebih pelik lagi 7 hari sebelum Abdullah mengumumkan pembatalan (21 Oktober) Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Najib yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Kenyatan tersebut seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter. Kalau benar Mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan pada 14 Oktober sudah membatalkan pembelian tersebut mengapa Najib masih mengeluarkan kenyataan mendukong usaha pembelian. Tidak mungkin Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu mengenai keputusan pembatalan. Siapa menipu Najib atau Abdullah ? Adakah ini menunjukkan krisis serius dalam pentadbiran negara...?

Ini 'high profile game' yang tak terjangkau dek penganalisis kedai kopi. Tetapi yang pasti ratusan juta wang rakyat jadi taruhan.

Malah bukan itu sahaja keputusan membeli pengganti Nuri tanpa ujian fizikal sepenuhnya yang serius umpama menggadaikan nyawa perajurit negara. Ingat idea membeli helikopter baru ialah kerana mencari pengganti Nuri kerana Malaysia sudah tidak sanggup kehilangan nyawa perajurit di luar medan perang lagi. Malangnya usaha pembelian yang kotor dengan korupsi umpama melarikan perajurit negara dari mulut harimau dengan meletakkan mereka ke mulut buaya.

Kini kerana skandal yang terbongkar pembelian 'ditangguhkan'. Ini juga bermaksud terus membenarkan Nuri si burung besi uzur terus membunuh nyawa perajurit negara.

Yang ditentang oleh rakyat ialah harga pembelian yang merapu dan proses pembelian tanpa ujian penuh ..... rakyat amat memahami keperluan memiliki pengganti Nuri..... tetapi yang difahami oleh regim Bn ialah setiap pembelian perlu ada komisyen, jika proses komisyen tertangguh tangguh dahulu.

sila baca juga posting lama mengenai Tragedi Nuri klik sini

Tuesday, November 04, 2008

Rumah Pak Cik Manab mula dibina hari ini.






Ingat Pak Cik Manab, seorang tua yang tinggal keseorangan dalam rumah yang tidak layak didiami. sila klik untuk membaca lanjut

Alhamdunillah walaupun dihalang oleh Umno tetapi hari ini pembinaan rumah baru Pak cik Manab Rasul bermula. Menurut Pengarah Projek, Sdr. Yusof Tapa perbelanjaan akhir dijangka sekitar RM 3000.00 termasuk deposit bagi elektrik dan air. itu tidak termasuk bantuanbahan seperti zink dan lain lain yang sudah diterima awal.

Sebuah Yayasan bersetuju menyumbangkan minima RM1500.00 , bantuan RM200 diperolehi dari pembaca blog ini yang menetap diluar negara. RM 500.00 pula sumbangan yang dikumpul dari ahli Jawatankuasa keADILan Rembau. Kami masih memerlukan kira - kira RM800.00 lagi. Penyumbang boleh terus menghubungi NorAzizi 0123696474 untuk menyalurkan sumbangan.

InsyaAllah menjelang dua atau tiga minggu lagi Pakcik Razak mampu tersenyum tidur lena dalam rumah baru beliau.

Projek (3B) Baiki, Bersih dan Bina rumah warga emas Rembau dilancarkan oleh YB Azmin Ali di Kg.Bintongan, Rembau pada 26 Okt.2008 dalam Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri keADILan Rembau Peringkat DUN Kota.

Kerusi roda baru untuk OKU


Pada 29 Oktober yang lalu cheGuBard telah turun ke Taman Bunga Raya, Ulu Sawah (DUN Rantau, Parlimen Rembau). sila klik sini untuk baca laporan lanjut.

Antara yang diziarahi ialah Puan Neelavathy a/p appannah (no k.p : 590803015242), kedua dua kakinya dipotong kerana mengidap penyakit kenciung manis yang teruk. Bermula saat itu ia tidak mampu bekerja dan pergerakanya hanya dibantu oleh kerusi roda sepenuhnya. malangnya sejak akhir akhir ini pergerakanya lebih terhalang kerana kerusi rodanya sudah terlalu uzur. Dia yang merupakan OKU berdaftar dengan JKM (no kad pendaftaran OKU : A049665).

Menurutnya dia sudah beberapa kali juga memohon bantuan dari 'orang - orang BN' tetapi sehingga kini janji tinggal janji.

Satu surat segera dihantar kepada ADUN Rantau merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Namun kerana terlalu simpati melihat perkembangan ini Pusat Khidmat Rakyat Rembau (PKR) telah menghantar sms kepada semua AJK Bahagian memohon sumbangan segera.

Alhamdunillah Bob, AJK AMK Rembau telah sudi menyumbangkan kerusi roda yang masih baru milik arwah bapanya. Pada 3 November Angkatan Muda keADILan Rembau telah hadir menyampaikan kerusi roda buat Puan Neelavathy.

Kehadiran kami mengundang kejutan kepada penduduk sekitar. Kata mereka "walaupun keADILan belum berkuasa namun serius membantu rakyat....tetapi malangnya BN yang ada kuasa dan peruntukan tidak lansung peduli kesusahan rakyat hanya tahu janji...janji...janji..."

Sunday, November 02, 2008

Sambutan Deepavali keADILan Rembau





Pada 1 Nov. 2008 bertempat di Padang Awam Taman Koperasi, Pedas, Rembau telah diadakan Majlis Sambutan Hari Deepavali. Majlis yang bermula sekitar jam 6.30 petang dan tamat sekitar 12 tengah malam ini telah dihadiri tidak kurang dari 2,500 orang pengunjung dari berbilang bangsa.

Majlis telah dihadiri oleh YB. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar), YB Datuk Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Teluk Kemang), YB Ravi (ADUN Port Dickson) selain dari cheGuBard sendiri.

Perbagai jenis makanan tradisional masyarakat India disediakan. Selain itu persembahan teh tarik oleh juara Nescafe Tarik Malaysia berjaya menarik perhatian ramai.

Turut disampaikan malam tersebut ialah bantuan kepada 10 keluarga miskin dalam kawasan Rembau sempena Deepavali. Bantuan ini ialah sebahagian dari jumlah 35 keluarga yang dibantu sempena Deepavali. Sebanyak 100 kanak - kanak turut menerima 'duit raya' yang diberikan oleh cheGuBard.

cheGuBard ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan program khususnya kepada pengarah program Sdr. Segar (Naib Ketua Bahagian Rembau) dan Sdr. Muru (Naib Ketua AMK Rembau).

Beberapa masyarakat India yang ditemui di Majlis tersebut menyatakan rasa terharu. Ada yang mengatakan berpuluh tahun mereka duduk di Rembau tidak pernah ada rumah terbuka meraikan Deepavali dan masyarakat India dan inilah kali pertama diadakan.









lebih 2000 orang banjiri Rumah terbuka keADILan Rembau Peringkat DUN Paroi






SENAWANG – ( 25.10.2008 ) Kira-kira 40 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim & Miskin Negeri Sembilan ( PEYAKIN ) telah diraikan di majlis rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau yang diadakan di Restoran Sabar Menanti, Taman Widuri Indah, Senawang.

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 830 malam terpaksa diawalkan memandangkan kehadiran lebih 2000 orang seawal jam 7.30 malam.
Menurut Pengurus Restoran Sabar Menanti, S. Musliadi Sabtu, meraikan anak-anak yatim adalah tradisi yang telah dilakukan sejak 2 tahun lepas di restoran beliau. “ Tapi bagi saya, tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun yang sudah kerana memandangkan pihak kami yang tak menang tangan untuk melayan pengunjung yang hadir, apatah lagi Keadilan Rembau telah sudi untuk sama-sama menyumbang dan meraikan anak-anak yatim sempena Aidilfitri pada tahun ini.”

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin dalam ucapannya telah menegaskan bahawa walaupun kita bergembira di Hari Raya ini, namun kita tidak harus lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. “ Memang Hari Raya disambut dengan kegembiraan untuk merayakan kemenangan setelah kita berjuang di bulan Ramadhan, namun Hari Raya juga bermaksud kita mengagih-agihkan nikmat yang kita peroleh untuk dinikmati sesama manusia.”
Kemeriahan sambutan rumah terbuka Keadilan Rembau itu juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak istimewa dari Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan, Taman Tuanku Jaafar.Dalam majlis itu, Dato’ Kamarul Baharin Abas yang merupakan ahli Parlimen Teluk Kemang merangkap Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan secara peribadi telah sudi untuk menyampaikan cek bernilai RM 2000 kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa.Beliau yang tidak dapat hadir ke majlis itu telah diwakili oleh Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan. Selain itu, Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin telah menyumbangkan RM 500 kepada Persatuan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PEYAKIN)melalui tabung Jejak Fakir. Dalam majlis itu juga, Pengurus Restoran Sabar Menanti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak istimewa.

Rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Rembau itu juga turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari PAS, Pengerusi Ibunita, Absah Azizul Rahman dan Yang Dipertua PEYAKIN, Omar Abu Bakar.

Rumah Terbuka keADILan Rembau Peringkat Dun Kota

Kampung Bintongan, KOTA (26.10.2008) - "Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli UMNO cawangan Kampung Batu ini.." itulah diantara petikan ucapan Pengarah Keadilan DUN Kota, Sdr Yusof Tapa yang juga bekas ahli UMNO. Menurut beliau, kemaafan itu dipohon kerana beliau tidak mampu lagi untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO. Ini kerana perjuangan UMNO telah tersasar jauh dari perjuangan asal dan tidak lagi relevan dengan rakyat di Malaysia.

Dalam Jamuan Hari Raya Keadilan Rembau peringkat DUN Kota itu, 5 orang fakir miskin telah di berikan sumbangan oleh Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Sdr Badrul Hisham Shaharin. Isteri beliau Zarerah Hanim Md Zaki juga turut memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis itu.

Lebih 1500 orang telah membanjiri rumah Sdr. Yusof Tapa yang menjadi tuan rumah kepada Program Ceramah sempena Raya dan Jamuan Rumah Terbuka DUN Kota itu. Program itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Azmin Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak. Beliau yang merupakan penceramah utama dalam majlis itu telah menyeru kepada orang ramai agar bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau ini? Ke mana dia ketika banjir melanda Rembau? Beliau ( Khairy Jamaludin ), sedang bertungkus-lumus mencukupkan kouta untuk membolehkan beliau bertanding Ketua Pemuda UMNO. Mana kepedulian beliau kepada rakyat Rembau? Saya menyeru kepada semua. Buat tindakan bijak. Ayuh sertai Pakatan Rakyat dan mari kita sama-sama buat perubahan terhadap negara kita yang tercinta ini" tegas beliau.

Dalam majlis itu juga, Sdr Yusof Tapa telah menyerahkan sebanyak 237 borang keahlian dari ahli UMNO yang menyertai Keadilan. YB Azmin Ali juga telah sudi untuk melancarkan Program Bersih & Baiki secara simbolik dengan menyerahkan tukul besi kepada Sdr Zairul Izman, Ketua AMK Keadilan Rembau. Program ini adalah program mencari rumah-rumah orang miskin yang boleh dibersihkan dan diperbaiki di dalam Parlimen Rembau.

Majlis rumah terbuka itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Kamarul Baharin Abas (Ahli Parlimen Teluk Kemang ), YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), Tn Hj Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi), Sdr Rozmal Malakan ( YDP Kawasan Rembau ) serta pimpinan daripada pakatan rakyat Negeri Sembilan

7 Nov. Jumaat : Protes Lilin ISA di Dataran Seremban

Jumaat, 31 Okt.,9.30 pagi - terima sms dari Sabarudin Yasin, Setiausaha Perhubungan keADILan Negeri Sembilan memaklumkan bahawa akan ada satu protes 'lilin' mendesak pembebasan Raja Petra dan semua tahanan ISA lantas memansuhkan ISA.

Malam itu tidak ramai, mungkin kerana hebahan mobilisasi yang agak 'lemah'. Tanpa sebarang gangguan dari PDRM majlis berjalan aman. Ada bacaan sajak dan ucapan ringkas dari beberapa pemimpin. Ramai juga yang datang dari luar Seremban turut serta.

Majlis malam itu juga membuat petusan akan meneruskan satu lagi Protes pada 7 Nov. 2008 di tempat yang sama jam 8.00 malam. Rasanya kali ini harap ramai lagi yang akan datang. Pihak PDRM juga harap masih tak ganggu sebab kami dah tunjuk disiplin semua teratur...malah bekas lelehan lilin cair juga dibersihkan dari lantai sebelum beredar.

Bersama dibawah beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Gambar dari lensa Azizi dan ada yang dicuri dari d'hero unc. Zorro.