Thursday, April 09, 2009

Majlis menamakan kabinet dalam suasana berkabung

Ucapan terakhir cheGuBard malam sebelum Pilihanraya Kecil baru ini dihadapan lebih 10,000 orang di depan Bilik Gerakan AMK Kedah dengan jelas menekankan betapa anak muda berikrar untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno.
Hari ini Najib telah mengadakan majlis menamakan menteri kebinet dalan keadaan penuh kemurungan dan kemelut.
Pertama majlis itu diadakan dalam keadaan Bn masih menahan luka - luka pedih pertempuran dan kekalahan di dua bukit yang jelas digunakan oleh rakyat sebagai referendum terhadap Najib. Bn telah menggunakan semua keupayaan mereka termasuk taktik penipuan yang perbagai namun oleh kerana gelombang penolakan yang besar maka Bn telah kalah.
Kedua najib telah menamakan kabinet dalam keadaan protes dari perbagai pihak dalaman Bn juga. Pertama kekalahan di Bukit Selambau ibarat luka tercurah garam apabila Gerakan menyambut kekalahan Umno dengan menuntut semula kerusi tersebut diserahkan kepada mereka. sila klik sini untuk membaca lanjut.
Keduanya Mca telah menyatakan secara terbuka tidak berpuas hati dengan bilangan dan jumlah kerusi dalam kabionet yang disediakan untuk Mca. sila klik sini untuk membaca lanjut. Ini pasti membebankan Najib lebih - lebih lagi penolakan terhadap najib cukup tinggi dikalangan masyarakat Cina dan jika Mca tidak membantunya maka imejnya akan bertambah teruk.
Kehadiran Mahathir saat akhir pilihanraya telah jelas tidak membantu lansung Bn dalam usaha meraih kembali undi yang hilang. Namun ketakutan Najib terhadap Mahathir mungkin kuat setelah mempelajari sejarah Abdullah yang menjadi amat - amat tidak porpular kerana serangan Mahathir yang amat teruk. Ketakutan ini telah menyebabkan Najib menjemput Mahathir sebagai Penasihat kabinetnya. Maka tidak pelik melihat Khairy tidak ada dalam senarai kabinet. Amat - amat janggal apabila melihat Ketua Wanita mendapat tempat begitu juga Ketua Puteri, malah Mukhriz yang kalah bersaing dalam parti juga mendapat tempat dan Timbalan Khairy, Razali Ibrahim juga begitu, namun tidak Khairy.
Nampaknya jika ini 'trendnya' maka sudah tentu Khairy mendepani jalan sukar dan mungkinkah suku sakat Abdullah akan berdepan tindakan 'perang rasuah' Najib ? Mungkinkah kerana marahnya Mahathir kepada Abdullah maka Mahathir akan menasihatkan najib untuk membenarkan SPRM dan agensi seumpamanya menyiasat keluarga Abdullah yang cukup bermewah sebelum ini, Mahathir tentu berhujah rakyat akan lebih yakin dengan najib jika mereka mereka itu diambil tindakan sedangkan niat utama Mahathir ialah membalas dendam terhadap Abdullah.
Najib yang kita sedari dari awal amat kurang sifat kepimpinan dalam krisisnya. Sebagai contoh Najib berada di kem KuLi pada ketika KuLi menentang Mahathir namun Najib takut 'declare'. Perkara ini dikesan oleh Anwar yang kesian melihat Najib berada di tengah/atas pagar tidak tahu mengambil sikap dan keputusan, lalu menawarkan Najib Kerusi Ketua Pemuda lantas Najib meninggalkan KuLi untuk bersama Mahathir demi Ketua Pemuda yang dijanjikan.
Maka sudah tentu Najib akan mudah di kawal Mahathir yang akan mengembalikan semula polisi projek mega dan penggunaan akta zalim menekan rakyat.
Keputusan membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit Harakah serta Suara keadilan sebenarnya hanya untuk mengaburi mata rakyat. Menang ini menjadi amalam semua PM yang baru naik di Malaysia. Yang terakhir bukankah ketika Abdullah naik dia juga membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan ketika zamannya dia juga menangkap ramai lagi dari jumlah yang dibebaskan.
Bebas Altantuya yang menghantui Najib tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Hampir 19 media seluruh dunia telah menulis artikel mengaitkan najib dengan pembunuhan Altantuya. Najib boleh sahaja menyaman semua media ini dan menuntut mereka memohon maaf namun itu gagal dilakukan sehingga kini.
Kepada anak muda Malaysia ayuh teruskan kebangkitan....jadikan najib PM terakhir dari Umno

5 comments:

  1. cik gu bagaimana harus dilakukan supaya najib PM terakhir dari UMNO....? PRU13? lama sgt tu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:34 PM

    Saya perasan hanya satu wakil kaum India dalam kabinet Najib. Sokongan kaum India kepada BN akan terus merosot... dengan izin Allah, kita doakan agar tak payah tunggu sehingga PRU13..

    ReplyDelete
  3. salam chegu bard~
    setelah berakhir PRK kali ni, diharap beberapa tindakan susulan akan di ambil dalam memantapkan PKR sendiri. Bagi saya DAP dan PAS mempunyai asas perjuangan yg kukuh sejak dari dulu lagi.
    Maka saya ingin mencadangkan beberapa perkara yg mgkn nampak kecil tp penting dalam meneruskan momentum reformasi rakyat ini.
    Antaranya:
    i- penekanan sahsiah anggota PKR mengikut Islam iaitu jujur, amanah dan bersih dsb.

    ii- melakukan proses pembersihan jiwa dan mental terutamannya ahli yg dtg dari BN.

    iii- terus mendekati rakyat tak kira golongan dan bangsa dgn membawa isu2 dan penyelesaian permasalahan yg berkesan.

    iv- sentiasa melakukan penyeragaman dan pemantauan dari induk hingga ke bawah. Ini memastikan semangat perjuangan rakyat dihayati.

    v- mengelakkan sebarang isu2 besar atau indah khabar dari rupa hingga buatkan rakyat tidak percaya lagi. Cth di Bkt. Selambau.

    vi- memperkemaskan jentera dari sekarang dan elakkan meniru cara BN menjalankan kerja.

    vii- kepada ahli yg gedebe dan juak2 pengampu tp kerja hampeh mesti dinyahkan. Biar sdikit tp berkualiti.

    viii- jgn mempergunakan isu peribadi terlalu kerap seperti BN lakukan.

    viiii- setiap isu ada bukti, setiap tindakan ada sebab dan kesannya. Proses mesti relevan dan punya SOP yg boleh dinikmati oleh semua lapisan

    x - pastikan pemimpin berjiwa rakyat memimpin dan jadi calon (pilihan dan tapisan yg ketat). kemudian hebahkan kepada ahli2 lain kenapa mereka dipilih.

    xi- lalukan MOS (members opinion survey) 2 tahun sekali atau yg bersesuaian agar dapat menilai keupayaan parti dan pemimpin


    saya bukan ahli PKR atau mana2 parti tapi mengharapkan PKR dapat mengubah persepsi yg cuba ditanam BN kepada rakyat terutamanya kaum Melayu skrg. Tentu chegu tahu apa yg saya maksudkan..

    pandangan tulus ikhlas dari yg tak jemu menegur untuk kebaikan semua.

    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:22 PM

    Bekerjalah untuk rakyat, InsyALLAH rakyat akan menyokong kita!

    sam mersing...

    ReplyDelete
  5. Lawan Tetap Lawan! Reformasssssiii!!!

    ReplyDelete