Setalh bergelut bersungguh - sungguh cuba mengelakkan Pilihanraya di Penanti bagi pihak Bn maka akhirnya SPR terpaksa akur dan membuat pengumuman pagi tadi.
Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM kononya tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian walaupun sebelum itu bersungguh-sungguh membuat beberapa kenyataan media mengaitkan bekas wakil rakyat Penanti dengan rasuah.
memang dah agak. gimik semuanya tu. pada mulanya, beriya-iya nak siasat. lepas tu tak jadi, kononnya tak ade kes. Dia ingat, bila si fairus di bebaskan dari sebarang tuduhan, tak adalah kerusi di kosongkan. Lepas tu, fairus tetap nak kosongkan. Lepas tu, depa gabra. Lepas tu, lepas tu.....
ReplyDelete