Tuesday, April 21, 2009

Cara berfikir yang salah....

Yg. Bhg. Dato' Hj. Abd. Halim b. Hj. Abd. Latif
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Nilai

Ketika menganjurkan satu program di Bandar Baru Sendayan (kawasan penempatan baru penduduk Felda Sendayan) Bn telah panik. Apa tidaknya penduduk yang baru sahaja mendapat 'banglow' baru seharusnya setia teguh bersama Bn, tetapi sebaliknya gempuran KEADILAN Rembau di kawasan Sendayan mendapat sambutan baik.

Seperti biasa Bn akan mengkudakan jentera kerajaan. Maka penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dikerahkan berkejar pada hari cuti ke Sendayan. Beratus bendera, banner dan persiapan program dirampas dan dilarikan MPN. Sedangkan pada hari yang sama Bn juga mengadakan program yang mulanya Ahli Parlimen Rembau akan turun tetapi mungkin gusar jika bilangan kehadiran dibandingkan maka saat - saat akhir membatalkan kehadiran ke program tersebut, tetapi persoalanya pada waktu KEADILAN diganggu MPN tetapi tidak mengganggu majlis Bn yang juga parti politik.

Norazizi Aziz, Setiausaha Bahagian Rembau dan Sani, Timbalan Ketua AMK Rembau kemudian telah ke MPN untuk mengambil semula barang yang dilarikan MPN. Sedih sekali seorang 'pegawai tinggi MPN' berhujah bahawa apa yang berlaku merupakan perkara biasa.

Kata pegawai tinggi MPN itu "biasalah sekarang Umno perintah maka KEADILAN kenalah macam ini dan nanti KEADILAN perintah Umno kena pula".

Ini adalah bentuk pemikiran yang salah penjawat awam seharusnya bertindak mengikut undang - undang bukan sebagai penjilat parti politik pemerintah.

PBT seperti MPN seharusnya menumpukan khidmat kepada rakyat yang banyak lagi masih berada pada tahap tidak memuaskan bukan sibuk memenuhi permintaan Umno - Bn untuk menekan parti politik lain.

5 comments:

  1. Anonymous6:14 PM

    halim ni ke pengurus bola ns yang tak pernah nak duk bangku pemain nie....dia nie sombong...

    dan penjilat tok mat no. 1

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:54 PM

    Salam sdr Chegubard

    Sekian lama saya membaca blog sdr tetapi kali ini barulah sy terpanggil untuk member komen kepada tulisan sdr.
    Saya yakin dan percaya maklumat yang tuan terima banyak salah dari betul dan sdr tanpa berfikir terus menulis didalam blog ini, tak mengapalah dan memang sikap pembangkang.
    Saya rasa sdr juga amat arif berkaitan dengan bendera parti politik ini boleh di takrifkan sebagai iklan kerana sdr pernah bertanding didalam pilihanraya umum yang lalu tetapi masih belum rezeki sdr untuk menjadi Adun dan untuk makluman setiap apa jua bentuk iklan haruslah memiliki permit dari pihak majlis. Sebagai contoh saya pernah terbaca satu banner peniaga menjual char kueh tiaw lengkap dengan permit iklan takkan keadilan yang sering meminta-minta bantuan dalam setiap ceramah atau blognya tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup? Saya pernah juga melihat penguatkuasa merampas bendera-bendera umno/bn tetapi tidak lah bergaya seperti penyokong sdr. Saya juga ingin bertanya kepada pihak sdr adakah sdr pernah terfikir iklan ceramah ceramah pembangkang sering ditampal di tiang-tiang lampu, pondok telefon dan lain-lain tempat menimbulkan rasa tidak selesa? Iklan tersebut sukar ditanggalkan dan gaya atau taraf sdr sama seperti ah-long peminjam wang berlesen mengecewakan. Saya yakin sdr dan rakan-rakan pembangkang tidak pernah mengambil tahu perkara tersebut.
    Benarkan beratus-ratus bendera yang dirampas? Bercakap menggunakan fakta sdr bukan hanya dengar ogah (loghat nogori) kawan-kawan. Jangan kerana 6 atau 8 orang penduduk banglow tidak bersetuju dengan langkah yang diambil kerajaan satu Sendayan dilebel sebagai penyokong pembangkang.
    Sekian sdr dan saya minta sdr bercakap dengan fakta bukan dengar cakap-cakap kawan-kawan, saya juga berharap sdr terus berjuang demi kepentingan melayu bukan kerana mendewakan seseorang. Maaf andai saya terkasar bahasa tetapi sebagai bangsa melayu dan se agama dengan sdr harus saya menasihat mana yang boleh.

    Sekian dan terima kasih
    fndy

    ReplyDelete
  3. kepada pemberi komen tidak bernama jam 4.54 pm.

    terima kasih atas komen sdr. pertama sekali, untuk pengetahuan sdr. saya sendiri telah beberapa kali berusaha untuk meminta permit bagi banner atau apa jua iklan yang kami buat tetapi kami dihalang berbuat demikian. Malah di MPS dan MPPD saya sendiri berdepan dengan pegawai yang mengatakan maaf kami tak boleh luluskan apa-apa permohonan permit banner 'pembangkang'.

    Kedua benar hanya 13 sahaja yang masih bertahan dalam isu penduduk Sendayan melawan pengambil alihan tanah, tetapi tahukah sdr. ramai yang lain terpaksa ambil kerana tekanan dan ugutan serta telah kecewa untuk melawan. Mereka juga Melayu yang diperjuangkan oleh Umno.

    terima kasih atas ingatan

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:10 AM

    Salam Chegubard

    sekali lagi sy, terima kasih diatas balasan komen sdr. pada hemat saya mungkin ada sebabnya mengapa permohonan sdr ditolak atau tidak boleh di proses. jika tidak silap saya didalam undang-undang iklan dan undang-undang spr setiap parti politik itu boleh menggantung banner atau bendera parti politik pada ketika pilihanraya umum, pilihanraya kecil pada sehingga suatu tarikh yang ditetapkan tetapkan dan dimana setiap poster atau banner itu boleh dipasang dan apa jaminan dari sipemasang setelah tamat sesuatu program atau pilihanraya? bagi saya cukuplah sdr dan rakan2x pembangkang dberikan gelanggang berceramah dimana jua tempat yg dikira sesuai dan juga melalui akhbar terbitan parti pembangkang. bagi saya cara kerajaan menangani permasalahan di sendayan adalah langkah yg tepat dari mereka lupa dunia lebik baik bantu mereka beringat itukan lebih baik dari membazir? kita dah banyak lihat apa yang terjadi pada ketika mereka diberikan dahulu, lebih baik dapat daripada menunggu buah yang tidak gugur, bagi saya adalah hak individu sekiranya mereka mahu mempertahankan isu penduduk sendayan tidak kiralah ayahanda atau sesiapa pun mereka kena terima hakikat hari ini Allah telah memberikan rezeki kepada mereka dengan cara itu, sy teringat satu surah yang bermaksud "percayalah akan kamu bahawa kamu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak akan kamu tahu dari mana datangnya" sy seharian melihat penduduk sendayan kini telah menikmati kebahagian dan memiliki harta yang boleh dibawa hingga ke anak cucu malah ada diantara kita yang bermatian bekerja seharian pun masih belum tentu mampu memiliki apa yang penduduk sendayan terima.
    sebagai insan yang serba daif didunia ini kita harus sentiasa bersyukur akan nikmat yang kita terima
    jangan kufur nikmat kerana Allah amat membenci akan perkara tersebut

    terima kasih sdr, wasallam

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:46 AM

    Assalamualaikum,

    Saya selama ini secara prinsipnya merupakan seorang pejuang. Termasuklah dahulunya ketika di Kuala Lumpur, saya turut pernah terlibat dengan gerakan "REFORMASI" ketika di Kuala Lumpur disebabkan perjuangan berasaskan ketidakadilan terhadap Saudara Anwar Ibrahim. Dan kisah itu masih terpahat di hati dan sanubari saya. Maka, jika dibicarakan isu perjuangan, maka ia dekat di hati saya. Justeru, setelah tamat pembelajaran saya, terus saya meneruskan karier saya sebagai peguam yang pastinya meneliti terhadap setiap bukti dan fakta benar yang menyokong dan mendokong profesion saya di gelanggang keadilan. Itulah yang sepatutnya. Muqaddimah ini saya beri, demi untuk memastikan saudara faham akan stand dan pendirian saya.

    Baiklah,pada 28 Februari 2009 yang lalu, saya dan keluarga daripada kediaman kami di Shah Alam telah ke KLIA, kerana menjemput saudara yang baru pulang dari luar negara. Dan di dari KLIA saya dan keluarga telah mengikuti jalan Kuarters KLIA, masuk ke Jijan, dan seterusnya melalui perumahan "Sendayan" yang di war-war di dalam ruangan ini dan terus ke Kuala Pilah untuk menghadiri kenduri di sana. Dan, yang menarik saya melalui insiden merampas bendera sebagaimana yang dinyatakan oleh Saudara.

    Saudara, kebetulan saya juga mempunyai latarbelakang panel ship dengan beberapa buah Pihak Berkuasa Tempatan, maka saya agak maklum jugak sedikit sebanyak dengan isu ini.

    Buat pengetahuan saudara di PBT-PBT di seluruh Malaysia, mereka mempunyai Akta Kerajaan Tempatan, Akta Jalan Parit & Bangunan, Serta yang paling dekat dengan tindakan pelaksanaan mereka adalah di dalam Undang-Undang Kecil (By-Law). Dan saudara perlu faham bahawa di dalam PBT memiliki Undang-Undang Kecil yang pelbagai termasuklah Undang-Undang Kecil Iklan.

    Sewajarnya sebelum apa-apa program dijalankan, kesemua banner, bunting, bendera, dan sebarang paparan berupa pemberitahuan perlulah dipohon permit terlebih dahulu.

    Saya hanya mamapu tersenyum dengan pernyataan saudara yang menyatakan bahawa MPS dan MPPD tidak keluarkan permit jika dipohon parti pembangkang. Saudara, tidak usahlah dikesampingkan persoalan utama di sini. Persoalannya parti saudara ada atau tidak memohon permit sebelum menggantung, banner, poster atau bendera pada pihak MPN. Dari sumber yang saya perolehi secara jelasnya, pihak parti saudara tidak pernah memohonnya. Dari segi undang-undang saudara tidak sepatutnya menuduh tanpa memohonnya. Pada tahun 2007(sebelum PKR memerintah Selangor) saya melihat sendiri bagaimana bendera UMNO /BN telah diturunkan di Seksyen 18 Shah Alam ekoran ketiadaan permit oleh pihak MBSA. Maka, usahlah dicari alasan tentang hal ini melibatkan status kerajaan atau pembangkang. Inilah hakikat yang perlu saudara sedari. Janganlah saudara bercakap dengan tuduhan membuta tuli, ini bukan prinsip seorang perjuang. Berbicaralah di dalam blog ini secara adil dan bukan dengan menuduh yang bukan-bukan tanpa fakta dan sokongan.

    Yang jelas, pihak parti saudara (menurut sahabat saya yang berada di Sendayan) menyatakan pihak parti saudara hanya memiliki permit ceramah daripada pihak PDRM, tetapi tidak permit menggantung bendera dan sebagainya.

    Dan terakhirnya, usahlah saudara berbicara dusta, kerana ketika saya melalui kawasan tersebut, ketika kekecohan berlaku, benderanya tidakpun sampai 30. Janganlah ditokok tambah menjadi "beratus-ratus" kerana jikalau ini terus saudara pertahankan, maka bersyukurlah rakyat di Rembau kerana tidak memilih saudara selaku wakil rakyat di dalam pilihanraya yang lalu, kerana kita tidak mahu pemimpin yang hanya pandai menentang undang-undang serta membohong semata di merata tempat.

    Mungkin agak pahit kenyataan yang saya berikan di sini, tetapi inilah hakikatnya. Dan usahlah saudara memomokkan kutukan-kutukan peribadi kepada individu di dalam Blog ini, kerana zaman itu sudah berlalu, saya kira dengan saudara meleparkan tuduhan serta menjatuhkan menjawat awam sedemikian rupa, baik YDP mahupun Penguatkuasa yang menjalankan tugas, bukan itu caranya.... walaupun saya hanya peguam swasta, namun saya masih lagi seorang manusia.

    Dan sebagai seorang manusia ( yang mana saya percaya, saudara juga merupakan seorang manusia ), pasti akan terguris rasa jika peribadi orang lain disentuh... sebagaimana saudara juga pasti tidak suka peribadi saudara disentuh.

    Buat penjawat awam di Nilai, jangan patah semangat, teruskan usaha jalankanlah tugas sebaiknya, anggaplah fitnah yang dilemparkan di dalam blog ini sebagai tanda dan bukti manusia di dalam parti ini telah membuktikan siapa di dalam diri mereka sebenarnya...

    Sekian...

    ReplyDelete