Tuesday, April 28, 2009

Jangan tertipu dan ditipu SPR lagi.

SPR telah menetapkan hari pengundian dan penamaan calon. Kepada semua jentera parti (KEADILAN atau PAKATAN) dan penyokong di ingatkan jangan tertipu dengan perkembangan semasa yang di orkestrakan untuk kepentingan regim.

Pasti akan ada pertandingan

Harap jentera dipersiapkan tanpa mempedulikan sentimen Bn mungkin tidak bertanding. Ini kerana sejak bila pula Bn atau pemimpinnya bercakap benar dalam isu pilihanraya ini. Lupakah kita Abdullah yang mengatakan pasti tidak ada pilihanraya dalam masa terdekat dan kemudian membubarkan Parlimen esok tengahari ? Atau lupakah kita dengan manifesto Bn yang disampaikan Najib bahawa minyak pasti tidak naik tahun ini 2008 tetapi minyak tetap naik selepas pilihanraya ?

Memang Najib tidak mahu bertanding kerana pertandingan akan digunakan sebagai medan membogelkan beliau yang banyak skandal jenayahnya. Tetapi ketahuilah Umno kita masih gagal dikawal sepenuhnya oleh Najib. Kumpulan yang hendakkan Umno bertanding lebih kuat dan ramai dari suara Najib. Najib yang mula dikenali sebagai penakut untuk membuat keputusan pasti akur dengan kehendak yang lebih ramai, walaupun akhirnya merugikan dia sendiri.

SPR kata jangan datang ramai - ramai dan tidak ada pondok panas.

SPR cuba menipu mereka akan hadkan penyokong PAKATAN dan biarkan penyokong Bn maka nanti dalam media mereka akan mainkan betapa Bn ramai penyokong. Bukan tak biasa SPR menipu. Tahun 2004 SPR memperkenalkan larangan bina pondok panas pihak BA (pada ketika itu) akur dan tidak membina sebaliknya Bn membina pondok panas macam biasa. Bila aduan dibuat SPR kata luar bidang kuasanya.

Apa yang SPR harus lakukan kalau berani ?

Pastikan tiada jentera kerajaan digunakan untuk berkempen sama ada kerajaan pusat atau negeri. Halang menteri - menteri datang sebagai menteri dengan di iring polis dan menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen. Kalau tak berani maka minta pengerusi SPR diminta berhenti menyiarkan kenyataan lawak jenaka.

SPR tidak telus, secara peribadi soalan cheGuBard pun masih SPR tidak jawab... bagaimana jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat Parlimen Rembau dalam PRU 12 , 2008 berlebih dari jumlah kertas undi dikeluarkan bagi 4 buah DUN dibawah kawasan tersebut ? Adakah ada yang datang cuma diberi kertas undi parlimen atau nombor jumlah undi bertukar sebelum pengumuman keputusan untuk memenangkan calon Bn...?

SPR alat untuk memperlihatkan Malaysia negara demokrasi dan sebaliknya hanya memastikan Bn menang.... Orang akan tanya habis tu macam mana bila ada tempat Bn kalah juga...jawapanya ialah SPR dah tak larat nak tipu lagi itu sebab Bn tetap kalah walaupun dah tipu....

2 comments:

  1. Anonymous5:48 PM

    oh maknanya Kj menang tipu le yer ?

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.
    dari segi kepimpinan..telah di perkuat kan.

    saya ada cadangan la bro~

    PERMUDAHAKAN PENDAFTARAN AHLI KEADILAN
    wujud kan pendaftaran ahli melalui, internet.
    mudah kan dari segi yuran pendaftaran, melalui bank in, ke akaun bank,
    ambil ‘trace no’, masukkan ketika pendaftaran di buat.
    selepas tu, pendaftaran di sahkn melalui surat yang dikirimkan ke rumah.
    kalau ada bajet lebih, wujudkan kad keahlian yang berdaftar.
    ada cenderahati ke, macam2 la.
    ini akan menarik minat kepada pengundi muda.
    ramai pengundi muda, mahu cuba perubahan dalam sistem politik kita.
    saya pun, berusia 23 tahun.
    dah daftar ahli, tapi, macam takde efek je,.
    mcm ahli yg parti kuno tu je, yg bawah2 tak dihargai.
    saya hanya cadang kan je,.
    mungkin pihak atasan KEADILAN ada, cara dan taktik sendiri.
    takpe la.

    ok.. wasalam.

    ReplyDelete