Monday, April 06, 2009

Penjelasan isu UITM

3 comments:

  1. 1. Saya pernah mengeluarkan artikel berkenaan dengan isu ini suatu ketika dahulu. Saya juga bekas pelajar uitm.

    2. Dan telah mendapat reaksi negatif daripada pelajar2 uitm seperti yg saya jangkakan..

    3.Cuma saya agak sedih kerana hujah yg dismpai kan utk mempertahankan uitm itu agak tidak matang dan kebudak-budakan.

    _______________________________________________________

    4. Saya telah diserang disegenap penjuru oleh individu2 tertentu di page mereka, tetapi yang hairan nya mereka memberi komen2 yg manis2 pula di page saya.

    ______________________________________________________

    5. wal hal isu kuota uitm dibuka kepada bukan bumiputra ini sudah lama berkumandang dan dicadangkan oleh pihak kerajaan sendiri.

    Justeru mengapa pihak pentadbir UiTM melenting dan mengapa pelajar UiTM digerak dan dikerahkan untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat menteri besar itu?

    Saya kira ia hanya bermotifkan politik, untuk membina semula imej Umno/BN yang merudum ketika ini.

    _____________________________________________________

    6. ‘Histeria’ yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.

    ______________________________________________________

    7. Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.

    _____________________________________________________

    8. Mustahil bagi Pak Yim tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta itu untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu.

    __________________________________________________

    9. Manipulasi isu ini juga sebenarnya memalukan warga UiTM keseluruhannya - pelajar dan bekas pelajar. Kenapa? Kerana Abdul Khalid bukanlah orang yang mempunyai autoriti terhadap UiTM. Memang benar kampus induk UiTM terletak di Shah Alam, tetapi institusi itu berada di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi dan bukannya kerajaan negeri Selangor.

    ______________________________________________________

    10. Apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut Abdul Khalid tentang UiTM tidak punyai sebarang kesan kerana beliau bukan seorang yang berautoriti.

    ________________________________________________________

    11. Membela hak Melayu? Tidakkah Pak Yim menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan ‘nasionalis totok’ seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

    _________________________________________________________

    12. Jika Pak Yim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim.


    13. Memang Pak Yim antara peneraju UiTM yang paling menonjol berpolitik. Tidak seperti Pengarah dan Naib Canselor ITM dan UiTM sebelumnya, Pak Yim lebih suka mengeluarkan pandangan memihak dalam sebarang isu. Sentimennya kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS amat tebal berbanding sifat lunaknya kepada dasar-dasar BN.

    Oleh kerana itulah, beliau tidak menentang keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membuka UiTM kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera tetapi melompat setinggi langit apabila cadangan serupa dibuat Tan Sri Abdul Khalid.

    ________________________________________________________

    14. Apakah Kerajaan BN akan berusaha membuat perubahan baru untuk melihat kaum bukan bumiputera turut serta menimba ilmu di UiTM? Saya kira ia tidak mustahil memandangkan sebelum ini BN sering menghakis hak keistimewaan orang Melayu sedikit demi sedikit termasuk dalam hal bahasa pengantar Mata Pelajaran Matematik dan Sains (Bahasa Inggeris pengganti Bahasa Melayu).


    ______________________________________________________________

    UiTM MEDAN Umno-BN PERALATKAN MAHASISWA UNTUK RAIH UNDI

    ___________________________________________________________

    1. Umno-BN telah meneruskan strategi bagi mendekati pengundi muda yang merupakan golongan baru pertama kali menjadi pemilih menjelang pilihan raya umum ke-12 lepas.

    2. Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah turun ke Universiti Teknologi Mara, Shah Alam sebagai strategi awal kempen BN untuk meminta para mahasiswa Kelantan mengundi BN bagi mengalahkan PAS yang telah bertakhta di negeri itu selama 18 tahun pada pilihan raya nanti.

    Program dengan kerjasama Gerakan Pemuda Umno Kelantan itu diadakan pada 18 Februari lalu di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, mensasarkan anak-anak Kelantan di Lembah Klang dengan mengumpulkan mahasiswa Kelantan daripada lima buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT), iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan, Universiti Pendidikan sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia dan UiTM sendiri.

    Kira-kira 1,000 mahasiswa hadir dalam majlis itu. Namun, apa yang dikesali, pemuda-pemuda BN tersebut tanpa segan silu mengenakan baju-T BN sebagai kempen awal kepada pengundi-pengundi muda itu.

    ReplyDelete
  2. KENAPA TIADA DEMONSTRASI OLEH MAHASISWA APABILA STATEMENT INI DIKELUARKAN OLEH PUAK2 PIHAK KERAJAAN SENDIRI?


    -Skrg ini kuota 5% sudah pun dinafikan kepada bumiputra utk membuka kepada pelajar luar negeri, kenapa tiada bantahan? kerana bukan pemimpin pembangkang yg buat idea ini?

    ReplyDelete
  3. http://prettyfuckingawkward.blogspot.com/2008/08/uitm-students-are-you-proud.html

    ReplyDelete