Tuesday, April 07, 2009

Rasmi : Niat Bn untuk hadiah 2 bukit pada Najib tak kesampaian

Hajat Bn untuk hadiahkan 2 Bukit pada Perdana menteri barunya tak kesampaian.

9.30 malam :

Bukit Gantang OFFICIAL RESULTS
Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62
Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

KEADILAN menang di Bukit Selambau dengan majoriti sebanyak 2396

Terima kasih kepada semua ... che'GuBard dan pasukan akan 'offline' ...jumpa lagi esok...

sebentar lagi akan bergerak meninggalkan Bilik Gerakan (YAYASAN AMAN) di Sg. Lalang menuju Kuala Lumpur.

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    Syukur alhamdullillah, ya Allah kuatkan perpaduan antara Pakatan Rakyat, Tahniah YAB Hj Nizar dan calon PKR Bukit Selambau

    shidi
    http://esetulih.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Segala Kesyukuran ke hadhrat AlLah SWT - Penguasa bagi Segala Penguasa....atas kemenangan RAKYAT....di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Semoga trend kemenangan Pakatan Rakyat akan terus dipertahankan RAKYAT MALAYSIA. Demi Maruah Negara Malaysia..keikhlasan..ketelusan, semoga hapus ISA, kecurangan, ketirisan..demi Malaysia

    ReplyDelete
  3. Salaam...

    Mabrook!!!.... Tahniah PR.... now, let's get back to work...

    p/s: Bila agaknya Rembau nak ada PRK? Bolih balik kampung tolong kempen sekali...

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:28 AM

    Tahniah PR,Alhamdulillah dengan izinnya
    Terima kasih Chegubard dan semua ahli PR yang bekerja keras.Kesian chegubard yg

    ReplyDelete
  5. PerKeMBer yang USANG

    1. Perdana Menteri Flip-Flop dah letak jawatan pun, kalah 1-2 jugak.
    2. Master of Puppet masuk balik parti dan turun kempen pun, kalah 1-2 jugak.
    3. Tabur duit kepada pengundi-pengundi pun, kalah 1-2 jugak.
    4. Buat Projek Kilat Mee Segera pun, kalah 1-2 jugak.
    5. Memperkudakan S.P.R pun, kalah 1-2 jugak.
    6. Tayang video Pak Sheikh hentam PAS dan DAP 14 tahun lepas pun (Yang ni cara paling desperate dan tak releven, malah memperbodohkan diri mereka sendiri) kalah 1-2 jugak.
    7. Buat Transformasi dan peralihan kuasa pun, kalah 1-2 jugak.
    8. Guna/Nak guna khidmat pengundi hantu pun, kalah 1-2 jugak

    Sejak dari P.R.U Mac 2008, dah kalah 4 dari 5 P.R.K selepas itu. Padahal P.R.K lah cara paling senang nak rampas kerusi, kerana Media Perdana, Agensi Kerajaan diperkudakan sepenuhnya bagi membantu kempen mereka, hingga kempen menjadi berat sebelah, menjadi PARTI VS KERAJAAN dan bukan PARTI VS PARTI.

    Inilah akibatnya menukarkan arah perjuangan parti dari Parti Politik kepada Parti Korporat. Membela Nasib Orang Melayu telah menjadi slogan yang usang. Yang di atas mengejar jawatan dalam parti hingga timbul pepecahan dalaman, mengaut projek dan kontrak bernilai juta-juta untuk kepentingan perut sendiri dan kroni. Yang dibawah kejar 2, 3 ratus time pilihanraya atau pemilihan parti. Agenda Melayu menjadi minoriti di dalam arah hala tuju perjuangan parti. Menindas rakyat sendiri apabila merobohkan kampung-kampung peneroka melayu yang sudah diwujudkan puluhan tahun untuk memberi jalan kepada projek tokey-tokey besar.

    Utusan Meloya dan TV123 tak henti-henti menjadi kuda tunggangan memperbodohkan pemikiran rakyat dengan agenda-agenda sempit dan berits putar alam. Tiada lagi kebebasan media apabila berterusan menjadi alat propaganda satu pihak sahaja.

    Hanya mereka yang mempunyai mentaliti ahli-ahli bawahan ini sahaja yang akan melenting dan marah apabila artikel ini dikeluarkan, sambil memaki hamun penulis artikel ini sambil terpaksa mengakui hakikat kebenaran penulisan ini yang nyata. Hanya mereka yang dapat berfikir dengan waras akan dapat menerima kenyataan ini. Ini bukan cerita dongeng, ini bukan cerita palsu, tetapi suatu hari nanti kenyataan ini akan menjadi hikayat rakyat yang akan diingati selama ratusan tahun. Seperti Hikayat Hang Tuah membela melayu, penuh dengan pelbagai kontroversi baik dari segi Sultannya, derhakanya, kesetiaannya, sahabat-sahabatnya, samalah dengan situasi sekarang ini.


    ”mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...”


    MULLAHKANE

    mullahkane.blogspot.com

    ReplyDelete