Saturday, April 25, 2009

PENANTI: Najib menanti mesyuarat biro politik

KEPUTUSAN Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menunggu mesyuarat biro politik Umno bagi membuat keputusan sama ada bertanding pilihanraya kecil Penanti atau tidak menunjukan beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin, secara rasionalnya Najib tidak mahu dimalukan dengan kekalahan sekali lagi selepas kalah beberapa pilihanraya sebelum ini.

“Najib terpaksa menunggu untuk membuat keputusan selepas mesyuarat biro politik Umno, nampak sangat Najib takut untuk membuat keputusan,” katanya kepada Suara Keadilan Online pagi ini.

Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro politik berkata keputusan berkenaan diambil dalam mesyuarat majlis tertinggi semalam yang diadakan kali pertama semejak Najib mengantikan Abdullah Badawi

Kata Badrul lagi, Najib adalah satu-satunya Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri yang takut untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak.

“Ini kerana Najib tahu keputusan yang bakal diambil bukan sahaja mampu merosakan parti, malah beliau bakal menghancurkan negara,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti kosong selepas penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan surat perletakan jawatan 16 April lepas kepada Speaker Dun.

No comments:

Post a Comment