GMI jemput PEWARIS berdebat |
Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam debat mengenai ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 9 Mei depan. Menurut GMI, debat bertajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang. Katanya, PEWARIS dijemput untuk mempertahan ISA ekoran dakwaannya bahawa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam. PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. "GMI telah menghantar jemputan kepada PEWARIS untuk menghantar wakil mereka bagi menyangkal pendirian anti-ISA GMI. "Sehingga ini, kami belum menerima sebarang jawapan dari PEWARIS sama ada mereka akan hadir atau tidak untuk menyatakan pandangan mereka menyokong ISA," kata GMI. Selaras dengan semangat kebebasan bersuara, GMI berhartap PEWARIS akan menerima jemputan tersebut. "Kami menjemput orang ramai untuk menghadiri debat tersebut," tambahnya. |
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, April 28, 2009
Beranikah PEWARIS berdebat ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment