Monday, April 13, 2009

Apa kata 'ekstrimis' melayu dengan pemansuhan MECD ?

Umno sering berselindung dengan 'front base' mereka yang kononya ekstrimis atau ultra Melayu sifatnya. Namun dibawah Najib yang baru sangat memegang tampuk ini sudah mula kedengaran mengenai tawaran jawatan Timbalan Menteri Kedua kepada orang cina (kuota MCA)....isu ini digunakan sepenuhnya dalam kempen Pilihanraya Kecil di dua bukit baru baru ini.

Kemudian sedar atau tidak kabinet yang terbesar di bawah Najib ini juga sudah memansuhkan sebuah kementerian yang kononya ditubuhkan dengan semangat membela bumiputera iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Kementerian yang terkandung MARA, LPKP dan PKK telah dimansuhkan.

Sekarang ini apa kata 'front base' ekstrimis perkauman Umno ?

Urusan Mara dan Koperasi diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa yang Timbalan Menterinya anak Mahathir ? Apakah Melayu selepas ini akan dikaburi dengan usahawan antarabangsa glokal dan global ? Bukankah tumpuan seharusnya membina Industri Kecil dan Kecil sederhana seharusnya mendapat tumpuan....

PKK dilihat ada kewajaranya dilekapkan terus di bawah JKR tetapi kenapa pula LPKP diletakkan dibawah JPM bukan Kementerian Pengangkutan...?

5 comments:

  1. Cekgu Bard ,

    Boleh bagi nombor hand phone peribadi kat saya , saya ingin berkomunikasi secara peribadi dengan tuan .

    Sila bagi melalui blog Tampin Oh Tampin .

    Bro T

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:18 PM

    Itu pasal Bernama pun putarbelit kenyataan Ku Li kononnya menyokong Kabinet Najib, PPSMI, dan ISA... hampeh... kalau Bernama boleh berbohong sebagai wakil kerajaan mewakili kenyataan pemimpin UMNO sendiri, bayangkanlah kenyataan dari sumber lain kononnya dasar kerajaan...

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/13/ku-li-slammed-bernama-for-posting-a-manufactured-his-statement/

    ReplyDelete
  3. RAMAI RAKAN SEPERJUANGAN YANG RATA-RATA KONTRAKTOR KECIL DAN BERNIAGA SENDIRI TERTANYA-TANYA KE ARAH MANA MEREKA SELEPAS KETIADAAN MECD.

    KAMI DI IBARAT ANAK AYAM KEHILANGAN IBU APABILA SATU-SATU NYA KEMENTERIAN YANG MENJAGA USAHAWAN MELAYU DIHAPUSKAN.

    APAKAH INI CARANYA UNTUK MENJADI POPULAR DAN MENDAPAT SEMULA UNDI KAUM CINA DAN INDIA?

    ReplyDelete
  4. aduhai, inakah mentaliti seorang yb? cakap berdasarkan auta bukan fakta. bila pulak MARA dan Koperasi diletakkan bawah MITI. Dan bila pulak pengumumman LPKP diletakkan bawah JPM? penyusunan semula agensi-agensi bumiputera ni belum lagi diumumkan, tapi cikgu sorang ni dah pandai-pandai buat spekulasi. lagi satu, bila masa pulak la PKR nak sibuk-sibuk jaga kepentingan bumiputera? bukan selama ni sibuk menyokomg Malaysian Malaysia tajaan DAP ke?

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:01 PM

    wakakaka, kimanis...

    ReplyDelete