PENGARAH Strategi keADIlan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku hari ini yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai. Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.
“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.
Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’. Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.
“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.
PKR selalu cakap ada berita gempaq tapi last-last tak dak apa-apa pun . Harap yang ini betui-betui gempaq.
ReplyDelete