Monday, April 13, 2009

Bosan dengan projek Bn : Penduduk bakar jentolak

Penduduk beberapa buah kampung di Jelebu merungut dengan masalah banjir sepanjang musim berikutan projek takungan membabitkan Mukim Ulu Teriang, beritahu seorang pekebun Zainal Maakir, 69. Menurutnya, sebelum ini banjir berlaku apabila membabitkan bah besar seperti tahun 1971 atau 1926. Apalagi dengan geografi daerah Jelebu sebagai kawasan paling kering (kurang menerima hujan) di Tenggara Asia, fenomena sekarang dianggap luar biasa. Zainal atau dikenali Tok Busu mengakui, sekarang ini banjir kerap berlaku. Pekebun-pekebun di sepanjang dataran Sungai Teriang mengalami kerugian dengan fenomena banjir ini. "Tanamn kontan seperti pisang, jagung, keledek dan kacang turut dimusnahkan oleh banjir," jelas Tok Busu lagi.

Aktivis UMNO Abdul RazakHarun, 60 juga mengalami kerugian apabila beberapa ekor ayam ternakannya mati akibat banjir, disebabkan tak sempat dipindahkan dari reban. Abdul Razak pesara tentera dari Kampung Jambatan Serong, Ulu Kelawang mengakui lokasi rumahnya berdekatan dengan projek mengorek terowong batu ke Sungai Terip di Kampung Pantai di Seremban. Terowong berkenaan akan disambung ke projek takungan air di Kampung Gagu yang menyebabkan 'Jeram Lesung' turut lupus, beliau memberitahu. Sumber dari Kampung Gagu mengakui dua buah trektor kepunyaan syarikat terbakir dibakar oleh penduduk-penduduk sebagai provokasi kepada langkah Menteri Besar Negeri Dato' Seri Mohamad Hassan berdegil melaksanakan projek tersebut. - sumber prima

5 comments:

  1. Anonymous5:55 PM

    bard aku cadang hang lupakan pemimpin Bn yang lain tugasan hang ialah fokus Md Hassan ini betul - betul.... aku tengok hanya hang je yang leh pukul dia nie... DAP - antony loke dia bukan melayu, PKR - Dato Kamarul dia ni bagus cuma dia bukan leader yang kuat, PAS - Zul dia ni orang lenggeng pun tak kenal dia.... aku tengok kau jer yang boleh... gabung dengan YB yang ada cth Taufek

    ReplyDelete
  2. setuju..CB..hang attack dia sungguh - sungguh..nak jadi hero tak semestinya attack najib ja..tempat kelahiran kita yang ada orang jahat tu lagi motan kito lanyak..tutoh jang

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:08 AM

    Salam Bard,,, ubo ekau poie ziarah atau siasat seorg ibu tunggal dgn 3 org anak yg masih bersekolah di alamat Zizah Yusof kg bintongan rembau negeri sembilan,,,, zizah tidak mempunyai kerja yg tetap dan pendapata beliau harap kan bantu abg beliau,,,rumah beliau perlu di balik pulih, terutama bilik air dan tandas,,,nak harap JKKK kg batu indah kabar dari rupa jer... POIE ZIARAH JGN TAK POIE,,,,!!!

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:09 PM

    Botul cakap anon 5:55 tu, ko tak payah sibuk-sibuk hal orang BN, lagipun kao tak tunjuk gambar traktor terbakar tu..

    ko poie tolong Zizah Yusof kek Kg Bintongan tu..

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:57 AM

    tharieq dhiyaudin....kau nie cakap banyak tapi apo yang kau buek utk tolong rakyat malaysia ha...

    ReplyDelete