Thursday, April 16, 2009

Batu serai atau permata serai





Semalam cheGuBard dipanggil untuk ke rumah seorang teman dalam Parlimen Rembau. Tidaklah pelik kerana memang selalu bertandang ke rumahnya tetapi cuma kini macam ada rahsia.

Jam 9.00 malam tiba di perkarangan rumahnya sudah ada beberapa kereta milik teman yang dikenali.

Terkejut katanya nak ajak tengok macam mana nak bawa keluar batu serai atau permata serai. Memang cheGuBard pernah dengar sebelum ini mengenai permata serai atau batu serai dan khasiatnya. Namun tak pernah terfikir ada peluang melihat sendiri.

BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Malam itu melihat sendiri bagaimana 'operasi' itu berlaku. cheGuBard berasa sedikit lucu (tapi dalam serius) apabila diterangkan apa alasan kenapa che'GuBard diajak sekali. Katanya 'operasi' ini bergantung pada niat, tak boleh tamak. Maka niat mereka nak bantu 'perjuangan' menegakkan keadilan, maka suku dari apa yang diperolehi akan di infaq kan kepada Tabung Pusat Khidmat khususnya untuk membantu orang miskin dan anak yatim di Rembau.

Setelah operasi tamat memang ada batu diperolehi dan beberapa peralatan lain. che'GuBard sendiri semalam benar - benar insaf melihat kebesaran Allah s.w.t. Batu serai yang diperolehi diuji katanya yang melekat dicermin itu yang asli. Jelas semua melekat di cermin. Ada juga batu jed !! MasyaAllah !!

Sesiapa yang nak dapatkan batu serai atau permata serai hasil atau barang berkaitan yang diperolehi semalam dengan niat membantu perjuangan, menyimpan khasiat barang tersebut, tetapi ingat semua atas kebesaranNya.

Menurut yang arif (cheGuBard sendiri kurang arif) , batu serai ini digunakan orang sebagai pelaris, pemanis dan seumpamanya dengan izinNya.

Sila hubungi segera 0126794704 (Yasir Sheikh Abdul Rahman). Rupanya batu tersebut di pasaran boleh menjangkau harga RM1500 sebutir namun sesiapa yang nak miliki boleh hubungi nombor tersebut dan dapatkan dengan fidyah yang amat - amat rendah (katanya sekitar RM200 sahaja). InsyaAllah

berdasarkan carian internet ada satu laman memasarkan batu tersebut sila klik sini untuk rujukan kita bersama.

bawah ni pula video yang diperolehi melalui carian di you tube berkenaan batu ini. (malam tadi lupa pula nak rakam gambar)





p/s : banyak menerima email dari pembaca. Ingin di tegaskan sekali lagi, terpulang kepada individu masing - masing....mahu percaya atau tidak...namun semuanya adalah kuasa Allah... tidak akan bergerak walaupun sekecil zarah tanpa IzinNya... dan keduanya tidak perlu hubungi cheGuBard untuk membeli atau mengetahui mengenainya... cheGuBard tidak ada kena mengena terus hubungi no sdr. Yaser seperti yang diberikan di atas.

44 comments:

  1. Anonymous12:39 PM

    cheGuBard batu original dijual sekitar RM500 dan kalau sudah di masukkan 'kekuatan untuk nama pemilik" dia akan menjangkau RM2000....kenapa u jual RM200 sahaja..... jgnlah rendahkan harga begitu sekali.... rugi u boleh untung lebih itu anugerah untuk u dan kawan2 kenapa perlu tolak tuah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6:43 PM

      kt kebun saya ada 4-5 rumpun serai makan yang berbunga. siapa yang mengaku hebat sangat leh keluarkan batu permata tu leh hubungi saya 0172351973

      Delete
  2. Anonymous12:41 PM

    saya cadang u ubah jerk minimun rm500 dan kalau nak ada sesiapa nak masukkan khasiat beserta untuk nama mereka leh hubungi saya saya akan sms ke no chegu..

    ReplyDelete
  3. Apa punya pelik la....12:49 PM

    bila aku tgk video tu macam bohong je la. nape plak nak kena cover2 ngan kain2 la. kalo betul batu tu wujud, dgn kuasa Tuhan kita cabut je serai tu bertabur la batu tu. ni tak kena tutup ngan kain2, ntah mereka dah siap2kan batu dlm poket, pastu masa proses keluar kan mereka cepat2 cilok masukkan batu2 tu, pastu buat2 terjumpa plak.

    aku yakin pada kuasa Tuhan, kalo mmg batu tu wujud tak payah tutup mcm David cooperfield.

    aduh....

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:53 PM

    kepada apa punya pelik la...

    nak sesuatu kena ada ilmu.... kalau batu serai nie senang sgt ramai le yg tercekik masa makan tomyam sebab ada batu terselit....

    hanya yang arif dan tahu akan rahsianya sahaja boleh melakukan....

    mcm nak bawak keta pun kena tahu bawha keta kalau ali boleh bawak kereta pergi penang belum tentu ahmad boleh sebab mungkin ahmad tak tahu memandu...

    ReplyDelete
  5. Sorry Bard ... ini satu penipuan, elok segera berhenti daripada terlibat. Ia nampak seolah-olah betul kerana melibatkan silap mata. Jika anda faham biologi maka benda ini mustahil. Dari rupa kristal batu itu saya yakin ia tidak keluar spontan dari proses biologi.

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:41 PM

    Salam bro,
    kenapalah kerja kurafat lagi maha syirik ni dimasukkan dlm blog ni? Malu dan sedih bila saya melihatnya.

    Jika kerja dosa besar ni tidak mendatangkan mudarat dan ditegah sama sekali dalam Islam tentunya Rasulullah dan para sahabat antara insan terpilih yang akan melakukannya atas nama dakwah dan perjuangan menegakkan Islam dizaman payah itu.

    Cukuplah ... dah terlalu banyak dosa kita kepada Allah ... jangan ditambah lagi.Painah_kaliwon

    ReplyDelete
  7. liza seremban4:51 PM

    mahal tuh rm200/sebiji ... kami jual rm30 je .. tu pun jual sebaik cabut serai ... tak semestinya serai yg ada bunga, serai yg takde bunga pun boley gak tapi hanya yg arif saja yg tahu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ad lagi tak batu serai..saya nak beli lau akk jual mur mur..saya teringin nak pakai tp kebanyakan org jual mahal2 so saya simpan dlu la hajat saya nak beli ..if kak nak jual mur2 saya nak beli nak buat cincin 0107012743

      Delete
    2. salam kak lau betul rm 30 sebiji saya nak beli kak serius da lame mencari ..if rezki saya alhamdulillah

      Delete
    3. Saya nak beli Kak..ni no saya 0134937924

      Delete
  8. Salam bro,
    kenapalah kerja kurafat lagi maha syirik ni dimasukkan dlm blog tuan? Malu dan sedih bila saya melihatnya.

    Jika kerja dosa besar ni tidak mendatangkan mudarat dan ditegah sama sekali dalam Islam tentunya Rasulullah dan para sahabat antara insan terpilih yang akan melakukannya atas nama dakwah dan perjuangan menegakkan Islam dizaman payah itu.

    Cukuplah ... dah terlalu banyak dosa kita kepada Allah ... jangan ditambah lagi.

    ReplyDelete
  9. prachai7:20 PM

    Ambil iktibar dari pengalaman blogger ini

    http://mahaguru58.blogspot.com/search?q=cakra+alam

    Modus operandi penipu yang bergerak dalam masyarakat Melayu biasanya melibatkan imej alim yang sengaja ditonjolkan supaya orang mudah percaya. Selepas itu, si penipu akan melakukan silap mata untuk menambahkan keyakinan mangsa, yang berkesudahan dengan mereka membeli benda yang tak berguna dengan harga yang mahal.

    Kalau orang lain saya malas nak tegur ... tapi saya melihat Bard banyak menolong orang biasa maka saya nasihatkan secara terus-terang. Rosak nama Bard nanti kalau terlibat dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:32 PM

    PASAL BATU SERAI NI DEN DAH KENA DAH.SEMUA NI TIPU LA. MULA MULA DIA TANAM SERAI NGAN BATU BATU SEKALI KEMUDIAN BILA SERAI DAH MATANG KUNUN NYA ADA MIMPI..JENG JENG PI LA KAT POKOK SERAI...ADA JUMPA BATU. INI TRICK DAH LAMA DAH..

    ReplyDelete
  11. emas1007:40 PM

    kesian dan geram, apa kejadah la ko pegi letak youtube org lain??? langsung x reti hormat org punya hasil kerja, sekurang2 ko tulis la bahawa video youtube tu ko amik dari org lain punya.... bagi credit skit pada org.

    x sangka org yang bijak pandai macam ko ni pun boleh sanggup menipu sesama bangsa, jual benda-benda gini dgn harga yg gila mahal. kalau setakat batu serai yg di kutip di perdu serai tu.. anytime je.. boleh dpt.. kalu setakat gitu.. harga rm10 seketul pun bley dpt la.. ini kaedah menipu.. hehehe... kaji dulu sebelum mengagungkan sesuatu.. senang2 kao nak amik duit org dgn alasan infaq masuk tabung. dgn mengalihkan akidah org bahawa batu ada power! dey tamby.. jgn sebarang cakap la.. akidah jgn dibuat main.

    cakap je terus terang ko nak amik untung hasil jualan batu serai. senang cerita org pun x marah.

    kalau kao nak stock batu serai hehehee. contact aku la bro.. siyes.. ini tukang ko bley dpt 40ketul batu dlm 1rumpun.. kos baru rm300. heheh berapa je modal tu bro.. n ko xperlu susah2 cari serai berbunga pun.. asalkan ko ada duit .. sure ko boleh kutip sendiri batu2 itu di perdu serai.

    aku bengang sebab ko mempermainkan akidah org.

    mail me kalu x puashati emas100@hotmail.com

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:12 AM

    Batu serai tu pun dah siap canai la...ajaib sunnguh

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:13 AM

    gold hunter u kat mana ,,perintis

    ReplyDelete
  14. Anonymous6:07 PM

    kwan sendri ada melihat dengan mata kwan berknaan mencabut batu serai ini, rahsia mereka sebenarnya orang yang menarik itu (bomoh) mempunyai ilmu hitam, ia mempunyai kadam (jin) yang akan menhantar batu2 tersebut ke tempat yang di seru, sma juga sebagai magic... percaya lah yang anda sedang di tipu oleh bomoh tersebut, renung dan fikirlah sendiri. Budak melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. die dah tanam dulu sebelum ko datang..kah3

      Delete
  15. Anonymous9:37 AM

    CIKGU BARD SEJAK BILA KAMU DAH JADI BOMOH JUAI BATU JED,DELIMA DLL. BARU NAK SEDAR KA ?DULU ORANG BAGITAU KHAIRY TU HEBAT ADA ILMU TAK CAYE...SEKARANG BARU NAK CARI BEKAL HEHEHE..FAHAM-FAHAM SAJA NOOO!

    ReplyDelete
  16. Anonymous2:40 AM

    Negeri Sembilan,Kelate,Terangganu peole are number 1 Frauds & Sweet Talkers.This vedio is one of their Talent

    ReplyDelete
  17. fikir dulu sebelum berkata2 kpd PRACHAI6:55 PM

    pendapat orang berbeza2. yea jika dikaji dari sains, semua benda pun akan terbukti... jika direnungkan semula...bagaimana proses kejadian manusia, dari ovum dan sperma, apabila tercantum menghasilkan segumpal daging dan ia membakuti tulang, dan di tiupkan roh keatasnya dan wujudlah suatu benda yang bernyawa di situ.Didalam al-quran pula ada menyatakan MANUSIA dicipta dengan TANAH.Kalau difikirkan bagaimana tanah boleh jadi manusia pula kan??? Tapi tuhan tue maha kuasa dan maha pencipta....kepada PRACHAI,jangan disebabkan permikiran sains yang mendalam, kamu menafikan kekuasaan allah s.w.t Dia maha pencipta dan mampu mencipta apa sahaja dari hasil bumi yang tak mampu kita fikir secara logik.

    ReplyDelete
  18. khairull10:35 PM

    ya btul, kekuasaan allah menjangkau lebih dari pemikiran manusia...contoh, dlm buah klape ada batu? cuba terangkan dlm kaedah sains,,boleh x? ni sume keje tuhan,,tentang batu serai plak...sapa2 yg x penah tgk cara pengambilannyer mmg kata x btul...nape kite caye ada malaikat dan syaitan sedangkan kite x penah nmpak pun? kite caye ada dunia halus...sedangkan kita x penah alami... cuba kaedah sains terjemahkan tentang malaikat dan iblis...bole x?

    ReplyDelete
  19. Anonymous3:49 PM

    menyampah plak aku bace komen2 kat atas tu... penulis tak kata apa apun pasal syirik. Dia kata kalau nak beli beli la.. bukan dia suruh korang sembah syaitan pon.. Motiff???

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:30 PM

    video tu xsalah...cuma xsemua org pernah tengok cara mengambil batu serai...ada sebab yg mungkin kita xthu kenapa perlu tutup dengan kain..alam ghaib,siapa thu?itu semua kuasa tuhan..klaw nk difikirkn,bleh jadi gila...so nk thu cuba la ikut dan tgk sendiri

    ReplyDelete
  21. Anonymous3:16 AM

    aku pun mulanya pelik dan geli hati time 1st time tahu pasal batu serai ni... tapi bila mak aku sendiri dah ada pengalaman mengutipnya kata batu tuh bergerak sendiri dan ghaib bila mak aku dan maksu aku riuh dan bising (sebab teruja) jadi aku pun tak jadi la nak gelak... wallahhualam... aku tanya lagi mak aku... dia kata benda tuh memg tak nampak macam silap mata, umpama ada benda ghaib yg menggerakkanya.. org tukang tarik serai tu plak berdiri kat tepi dan hanya tengok depa ni kutip... batunya aku dah ambik buat cincin =)
    itupun sebab aku suka batu tuh.. nampak cantik...
    yg lain2 tuh, semua kuasa Allah...

    ReplyDelete
  22. Anonymous11:34 AM

    Ya. memang sgt cantek batu ini. saya ada banyak dlm simpanan. suami hadiahkan saya satu batu permata serai dua colour. kuning dan puteh.suami kata sebab susah jumpa yg unik mcm ni. jadi suami hadiah dan kami akan tempah utk buat cincin emas.

    dulu, saya tak pernah percaya pasal batu serai ni. tapi bila suami perjelaskan barulah saya percaya. Saya bukan ape cuma takut ada hantu je dalam rumah. hehe. tapi suami kata mana ada hantu. yg penting niat kita suci. simpan utk koleksi kalau ada org nak beli kita jual. kalau ada rezeki lebih buat gelang or loket rantai. Niat kita berhias untuk cantek2 saje takde niat yg kotor2.

    Semua yg berlaku adalah kuasa ALLAH yang MAHA PENCIPTA DAN PEMBERI REZEKI. Yg paling best saya banyak giler koleksi permata serai ni ada permata batu serai yg berbentuk segiempat. uh cantekkk.

    Apa yg aku boleh bagitau di blog ini, jikalau kita sebagai manusia berfikir dengan akal yg biasa tidak akan faham tentang KEKUASAAAN ALLAH tetapi jika kita sebagai manusia yg berfikir dengan akal yg luar biasa barulah kita boleh percaya dengan KEKUASAAN ALLAH YG MAHA ESA.

    pengalaman saya melihat rakan mengerjakan Umrah dengan pelbagai perkara ajaib tidak mustahil boleh berlaku dengan pertolongan Allah, begitu juga dengan kehidupan kita yg menumpang di bumi ini bermacam2 perkara boleh terjadi dengan adanya Allah.

    Oleh itu, kesimpulannya, terpulang kepada masing-masing untuk percaya atau tidak. Tetapi percayalah setiap apa yg berlaku dan terjadi dalam dunia ini adalah datangnya dari ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  23. Anonymous1:59 AM

    ntah laa...nk ckap magic pn,ng mata kepala ku sdiri tgok, aku sdiri yg cabut serai 2...Waalahualam...

    ReplyDelete
  24. Anonymous4:01 AM

    nak lihat batu serai asli dtg jumpa saya 0122527512 muar only...

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:34 PM

    pada aku secara peribadi aku tak menyokong atau menafikan kewujudan batu serai ni cuma cara mengambilnya yang aku rasa tak berapa aku nak terima.. kalau memang dah rezeki tuan punya pokok serai,dia akan dapat juga walaupun kaedah ambilnya tak dibuat seperti yang dipaparkan.

    ReplyDelete
  26. Anonymous12:09 PM

    hakikat sebenar batu serai sebenarnya hanya lah batu sintetik buatan / proses makmal. Tiada nilai pun. Harga pasaran hanyalah RM5 jer kalau beli secara pukal 20 - 30 biji.

    Jika masih ragu - ragu sila buat lab test dengan jabatan mineral.

    Perkara ini tidak lebih dari tipuan manusia bertopeng syaitan atau syaitan yang menipu supaya manusia buat kerja - kerja khurafat dan syirik.

    Kalau betul lah dari alam lain, kenapa tak bagi batu delima, zamrud, nilam ke berlian ke baru lah syok. Sebab jin hanya mahu memperbodohkan manusia lah.

    Saya pun terlibat dalam penjualan batu permata sebagai hobi dan tidak melibatkan unsur - unsur khurafat.

    http://koleksipesonaakik.blogspot.com/

    Boleh saja saya masukkan kepercayaan mistik pada batu yang saya jual bagi melariskan jualan tapi sendiri mahu ingat lah hidup sejenak sahaja KEMBALI KE AKHIRAT KENA TIBAI BUAT APA.

    ReplyDelete
  27. Anonymous12:05 PM

    allah jadi kan jin dan manusia,manusia boleh dilihat tapi jin tak boleh dilihat ok.hanya org yg ada ilmu saja yg boleh melihatnya begitu juga dgn batu serai hanya yg berilmu saja yg dpt mengeluarkan dari perut bumi dan hanya org yg bodoh dan tak berilmu saja yg akan kata ianya kurafat dan karut sebab dia tak mampu berbuat demikian dan kerana dia dengki dgn kebolehan org lani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:21 PM

      penipu...batu ni kalau bawa kat kedai emas taukey tu kata batu kaca..JANGANLAH MENIPU BANGSA SENDIRI..

      Delete
    2. Anonymous5:02 AM

      Bagus tu sedara. Cina tu punya cakap ko dengar la pulak. Sebab xdak ilmu la yg pi tanya cina. Mmg kaca biasa tapi ada khasiat. Abis tu apa beza adidas dgn abibah punya brand? Semua slipar getah jugak apa pasal ko bengong sgt minat adidas lagi kalo bukan sbb brandnya. Kau pi kaji tgk ppkok getah mana yang spesel sgt tu.

      Delete
  28. Anonymous4:55 AM

    Allah jadikan alam ini dan mereka bertakwa, lembu pun takut pada Allah sebab tu dia makan rumput. Kalo x de rimput makan pucuk, xde pucuk makan daun, xde daun makan ranting. Sebab itu sunnatullah. Kamu bayangkan kalau lembu macam kita ni yang selalu engkar dari kehidupan, sudah tentu tuan lembu tu dah kena tibai. Apa yang aku nk cakap adalah bahawa mrreka itu (seluruh alam) brrzikir maka setiap zikir ada auranya dan tidak hairanlah kalau aura batu yang mistik kamu kata tu boleh memikat orang lain jika dipakai. Itupun kuasa tuhan juga (sunnatullah). Kamu pernah ke berzikir dalam jamban? Sebab tu ada doanya gantikan zikir dimasa kamu dalam tempat kotor atau nak makan atau jimak sekalipun ada doanya. Sebab masa jimak kamu zikir jugak ke? Jadi kamu x boleh la bawak batu yang berzikir tu dalam tempat kotor. Kalau guna deria keenam baru bleh nampak aura di setiap alam ni samada kuat atau tidak. Kalau stakat jual barang tapi x tahu khasiat sama je mcm jual peti ais buat almari pakaian. Ada otak taknak guna fikirkan alam asyik main perasaan bodoh sendiri je. Aku bukan percaya tapi aku akur dengan kuasa tuhan aku yang boleh buat semua yang kamu ksta magis tu. Kalau bab lab tu kaji kata kaca ke batu ke hapa2 ke tu adalah zahirnya. Sebab kau ingat nabi tu jisim dia lain ke dengan manusia biasa mcm kita ni? Sama je. Cuba bawa jisim nabi pergi lab tgk diorang kata apa? Sama macam orang biasa je la kn? Tapi istimewanya bukan jisim tapi roh dan sumbernya itu yang istimewa. Gali lagi rahsia alam ni dengan ilmu yang luas bukan stakat bawak masuk lab je.

    ReplyDelete
  29. Anonymous2:03 PM

    Syirik......batu itu diperolehi atas pemujaan kepada orang Bunian. batu itu tidak berharga......

    ReplyDelete
  30. Kat tempat aku ni ada serai berbunga.. datang la sape nak ambil batu

    ReplyDelete
  31. Nampaknya org skrg mmg x paham apa mksud syirik, apa mksud menipu, dan apa mksud khurafat.
    Saya nk tanya, kalau anda trjumpa duit lah contohnya, kat dlm kebun sndiri ke, kat dlm umah ke. Prnah x trfikir, oh ni bukan duit aq, patutnya aq biarkan je. Ade?
    Kalo lah anda trjumpa sbiji batu prmata dekat kebun, komfem lah suka kan? Lg2 kalau batu tu punyalah cantik. Tp anda tau ke psal batu tu brpenghuni?
    Emak saya trjumpa sebiji batu delima yg brkhadam. Dan batu trsebut prnah hndak dimaharkan org dngan harga RM4 juta.
    Bg saya perbuatan ini tidaklah syirik, atau khurafat, mahupun penipuan. Pembeli tahu batu itu bukannya bahan penipuan. Pembeli di luar sana trsangatlah ramai, lantas nilai komersial untuk mndapatkannya mningkat kerana betapa sukarnya untuk mndapat dan memilikinya. Seperti emas. Anda ada emas? Mahal x? Kenapa mahal? Khurafat tuu... Syirik tuu... Bodoh!
    Bnde mnjadi syirik kalau kita puja bnde tu, dan jatuh khurafat kalau kita prcaya batu tu yg boleh mndatangkan segala galanya.
    Mmg x boleh disangkal, batu delima yg emak ada ni, yg dah pun jd dua, sbab x taulah, brcambah kot, boleh mndatangkan rezeki. Tp, emak x prnah sekali pon dlm hidup brdoa minta rezeki drpd batu ini, melainkan drpd Allah SWT.
    Jadi tuntasnya, kalo dah bukan rezeki awak, jngan dok nak sibuk kata org ni syirik lah, khurafat lah. Tu namanya menfitnah dan mnfitnah dosanya besar ibarat mereka yg mmbunuh kaum saudara mereka sndiri. Tahu tak?
    Kesimpulannya, jngan duduk sibuk komen nasihat kat org, kata berhenti buat kerja syirik lah.. Org tu ada batu pertama brnilai, kau ade? Stop judging people from what they do to earn their money. Jnganlah jd melayu yg sibuk mndajal melayu lain. X malu ke tngok bangsa lain membangun?

    ReplyDelete
  32. Dalam apa jua bidang,ada org yg dikurniakan pengetahuan dan ilmu mengenainya. Bila kita x ada ilmu atau jahil tentang sesuatu perkara tu x payah komen la. Masalah disini masing2 nak tunjuk bijak dan pandai.....x tahu,jahil,x pernah ada pengalaman tp nak komen mcm la ahli sgt. Akhirnya kebodohan sendiri yg ditonjolkan pada orang lain. Kesian...

    ReplyDelete
  33. gua tgk batu serai ok gk buat cincin kawen..soal ori tk ori tk kesah pn..orng pn tk tanye..batu2 serai pn bole wt niaga..rezeki tu..apa pn jgn batu peler buat batu cincin dah..hu...hu..

    ReplyDelete
  34. soal batu serai ni ok gk gua tngk..wat cincin kawen pn ngam gak..tk kesahlh ori ke tak..orang pm tk tnye...yh penting cantek...jangan batu peler buat batu cincin dah..hu..hu..

    ReplyDelete
  35. Macam mana nak ambil Batu serai itu ...ada ayat kena Baca kew

    ReplyDelete
  36. Sy tengok...ramai para ustaz yg terkenal pun pakai cincin batu berwarna . Cuba tanya mereka ni.

    ReplyDelete