Thursday, January 22, 2009

Sah angkasawan ada 'makan luar'

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap angkasawan pertama negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor walaupun siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili, dua hari lalu yang dipetik daripada mstar online.

Ongkili dipetik sebagai berkata, siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.

Katanya pihak kementerian telah menghantar satu surat tunjuk sebab kepada angkawasan itu dan beliau menjelaskan ceramah-ceramah yang dihadirinya itu adalah selepas waktu pejabat ataupun semasa berada di luar negara dan tindakannya itu tidak menjejaskan tugasnya di kementerian.

"Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.

Image

"Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut," katanya dan menambah melalui siasatan yang dijalankan, walaupun Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran dalam ceramahnya, jumlah itu tidak mencecah jutaan ringgit.

Ongkili turut menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang kurang jelas dalam kontrak terdahulu yang turut menjadi sebab mengapa pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.

Tambah beliau lagi, peguam kementerian mula mengambil langkah susulan bagi menyediakan kontrak baru selepas cuti Tahun Baru Cina.

"Kontrak baru dibuat berdasarkan kelemahan dalam kontrak sedia ada.

"Sheikh Muszaphar telah menyatakan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya dengan kementerian namun bagaimanapun ia terpulang kepada persetujuannya berdasarkan kontrak baru nanti," katanya.

Sebelum ini, Harakah dan Harakahdaily telah mendedahkan bahawa Sheikh Muszaphar didakwa mengenakan bayaran RM8,000 bagi sejam sesi ceramah yang jika dikira secara purata 150 ceramah bandan korporat boleh memperoleh pendapatan kira-kira RM1.2 juta.

Ini tidak termasuk menjual buku yang bertajuk 'Reaching For The Stars' hasil karya adik beliau, arwah Sheikh Mustapha Shukor pada harga RM20.00 di setiap ceramah yang diadakan di sekolah.

Menurut sumber setiap sekolah dikatakan perlu 'membeli' sekurang-kurangnya 300 buah yang setiap satunya berharga RM20.00, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000.00 setiap satu ceramah. Dilaporkan beliau telah berceramah di 200 buah sekolah.

Sebelum ini dilaporkan dalam pelbagai akhbar dan laman web, Sheikh Muszaphar beberapa kali menafikan mengenakan sebarang bayaran terhadap setiap sesi ceramah yang dihadirinya.

baca posting terdahulu dengan klik sini

p/s : Mamat ni lah yang pusing seluruh negara masa PRU 12 hadir program kempen Pilihanraya Umno. Dia juga sampai di Rembau. Ketika PRK Permatang Pauh juga dia datang tetapi di K.Trg tak pasti dia berani datang ke tak...

5 comments:

  1. Anonymous5:08 PM

    Sheikh ni dah kira macam selebriti jugak.jadi tak hairan jika dia menerima bayaran sehingga beribu ringgit.siti nurhaliza pun dapat beribu ringgit untuk show dia.

    tapi kalau benar yang sekolah dipaksa untuk membeli 300 buah buku tu memang tak patut la.mana boleh paksa-paksa.kalau orang nak beli,orang belilah.

    bab yang kata "makan luar" tu pun tak salah gak sebab yang dimaksudkan adalah memberi ceramah di luar waktu kerja dia.lagipun kontrak tu mungkin ada yang dia tak faham dan ada kepincangan.faham-fahamlah bila masuk bab kontrak ni sebab selalunya kontrak guna ayat yang avantgarde sangat sampai susah nak faham maksud sebenar.tricky lah orang kata.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:27 PM

    saya mengakui bahawa sekolah saya (SMKA Pedas) juga tidak diminta bayaran,tetapi diminta untuk membeli buku tersebut dan menjual semula kepada para pelajar.ini mungkin utk mengelak daripada "terkantoi" meminta RM6000secara terus.jika tidak membeli,penaik teksi itu mengugut tidak akan hadir ke sekolah saya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:30 PM

    salam :)

    dia ada kat mesir & gaza skrg.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:22 PM

    kok nak tau lanjut tanyo lah yasir

    ReplyDelete
  5. tak diminta bayaran tetapi diminta untuk membeli buku kemudian jual semula buku itu?

    rupa-rupanya ada keterangan yang tak lengkap di atas.kira ok juga tu tak minta bayaran tapi minta beli buku.buku itu ilmu.sekolah boleh untung,pelajar pun boleh untung.

    ReplyDelete