Thursday, January 29, 2009

Kugan bukan wira tapi mayatnya simbol kezaliman 'penguasa'


Semalam dari berpanas di hadapan hospital University sekitar jam 1.45 petang hingga berhujan di tanah perkuburan penganut Hindu di Puchong sehingga lewat 5.00 petang che'GuBard bersama ribuan rakyat perbagai bangsa dan agama menghantar mayat Kugan ke liang lahad.

Kugan ditangkap polis kononya kerana terlibat dalam mencuri kenderaan mewah akhirnya mati dalam lokap polis. Dia yang ketika ditangkap dalam keadaan sihat dan cergas dikatakan mati kerana asma atau paru paru berair. Kecoh bermula apabila dua timbalan Menteri berbangsa India dikatakan menyerbu masuk bilik mayat hospital untuk melihat mayat Kugan.

Apapun Kugan mati dalam 'jagaan' polis maka polis harus bertanggungjawab. Dari gambar mayat jelas sekali kelihatan lebam, luka dari logik akal biasa pun akan mengatakan Kugan mati kerana dikasari (dipukul teruk). Malangnya polis cuba menipu dengan mengatakan akibat asma. Malah laporan perubatan pertama turut perlu disiasat siapa yang terlibat kerana wujud unsur penipuan. Penipuan diteruskan menerusi lidah Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara. Malah bukan sahaja mereka menipu sebaliknya mereka juga yang mula menjadikan isu ini isu perkauman.

Samy Vellu, Presiden Mic juga tanpa lepaskan peluang jadikan isu ini perkauman dengan kononya dua timbalan menteri yang menyerbu rumah mayat hospital akan dibela oleh Mic kerana Mic parti India akan bela India.

Nasib sedikit menyebelahi Kugan kerana kematianya berlaku ketika gelombang kesedaran rakyat sedang kuat. Jika ini berlaku 5-6 tahun lalu percayalah ia akan terpadam dan tersorok. Malangnya Menteri yang menjaga Polis Syed Hamid Albar terus mengeluarkan kenyataan bodoh dan sombong serta bertujuan mengelirukan. Dia cuba mewujudkan persepsi seolah ini masalah orang India, orang yang turun beramai-ramai membela kematian Kugan ganas dan merusuh.

Pertama sekali siapa yang ganas .....polis yang memukul itu yang ganas... melihat kepada statistik kematian dalam lokap yang menunjukkan bilangan luar biasa kematian tahanan berbangsa India maka tidak salah rasanya kaum india mempunyai persepsi bahawa kaum India menjadi sasaran keganasan Polis dalam tahanan. Sepatutnya persepsi ini diperbetulkan dengan mengakui hakikat dan memohon maaf serta seterusnya meningkatkan pengiktirafan terhadap hak asasi tahanan bukan dengan menekan terus kebangkitan rakyat.

PEWARIS sebuah pertubuhan yang kononya ditubuhkan untuk membela Melayu (tetapi senyap terhadap isu bahasa Melayu) secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan sehari sebelum perhimpunan dan perarakan 'menanam' mayat Kugan. Wakil Pewaris yang diberi liputan media menyatakan bahawa mereka juga akan turut berhimpun dan bersedia bertindak jika keadaan luar kawal. Wakil Pewaris itu memberi amaran jangan cabar Melayu dan Islam.

Kanak - kanak yang baru akhir baligh juga pasti tertawa dengan kenyataan keliru Pewaris ini. Siapa yang cabar Islam dan siapa yang cabar Melayu...? Ini isu kemanusiaan.... semalam sememangnya kelihatan beberapa kerat pemuda dan petua (buncit) yang berjaket dan berbaju hitam bertulis 'skuad jihad'.... apa yang mereka boleh buat pun .... kalaulah ini isu perkauman mereka pun sudah pasti tak boleh buat apa kerana mereka sudah tentu lunyai dirojak ribuan yang hadir menghantar mayat Kugan.

Semalam bukan setakat India yang hadir ada Melayu, Cina, Sigh dan perbagai lagi rakyat dari perbagai keturunan hadir. Isunya bukan kaum, isunya bukan mewirakan Kugan tetapi Kugan ialah lambang kezaliman dan kepincangan dalam penguatkuasaan yang sudah lama dibiarkan.

Sebelum mengakhirkan isu ini ada yang mengatakan bahawa che'GuBard boleh lah kata macam macam kerana dia belum dirompak lagi..... Buat pengetahuan tulisan pendapat ikhlas ini ditulis oleh seorang yang pernah di acu pistol dan parang di leher selama 3 jam ketika mempertahankan kereta Toyota Harier milik bos lama semasa bertugas dalam GERAK. Dua pemuda berbangsa Cina yang merompak itu sendiri mengatakan tak guna buat laporan polis kerana mereka sendiri sudah 'kautim semua'. Sehingga kini kes tersebut masih belum selesai lagi.

Bukan masalah salah atau tidak.... Polis ada kuasa tangkap dan buktikan di mahkamah siapa yang bersalah harus dihukum setimpal dengan perundangan negara, tetapi dalam kes ini belum terb ukti bersalah sudah dipukul hingga mati.

p/s : itulah nak buat hukum hudud tak bagi..............jika nampak seorang dipotong tangan nescaya yang lain takut merompak...

3 comments:

  1. bukan dio tak bagi bikin Hudud,sobabnyo diorang pon nak mencuri,merompak dan berzina samo.Sok dah di implementkan Hudud,tak dapeklah nak buek tu semuo

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:58 AM

    so Kugan is now being uplifted as the hero now since he died under police custody.i'm totally against police brutality and the death of any detainee is unacceptable because however cruel the detainee is they still have their right.

    but dont just forget the victims of their cars being stolen.who can stand up for them?.who can can stand up to a victim that was beaten and abused severely so that that the criminal can take the victim's car?.who can stand up for a stolen car victim that got his hand chopped off by some criminals.can anyone answer me here?

    and to the politicians,we know that you're trying to make some name for yourself and your party.beat it,kid!

    ReplyDelete
  3. "Itu ke***g kui aa sudah samun manyak keleta. Lia samseng. Polis pun tau lia samseng." "Sikalang mana2 pigi pun mesti ala samseng Ke***g". "Itu samun keleta baru celita kecik... samseng bikin jahat macam2.. hantam olang la... kutip wang laa... macam2 lagi laa". "Apasai dia sulah mampuih lu olang mau bikin celita selupa dia hero... Polis selupa olang jahat?"

    - diambil dari Kugan - Orang Sudah Lupa Dia Pencuri Kereta?

    ReplyDelete