Tuesday, January 06, 2009

Pengguna Air Pulau Pinang dapat RM 100....

Selepas Selangor memberikan air percuma....kini Pulau Pinang pula nak beri rebet RM100 kepada penduduk miskin.... orang Nogori tak nak ko....?

sumber dari blog ijat


Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.

Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov, lapor Bernama.

"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.

Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.

"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di www.pba.com.my

1 comment:

  1. sepot2:27 PM

    "Selepas Selangor memberikan air percuma....kini Pulau Pinang pula nak beri rebet RM100 kepada penduduk miskin...."

    Bila masa Selangor beri air percuma? Aku dah duduk Shah Alam bertahun-tahun tak pernah merasa air free pun. Ada la sekali rasa air free, itupun kerajaan yang bagi masa Bajet 2008 dulu. Jangan nak kelentonglah wahai PKR/PR...

    ReplyDelete