Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.
Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.
Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.
Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.
Selaku Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan dan ketua keADILan Rembau, cheGuBard akan mendukung sepenuhnya perhimpunan ini. Perhimpunan ini seharusnya di dokong oleh semua rakyat Malaysia pecinta bahasa kita. Perhimpunan ini terpaksa dilakukan setelah kerajaan kelihatan 'pekak' tidak mendengar rintihan rakyat Malaysia.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.
Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.
Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

masih teringat bagaimana perancangan di susun ketika BERSIH dan bagaimana strategi saat akhir yang berkesan
ReplyDelete