Tuesday, January 06, 2009

Bn - Umno keliru atau sengaja mengelirukan bab rasuah !!

Semua akui rasuah dah jadi penyakit bukan setakat membarah tapi dah menulang dalam masyarakat ini. Bn selaku parti pemerintah sibuk nak serlahkan imej perang rasuah.

Umno selaku kononya parti tunjang dalam Bn kononya pula sibuk nak perangi politik wang dalam partinya yang telah dinazakkan dengan rasuah itu. Namun percayalah semua ini hanya retorik untuk mengelirukan rakyat. Hakikatnya Bn - Umno takkan hidup tanpa rasuah, mereka umpama orang sakit yang bergantung hidup dengan dadah. Tanpa dadah mereka mati dan jika terus ambil dadah juga mereka akan mati.

Contohnya perang rasuah dalam parti (konon) tapi ketika berdepan dengan pilihan raya mereka tetap rasuah.

Sila baca berita dari Bernama dibawah:

Projek Pembangunan RM5.8 Juta Untuk Penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)– Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

“Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti.

“Lihat sahaja (kawasan) DUN (Dewan Undangan Negeri) Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terenganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah,” katanya.

Kerajaan negeri juga bersedia untuk menambah peruntukan pembangunan untuk penduduk Kuala Terengganu jika sekiranya menang dalam pilihan raya itu nanti, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga merancang menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai daerah pelancongan bagi menarik lebih ramai pelabur luar yang akan memberi peluang kepada penduduk memajukan lagi ekonomi mereka.

Sementara itu calon BN untuk pilihan raya kecil itu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau bersedia untuk menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat jika diberi peluang menjadi wakil rakyat nanti.

Katanya, masih banyak projek pembangunan yang dirancang oleh penyandang sebelum ini Allahyarham Datuk Razali Ismail yang masih belum diselesaikan dan dilaksanakan.

“Jika diberi peluang untuk menjadi jambatan, saya akan pastikan suara- suara rakyat di Kuala Terengganu didengari oleh bukan sahaja kerajaan negeri tetapi juga kerajaan pusat.

“Malah sejak diumumkan menjadi calon ini, banyak juga masalah rakyat yang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk diberi perhatian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kuala Terengganu terus memberikan mandat kepada BN dalam pilihan raya kecil itu nanti untuk memastikan agenda pembangunan di kawasan itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

– BERNAMA

Jelas bahawa ini adalah satu bentuk rasuah politik. Cuba analisa kata-kata MB Terangganu yang berbunyi,

“Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

“Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti.

Tidakkah ini berbentuk rasuah?

Tidakkah ini berbunyi ugutan?

Dalam bahasa mudah, jika BN menang, maka rakyat Kuala Terangganu akan mendapat pembangunan. Jika Pakatan menang, jangan haraplah rakyat Kuala Terangganu akan mengecapi pembangunan. Ini adalah “janji-janji politik” dan rasuah secara terbuka.

Tiada sesiapakah yang ingin melaporkan perkara ini kepada Malaysian Anti Corruption Commission (MACC)?

Apa kata pengerusi SPR yang baru?

SPR tidur..... MACC tidur..... yang pasti duit pembayar cukai habis membayar gaji mereka

6 comments:

  1. sepot2:39 PM

    Ini semua retorik PKR nak kelirukan rakyat. Mereka tuduh kerajaan yang kelirukan rakyat, padahal mereka yang kelirukan rakyat. Janji kerajaansekiranya menang pula dikatakan sebagai rasuah. Habis tu janj-janji PKR dan PR sebelum pilihanraya yang biasa dilakukan tu rasuah jugalah... Apa punya sempitlah pemikiran puak-puak PKR/PR ni...

    ReplyDelete
  2. Mankanan2:42 PM

    Bukan UMNO yang kelirukan rakyat tapi pembangkang sebenarnya yang kelirukan rakyat. Janji-janji seperti ini biasalah. Ia ditaburkan untuk mendapatkan sokongan undi. Ianya sama seperti yang pihak pembangkang lakukan. Tang mana yang dikatakan rasuah? Jangan kelirukan rakyat dan jangan jadi pembelit la bro...

    ReplyDelete
  3. HANG QASTOORI7:54 AM

    Janji PKR berbeza dengan janji BN.Tidak berbentuk UGUTAN!.LU FIKIRLH SENDIRI!

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:58 AM

    JANJI PKR BERBEZA DARI JANJI BN.TIDAK BERBENTUK UGUTAN!!!!

    ReplyDelete
  5. oi orang melayu kapal layar...
    sepot dan mankanan hampa neh jns org melayu kepala hotak sempit la.
    hampa penah rasa ke PR tu memerintah malaysia,kita bg la peluang PR memerintah baru boleh kritik.ini memerintah Malaysia pn blom hampa dh cakap macam2.sudah la weyh dh tua dh tu orang skg x pakai kati,org pakai kilo dh...

    ReplyDelete
  6. keramat hidup3:08 PM

    chegubard cuba kelirukan kita, umno mana pernah rasuah, politik wang selalulah...

    ReplyDelete