Friday, January 02, 2009

Laporan rasuah pertama SPRM





Cover latter' aduan rasuah

Tarikh : 2 Januari 2008

Kepada :
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Putrajaya.


Tuan ;

LAPORAN RASUAH dan SERAH BUKTI RASUAH - UJIAN KEBERKESANAN SPRM

Pertama sekali tahniah kerana kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kelulusan TANPA PINDAAN di Parlimen - akta SPRM 2008. Kewujudan SPRM telah di huar – huarkan sebagai satu usaha berani kerajaan dalam janji Perang Rasuahnya kepada rakyat. Sejauh mana ini benar ?

Jujurnya ramai rakyat tidak yakin dengan perang saraf kerajaan (baca ; Barisan Nasional) kononya SPRM merupakan antara usaha kemuncak dan tindakan berani kerajaan dalam memerangi rasuah. Kononya kewujudan SPRM menjamin tindakan jujur , berani dan adil kepada semua kes rasuah.

Imbau sedikit dengan masalah kes rasuah terdahulu. Masalahnya ialah BPR membuat siasatan terpilih malah jika penyiasatan berjaya dilengkapkan sekalipun pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di tangan Peguam Negara boleh di pengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik. Kedua aspek ini sebenarnya gagal dijawab SPRM 2008. Perlantikan masih di bawah kuasa seorang Perdana Menteri dan SPRM 2008 juga mengulang sejarah BPR yang tidak punya kuasa pendakwaan.

Apapun kerajaan mungkin menyatakanr semua pihak harus memberi ruang kepada SPRM untuk membuktikan sesuatu. Maka tampil hari ini untuk untuk bertindak adil kepada SPRM, menghantar 60 muka surat dokumen berkaitan rasuah termasuk rasuah yang pernah BPR lengkapkan kertas siasatannya dengan mengatakan tertuduh bersalah tetapi pendakwaan tidak dibuat peguam negara kerana arahan atasan.

Terlalu banyak kes rasuah. Dokumen yang di hantar ini belum lagi menyertakan kes besar lain khususnya berkaitan ;

· skandal korupsi mantan Perdana Menteri dan keluarganya serta kroninya

1. PERWAJA

2. Lantikan Hakim (kes Pita Linggam)


· skandal kuropsi Perdana Menteri sekarang dan keluarganya serta kroninya

4. scomi

5. ecm Libra

6. agihan kontrak makanan tentera dan MAS (LSG Skychef & Brahim)

7. skandal korupsi antarabangsa 'oil for food'


·skandal korupsi 'bakal' Perdana Menteri dan keluarga serta kroninya

9. kes pembelian scorpene (kapal Selam), sukhoi (jet) dan eurocopter

10. kes pembunuhan Altantuya

11. kes politik wang

termasuk juga skandal rasuah melibatkan menteri, timbalan menteri, menteri besar dan orang politik.

Namun dihantar kali ini hanya 60 muka surat berkaitan kes rasuah yang mudah dan nyata. Koleksi rasuah baru dan lama ini bersama bukti sahih dibuat laporan kepada SPRM untuk menguji adakah SPRM ini benar – benar mampu bertindak atau hanya retorik politik yang membazirkan wang negara. Jika SPRM gagal bertindak terhadapnya maka pembayar cukai akan terus kecewa kerana wang yang banyak terbazir untuk memenuhi retorik politik 'perang rasuah' yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan kepentingan politik.

Anak Malaysia bersedia untuk memberikan kerjasama dengan SPRM dalam apajua cara dengan syarat SPRM seharusnya memberikan 'output' positif hasil ujian ini. Tetapi pihak SPRM juga harus faham bahawa betapa SPRM bukan sekadar perlu dipromosi di media kononya bebas dan berani tetapi perlu dibuktikan dengan tindakkan 'jerung' yang besar demi mengembalikan kenyakinan rakyat.

Sekian laporan saya ; terima kasih.

4 comments:

  1. Anonymous1:29 PM

    Selamat sejahtera Cikgu.

    Amat bangga perasaan saya apabila terbaca hari ini di Malaysiakini.com (http://malaysiakini.com/news/95699) mengenai usaha PKR dan Cikgu dalam mengemukakan dan menyerahkan laporan rasuah kepada SPRM.

    Tahniah kerana PKR dan Pakatan Rakyat terus mengenakan tekanan yang konsisten kepada kerajaan agar mereka mengambil tindakan dan berfungsi dengan sebaik mungkin demi kebajikan rakyat. Ini adalah strategi yang baik. PKR dan Pakatan Rakyat harus sentiasa berfikir beberapa langkah ke hadapan dan melaksanakan strategi dan langkah untuk memaksa kerajaan untuk melalukan apa yang wajar dan betul buat negara dan rakyat, tanpa rasa takut, dengan gagah dan beraninya seperti dilakukan PKR dan Cikgu dengan pengusulan laporan rasuah terbaru ini kepada SPRM.

    Sikap proaktif dan sikap sentiasa fokus pada isu, terutamanya isu yang pahit tapi penting seperti rasuah, adalah salah satu sebab utama kita rakyat biasa mengundi dan terus menyokong PKR dan PR. Adalah harapan saya agar Cikgu dan pucuk pimpinan serta ahli-ahli biasa PKR maklum dan ingat akan hakikat ini.

    Maka dengan ini saya akhiri dengan ucapan berikut, iaitu teruskan usaha, tanggungjawab dan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat, dan sudah tentu apabila tibanya pilihanraya umum yang akan datang, rakyat akan menabalkan PKR dan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru persekutuan Malaysia.

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Tahniah CheGu Bard...!!!

    Mereka tak boleh tidur malam...!!

    Tergolek anjing...!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:31 AM

    Aku ada sikit kemusykilan...Masa chegu sampai, ada orang nampak kelibat pakdin (silat gayong) tergesa2 keluar dari pejabat BPR..Apa dia buat situ??? Pak Din Boleh jawab??

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:50 PM

    hanya satu ayat....

    Tahniah Anak Muda

    ReplyDelete