che'GuBard ucapkan tahniah kepada anak muda di UKM kerana berjaya memenangi 4 kerusi di hari pertandingan. Walaupun pihak UKM telah mewajibkan semua bakal calon untuk menghadiri kursus kepimpinan 'mewah' di A'Farmosa Melaka dengan mewajibkan semua menduduki ujian khas. Begitu tersusun sekali perancangan HEP untuk memastikan pro Aspirasi (tajaan BN) memenangi tiap kerusi di UKM malangnya mereka masih gagal..... Bau kebangkitan anak muda makin kuat !!! berikut ialah poetikan berita terbaru dari Malaysiakini. Pro-mahasiswa di UKM menang 4 kerusi tanpa bertanding |
Jimadie Shah Othman | Jan 8, 09 2:40pm |
Selepas selesai proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tengahari ini, kumpulan pro-mahasiswa mendakwa menang tanpa bertanding di empat daripada 23 kerusi fakulti. Kemenangan tersebut ialah masing-masing di dua kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan dua lagi di Fakulti Pengajian Islam. Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum. Menurut seorang calon kumpulan itu, Mohd Hariszuan Jaharudin, kemenangan awal itu diumumkan Hal Ehwal Pelajar (HEP) - yang mengendalikan pilihanraya kampus itu - selepas selesai sesi bantahan kira-kira 12.45 tengahari tadi. Hariszuan yang juga calon Pro-mahasiswa bagi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata, kemenangan itu dicapai apabila pihak lawan pro-Aspirasi gagal mengemukakan calon di dua kerusi Fakulti Kejuruteraan dan sebuah kerusi di Fakulti Pengajian Islam. Usaha Malaysiakini mendapatkan komen dan pengesahan daripada pihak universiti berkenaan setakat ini belum berhasil. Sementara itu, di Dataran Pusanika berdekatan pejabat pentadbiran universiti - tempat penamaan calon bagi kerusi umum dijalankan - suanana dibayangi warna merah jambu. Seorang aktivis Pro-Mahasiswa, Saidatul Hafizah Mohd Shubaii berkata, 200 penyokong kumpulan itu yang berpakaian warna merah jambu berarak pagi tadi dari Stadium UKM ke Dataran Pusanika sebelum penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi. Laung slogan Menurutnya lagi, mereka berarak kira-kira 100 meter sambil melaungkan slogan "student power", "we unite for student" dan menyanyikan lagu "Gelombang Mahasiswa". Hampir seratus penyokong Pro-Aspirasi sedia menunggu di sana, kata beliau yang juga Timbalan exco dakwah dan siasah, Persatuan Mahasiswa Islam UKM (PMUKM). Penamaan calon bagi pilihanraya kampus di UKM bermula jam 9 pagi tadi dan berakhir kira-kira 12:45 tengahari. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu yang dibubarkan Oktober tahun lalu, akan diisi apabila tamat pengundian pada 15 Januari depan. Keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama. Sebagai kampus utama di Lembah Klang, pilihanraya di UKM sentiasa menjadi tumpuan ramai bagi melihat pengaruh kerajaan di universiti melalui kumpulan Pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan dan Pro-mahasiswa yang bersikap sebaliknya. Selain UKM, pilihanraya kampus bagi memilih MPP di Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibubaskan semalam, juga akan diadakan pada 15 Januari depan. Manakala proses penamaan calonnya ditetapkan pada 12 Januari depan. |
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, January 08, 2009
Tahniah Pro Mahasiswa menang 4 kerusi tanpa tanding - malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
chegu,
ReplyDeleteari tu maso kalut ceghita ekau nak masuk umno dgn ezam tp dinafikan yg ekau bersedio nak jwb ezam kalu dia mengkritik kepimpinan.
Hari ini, sejak PR P.Pauh dan kini K.T, ezam membalun anwar kiri-kanan. Apo diam yooo?
jawab lah....
Walaupun UKM dah menang 4 kerusi tp nmpknye agak sukar kerana ugutan dan paksaan terhadap stdent...
ReplyDelete