Thursday, January 29, 2009

SPRM terus jadi alat politik - malaysiakini

SPRM tidak ubah seperti BPR hanya jadi alat politik. Malah SPRM yang menggunakan wang rakyat berkali ganda banyaknya dari BPR lebih brutal imejnya dalam menjadi alat politik.

Terbaru che'GuBard menerima email yang mengandungi laporan polis dibawah :


SEORANG ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.

Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.

Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.

Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.

Menurut Halimi, pada 24 Januari, sewaktu di bawa untuk tahanan reman, beliau sudah memaklumkan kepada Majistret di Ibu Pejabat Polis Kuantan dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam selepas dibebaskan.

Katanya lagi, beliau dipaksa untuk mengaku bahawa seorang pemimpin UMNO, Datuk Norza Zakaria terlibat dengan politik wang.

Jelasnya lagi, biarpun didera dan disiksa, beliau tetap memberitahu perkara yang sebenar dan menafikan pembabitan Datuk Norza Zakaria dengan politik wang.

"Sepanjang masa saya dipukul dan didera, mereka telah memadamkan kamera CCTV yang berada di dalam bilik tahanan itu dengan menggunakan plaster," kata beliau.

Di akhir laporan polisnya, Halimi mendakwa, jenayah yang dilakukan oleh pegawai SPRM tersebut kepada beliau adalah mirip peristiwa yang sering berlaku di Abu Gharib (penjara di Iraq).

"Saya amat terkejut dan takut bahawa perkara ini juga berlaku di bawah SPRM yang baru ditubuhkan ini," katanya.

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi

November lepas Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau ada membuat laporan polis terhadap laporan media yang melaporkan aduan PUTERI Umno Jempol yang disoal siasat secara pelik di dalam bilik Hotel Murah di Bahau. Namun BPR telah membuat laporan balas terhadap laporan tersebut malah mengugut akan menyaman saudara Azizi kerana menfitnah. Puteri Umno yang membuat laporan polis dan pendedahan media bagaimana BPR menggunakan sesi siatasan sebagai sesi turning over dan memaksanya menandatangani pengakuan palsu itu sebaliknya tidak dikenakan sebarang tindakan malah dilaporkan dalam media ketika Puteri Umno itu berjumpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kes itu selesai..... selesai bagaimana tidak pula dinyatakan.....

Sebelum itu lagi saya telah membuat sidang media bersama seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Pilah yang ditahan BPR di tempat kerjanya kerana dituduh oleh YB Datuk Hassan Malek sebagai duta kecil yang dihantar Anwar Ibrahim untuk membelinya. Dalam sidang media tersebut kerani Bank tersebut telah mendedahkan bagaimana soal siasatnya juga telah digunakan sebagai 'turning over' dimana pengarah BPR yang menyiasatnya sendiri berkempen agar dia membenci Anwar Ibrahim.

Nampaknya SPRM lebih parah dari BPR !

Esok akan ada satu sidang media khas mendedahkan bukti SPRM menjadi alat politik dan sidang media tersebut juga sempena sebulan selepas menghantar Kompilasi laporan rasuah pertama kepada SPRM.

Tarikh : 30 Januari 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, Jln Rahang, Seremban

Semua di jemput hadir.

No comments:

Post a Comment