Thursday, January 22, 2009

Gempar lagi kematian dalam lokap ; Polis terpaksa panggil menteri - malaysiakini







Gambar di atas ialah gambar mayat mendiang S.Kuhan, 23 tahun yang mati dalam tahanan Polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mangsa mati kerana 'penyakit paru - paru berair'. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor mangsa mati mengejut selepas diberi minum air.

Mangsa ditahan kerana menjadi suspek curi kereta.

Melihat gambar di atas tidak akan ada siapa yang percaya dengan kenyataan pembohong Ketua Polis Selangor yang menyatakan mangsa mati mengejut selepas minum air. Menurut beberapa sumber yang dipercayai mangsa sihat dan cergas ketika ditahan Polis. Sebaliknya merujuk kepada gambar mayat tidak boleh menolak andaian mangsa mati kerana dipukul dengan terus dan didera dalam tahanan Polis.

Simpati kepada keluarga mangsa dan mendesak kesemua anggota Polis yang terbabit harus digantung tugas segera sehingga siasatan selesai. Ketua Polis Negeri harus memohon maaf terbuka kerana kenyataan bohongnya.

Perkara serius ini sering berulang kerana polis yang bersalah sentiasa dilindungi pemimpin negara kerana polis juga sering melindungi pemimpin negara dengan cara yang salah.

Dalam perkembangan lain pula dua menteri dipanggil polis untuk diambil kenyataan kerana kononya memecah masuk ke bilik mayat Hospital Serdang dan cuba mengganggu bahan bukti.

DUA Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K. Devamany (kiri) dan T. Murugiah akan dipanggil memberi keterangan kerana dikatakan 'menceroboh' bilik mayat berhubung kematian tahanan, A. Kugan di Hospital Serdang, awal pagi semalam.

11 comments:

  1. Bn kena letak jawatan

    ReplyDelete
  2. Desak kerajaan diadakan Suruhajaya Siasatan Diraja secepat mungkin.Perbuatan ini amat kejam,zalim seperti perbuatan ZIONIS.Manusia yg melakukan ini tiada hati perut dan tiada sifat kemanusiaan langsung.Sy berharap PR adakan sidang tergempar di Dewan Parlimen membahaskan isu ini nanti.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:18 PM

    Sesiapa yang pernah keretanya dicuri akan tahu bagaimana geram dan marah kepada meraka yang melakukannya. Belum lagi kena ragut, rompak, diugut dll lagi oleh penjenayah kejam ini.

    Golongan ini ternyata kejam...juga tidak berhati perut. Bukalah mata saudara semua, janganlah semuanya kerana sentimen PR

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:33 PM

    it's a anti indian war started in malaysia ! UMNO is using police fuckers to kill indian...a big disaster waiting for UMNO idiots..indians are not angry wt malay or other race but wt Umno n Police

    ReplyDelete
  5. Ini bukan isu perkauman..... ada anggota polis yang terlibat juga berbangsa India..... ini isu kemanusiaan.... bukan melayu nak bunuh india atau india nak bunuh melayu..... jangan keliru......

    keduanya ini bukan kerana sentimen.... ini kerana kemanusiaan.... dituduh bukan beerti bersalah lagi... bayangkan bapa anda ditahan oleh polis dalam keadaan sihat tetapi dipulangkan mayat yang teruk dan tak sempurna... itulah remuknya rasa hati anak yang ayahnya mati dalam tahanan polis .... kita ada undang undang yang cukup kenapa tak adili guna undang undang.... kalau nak potong tangan kerana mencuri pun boleh rujuk lah dan realisasikanlah hudud.....

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:55 PM

    betul tu bard, aku sendiri pernah hilang motoskal dan kereta aku dipecah...memang marah, tapi tak bole le disamakan dgn membelasah tahanan. Dakwa dan serah saja pada mahkamah. Biar mereka yg bersalah diadili disudut undang2 bukan diadili dgn pukul org...(pukul dgn org yg tak nelawan bole le...)

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:19 PM

    Anonymous 7:18 PM,

    pernah anda terpikir kenapa mendiang S Kuhan perlu 'mencuri' motorsikal ataupun kereta untuk meneruskan hidup?

    ReplyDelete
  8. chuguBard memang mudah nak kata ini bukan isu perkauman, tapi cuba saudara lihat kata-kata

    "it's a anti indian war started in malaysia ! UMNO is using police fuckers to kill indian...a big disaster waiting for UMNO idiots"

    Bergitulah corak pemikiran kaum India bila yang menjadi mangsa dalam kes ini adalah kaum India. Bergitu juga jikalau orang Cina yang menjadi mangsanya tentu sahaja corak pemikiran mereka, tak lain tak bukan, ini kerana UMNO.

    Tidak dapat tidak, saudara juga akan terfikir bergitu jikalau adik-beradik, saudara mara, atau kawan-kawan melayu anda jadi mangsa oleh orang bukan Melayu (India, Cina dsb)

    Saya tidak pernah mempertahankan UMNO dalam kes ini, tetapi saya juga tidak gembira melihat budaya menuduh secara melulu di kalangan masyarakat kini. Jika ini tidak disekat dari awal, nescaya akan timbul isu perkauman dan tunggulah PADAH nya kepada kita semua tidak kira Melayu, Cina & India.

    Bertopengkang kemanusian & keadilan sahaja tidak mencukupi chuguBard! Jikalau inilah pegangan saudara, samalah bagaimana saudara percaya kepada idelist Amarika & barat tentang "human right" & demokrasi.

    Mereka sanggup menakluk sebuah negara dan membunuh rakyat yang tidak berdosa untuk menegakan demokrasi.Bagi meraka tindakan tersebut adil untuk memertahankan "human right" warga mereka. Aikbatnya, angka kematian lebih empat ribu kematian di World Trades Centre di balas dengan ratus ribu warga Iraq dan Afghanistan.

    Adakah saudara percaya Amerika dan dunia antarabangsa tidak mencukupi undang-undang?

    ReplyDelete
  9. Jeffripower3:27 PM

    Salam...

    Selagi belum tahu hasil siasatan sebenar kes ini, kita belum boleh buat kesimpulan melulu dengan mengatakan kewibawaan polis tercemar. Ada baiknya kita tunggu hasil siasatan lanjut. Mungkin polis ada hujah mereka sendiri.

    Bukan saya nak membabi buta 'back up' polis, tapi sekadar inginkan kebenaran. Maksud saya selagi belum ada keputusan siasatan, belum boleh buat andaian melulu.

    Tapi seandainya memang sahih bahawa mangsa tahanan didera dengan teruk tanpa sebab yang munasabah, maka saya sendiri menyokong jika anggota polis yang terlibat diambil tindakan..

    Lagi satu, bila jadi kes seperti ini, terlalu mudah yang menyalahkan kerajaan. Nampak sangat nak menjatuhkan kerajaan dengan menuduh kerajaan terlibat dalam hal ini..Kerajaan, kerajaan...polis, polis..Dua badan yang berbeza. Memang polis adalah di bawah Kementerian Pertahanan, tapi ada baiknya jika selesaikan pada peringkat institusi polis dahulu. Kemudian barulah dibawa ke kementerian. Datuk Seri pasti lebih arif mengenai hal ini.

    Cuma adalah tidak adil jika UMNO dilibatkan dalm kes ini... Nampak sangat motif politik...

    ReplyDelete
  10. Airmata saya hanya dikhaskan buat kematian orang Palestin dan saudara seIslam di seluruh dunia.

    Maaf. Kilang airmata saya tak punyai banyak "staff" untuk memproses airmata buat kes ini.

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:21 AM

    banyak lagi kerja yang boleh dibuat..sesusah aku pun kutip besi buruk ,..kustip tin susu orang buang cari nafkah nak bela anak bini..aku bukan perkauman..cuma berapa rugikah kita belanjakan wang kita untuk menyara penjenayah.. itu kalau boleh curi kereta..kalau dia tak boleh curi mungkin dia pun sama jugak ugut tuan punya kereta untuk mengambilnya..silap-silap tuan punya kereta pun dibunuhnya...
    KALAU LAH SAYA..HAPUSKAN SAJA SEMUA PENJENAYAH..BANYAK LAGI CARA NAK CARI MAKAN...INGAT..SAYA BUKAN BENCI INDIA, BENCI CHINA..., BENCI MELAYU DAN BANGSA LAIN-LAIN..

    CUBA FIKIRKAN KERUGIAN KITA MEMBERI MAKAN SEMUA PENJENAYAH DI DALAM PENJARA..WANG ITU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU KEMAJUAN RAKYAT..

    BERAPAKAH NILAI MAKANAN SEHARI NAK BAGI MAKAN PENJENAYAH DI DALAM MALAYSIA...SILAP-SILAP BERJUTA...

    MUNGKIN JUGA PENJENAYAH INI DAH TERLALU KURANG AJAR DI DALAM SIASATAN POLIS...KALAU DAH UNDANG-UNDANG SENDIRI TAK DAPAT MELAKSANAKAN HUKUMAN KE ATAS PENJENAYAH..BAIKLAH DIBUNUH SAHAJA..

    SEKARANG NI PUN BANYAK PENJENAYAH BOLEH TERLEPAS DENGAN WANG RINGGIT..

    BARULAH AMAN NEGARA KALAU TAK ADA JENAYAH.

    JANGANLAH KERANA DAPAT KEUNTUNGAN DARI SESUATU PIHAK ISU INI DIBANGKITKAN...FIKIRKANLAH SEKIRANYA PENJENAYAH MENGANCAM ANDA...

    RUMAH SAYA SENDIRI PERNAH DIROMPAK DUA JARI SAYA DI TETAK/TAK BOLEH DIGUNAKAN..OLEH PENJENAYAH LEBIH KURANG MACAM NILAH.

    FIKIRKANLAH KEBENARAN NALURI ANDA TERHADAP JENAYAH..

    ReplyDelete