Thursday, January 22, 2009

Kerajaan Malaysia tidak iktiraf HAMAS

gambar asli bendera Israel turut di gantung di bangunan Umno

HAMAS ialah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh Rakyat Palestin dalam satu proses pilihanraya yang di iktiraf perbagai badan dunia sebagai sebuah pilihanraya yang adil dan bersih. Penolakan rakyat Palestin terhadap kerajaan terdahulu berkait rapat dengan terbongkarnya skandal rasuah dan penyelewengan yang dibuat oleh pemimpin terdahulu. Malah rakyat Palestin amat terkejut dengan pembongkaran skandal bagaimana keluarga Perdana Menteri Palestin sendiri terlibat dalam menjadi broker penjual simen dari negara arab kepada Israel yang mana bekalan simen tersebut dengan jelas untuk membuat tembok Gaza yang menjadikan Gazza penjara terbesar dunia.

Namun setelah rakyat memilih HAMAS sebagai kerajaan, Israel (Regim Zionis) dan Amerika menolak untuk mengiktiraf kemenangan Hamas dan meminta di kekalkan kepimpinan Fatah. Malah kebanyakan negara termasuk Malaysia juga takut untuk mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat iaitu HAMAS.
Justify Full
Ini pertembungan antara pejuang rakyat dan alat kepada zionis dalam bumi Palestin ini. Pertembungan seperti inilah yang sebenarnya menjadi kekuatan Zionis untuk terus berkuasa di rantau tersebut. Kekuatan ini di dokong dengan ketakutan negara seperti Malaysia yang hanya berani berkokok dalam negara tetapi sebaliknya terus tunduk menikus depan Amerika iaitu bapa Zionis Israel.

Malah dalam usul yang di luluskan di parlimen mengenai konflik Gazza baru - baru ini tidak ada satu perkataan pun terpacul di mulut PM ataupun di rakam dalam kertas usul mengenai kutukan terhadap Amerika.

Konflik dalamanPalestin inilah yang gagal pemuda Umno fahami. Pemuda Umno berbondong berarak ke kedutaan Palestin ada yang membawa gambar as syahid Pemimpin HAMAS malangnya duta Palestin (pro Fatah yang diiktiraf Amerika) secara dengan jelas meminta gambar para syuhada tersebut diturunkan.

Menyedari hakikat ini maka tidak keterlaluan jika ada seorang teman yang menyatakan hati hati untuk menyalurkan derma Palestin. Jika ia disalurkan kepada Mercy atau Amal Malaysia di anggap 'ok' kerana pertubuhan ini terus membawa derma ke medan untuk membantu mereka yang memerlukan tetapi jika disalur kepada Wisma Putra dan kemudian di salur kepada Kerajaan Palestin (Fatah yang di iktiraf Amerika) alamat 'haram' hancurlah derma kita. Fatah yang sememangnya terkenal dengan amalan korup....mereka sanggup korup bantuan dana antarabangsa apa lagi jaminan wang derma kita yang tidak di audit. Mereka juga 'secara senyap' bersetuju dengan perang Israel yang ingin membunuh pemimpin HAMAS.

Di Kuala Terengganu, BN menggunakan banner yang kononya menyeru orang ramai memboikot produk Amerika dan menyatakan Anwar Ibrahim ialah produk Amerika no. 1.

Ingin di ingatkan Anwar secara terbuka di pentas dunia menyatakan pengfiktirafan terhadap kepimpinan HAMAS. Namun pemimpin Malaysia yang lain takut kecut. Malaysia ketakutan kerana Malaysia dan Amerika ialah rakan dagang utama dan Geran Pertahanan Malaysia masih dibantu Amerika.

Mengenai boikot barangan kenapa tidak kita bertindak berani seperti Vanezuela yang menghalau duta Israel keluar dan memberi amaran akan menghalau duta Amerika keluar dari negara itu. Kenapa kita sendiri tidak menghalang 2-3 produk atau restoran uatam amakanan segera itu dari berniaga dalam negara kita. Kita sudah tentu takut kerana di sebalik jenama atau restoran Amerika itu ada nama kroni Bn yang sedang menikmati keuntungan.

Demo perang atau demo anti Israel tajaan Umno hanya demo orang hipokrit untuk menipu rakyat demi kuasa sedangkan mereka sedang menikmati keuntungan dari darah rakyat Palestin.

Tapi jika demo anti Zionis atau Amerika itu besar dan tak dikawal maka ia perlu dihalang.... kita sering dengar demo di Kedutaan Amerika beratus di tangkap dan ramai termasuk wanita dan kanak -kanak ditembak gas pemedih mata dan dipukul. Terbaru ini ketika seluruh dunia mengecam Israel tetapi di Malaysia kumpulan anti Zionis ini ditahan di dataran merdeka oleh kerajaan Bn......harap ramai yang tidak lupa YB Mahfuz Omar dan Pak Amjal anatar mereka yang pernah merengkok dalam penjara keraja membantah ketibaan skuad kriket Israel.

Ingat jangan tambah beban anak Palestin dengan menyumbang kepada mereka yang tidak berjuang......

3 comments:

  1. Anonymous5:30 PM

    CIKGU KENAPA KINI BARU NAK BAGI TAHU....SAYA DAN KAWAN2 PEJABAT BARU KUTIP DLM RM3000 SUMBANG KE AKAUN BERITA HARIAN YANG DI SIAR DI TV3

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:01 PM

    elok la kau bagi kat BH, dapat kat bad, lenyap la....

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:41 PM

    pangangan saya adalah pandangan orang kecil, kalu salah harap di maafkan.

    berdasarkan teori sains politik yang saya pelajari terdapat fenomena baru selepas perang dunia kedua iaitu dasar pengecualian atau non aligment. sebilangan besar negara-negara dunia ketiga termasuklah malaysia mengamalkan dasar ini dalam arena politik antarabangsa bagi tujuan tertentu antaranya mengekalkan keamanan negara di arena antarabangsa, membolehkan negara mengekalkan kemerdekaan khasnya kepada negara-negara sensetif mengenai tuduhan bahawa mereka adalah hamba kepada kuasa-kuasa imperialis melalui neokolonisme, memudahkan proses dismament antarabangsa dan akhir sekali dapat membantu negara dalam proses pembangunan ekonomi.
    Terdapat banyak pandangan sinis yang di lontar kepada kerajaan kerana tidak mengiktiraf pejuang Hamas dalam mempertahankan negara palastin dari serangan Israel. Pada pandangan saya yang kerdil ini kerajaan memang tidak mengiktiraf pejuang hamas secara rasmi (politik) tetapi dari aspek kemanusiaan kerajaan tetap menyokong pejuang hamas sebagai pejuang kebebasan rakyat palastin.melalui pelbagai cara kerajaan membantu memberi bantuan kemanusian dan tiada sekatan mana-mana pihak sama ada pembangkang atau jentera kerajaan untuk membantu mereka.
    kenapa kerajaan bersikap bergitu..jawapannya adalah sepertimana yang telah saya nyatakan di atas. kita kena memperakui dunia sekarang dikuasai kuasa-kuasa dunia seperti Amerika.Negara kita sebagai dunia ketiga bergantung kepada hubungan yang baik dengan kuasa kuasa dunia bagi kepentingan ekonomi negara.negara kuasa dunia adalah negara yang memegang ekonomi dunia,pertahanan dan teknologi. mereka boleh buat apa saja, mencipta alasan bagi tujuan sekatan ekonomi bagi negara-negara yang mereka tidak senangi.oleh yang demikian kerajaan tidak mahu mencipta isu -isu yang tidak disenangi oleh kuasa-kuasa dunia seperti memperakui perjuangaan hamas di arena politik antarabangsa bagi untuk kebaikan malaysia sendiri.

    kerajaan kita bukan takut tetapi kena bertindak bijak demi kepentingan rakyat .bukan bermakna kerajaan pro amerika. Kita kena melihat perkara ini dari kaca mata hubungan antarabangsa buka dari aspek individu dan kebencian politik.

    ReplyDelete