Friday, January 30, 2009

Gelombang bermula.......

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan jaket sebagai simbolik penyertaan
ADUN Bota, Nasarudin Hashim (kiri) ke dalam parti itu petang ini. Turut memerhatikan ialah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

Tahniah diucapkan kepada keADILan Perak atas kemasukan Datuk Nasarudin Hashim (ADUN Bota, Perak) ke dalam keADILan. Setelah senyap dan ramai pemimpin Bn serta juaknya mula tidur lena sekali lagi mereka mula tidak lelap tidur. Mimpi 16 Sept. menghantui mereka semula.

Seperti peringatan Anwar dalam MPT yang lalu, lepas ini jangan sesiapa nak pandai - pandai komen. Biar Bn rasa selesa.... dalam senyap lepas ini dalam mereka rasa selesa Bn akan tumbang....

Lebih menggelisahkan Bn apabila Tajul Rosli memanggil mensyuarat tergempar wakil Rakyat Bn Perak 5 dari wakil rakyat Bn Perak tidak hadir. Demi menjaga air mukanya Tajul telah menghubungi Najib dan mengatakan tiada apa yang berlaku. Usaha memujuk telah bermula Tajul juga memalui beberapa 'agennya' cuba memujuk ADUN Bn untuk kekal dalam Bn dengan perbagai tawaran. Namun kelihatan hampir semuanya kelihatan gagal. Hilang punca dan merakan seolah Bn makin hilang cengkaman, maka hari ini dia sendiri telah meletak jawatan Pengerusi Bn Perak.

Di Negeri Sembilan pula hanya 3 kerusi memisahkan kuasa rakyat dari pemerintahan. Di akui selepas pilihanraya umum yang lalu sememangnya ada perbincangan mempelawa ADUN Bn N.Sembilan berhijrah. Ada 4 bersetuju namun 2 meletakkan syarat akan setuju masuk PAKATAN jika benar Anwar mengambil alih Kerajaan Pusat. Secara jujurnya perbincangan itu terhenti di situ dan mula sejuk selepas hujung September.

Namun beberapa hari lalu ada antara mereka mula menghantar 'signal' semula. Mungkin panik Menteri Besar Negeri Sembilan juga telah memanggil semua wakil rakyat Bn N.Sembilan dan memberi amaran supaya jangan ada sebarang hubungan dengan pimpinan PAKATAN sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Namun melihat perkembangan seorang ADUN Bn (Lenggeng) telah didakwa di mahkamah kerana rasuah. Beliau yang ditangkap bersama wang rasuah ketika menerimanya secara logik akal akan disabitkan kesalahan. Khabar kuat pula mengatakan kertas siasatan terhadap seorang ADUN dalam Jempol telah siap dan terbukti bersalah rasuah. Maka jika dua ADUN sudah sangkut maka dua ADUN yang setuju bersama ......... sesuatu akan berlaku dalam Negeri Sembilan dalam masa terdekat....InsyaAllah...... sabar dan doa'....

Dalam isu lompat ini Bn kata tak bertanggungjawab kerana pengundi pilih Bn masa pilihanraya dahulu. Tapi bila Adun DAP (Temiang) ataupun ADUN DAP (Bahau) satu ketika dahulu masuk Bn kerana 'tawaran baik' Bn kata masa tu syukur ADUN yang lompat masuk Bn telah sedar hanya Bn yang boleh...... haha.... ingat slogan Bn dalam PRK K.Trg 'Kluk Klek' sekarang sapa yang 'kluk klek'?.............

sila klik sini untuk baca kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan selepas ADUN DAP Bahau masuk MCA penggal lepas.

8 comments:

  1. Tahniah buat PKR.....kita sama2 gulingkan rejim UMNO.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:55 PM

    Salam,

    Chegubard teruskan usaha anda,kami mendoakan n9 akan beralih pemerintah kepada pakatan rakyat.

    sam mersing.

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:12 PM

    tolongggg la...jangan la singkir'an den <----- mat asan parang kontot...

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:13 PM

    saya dikhabarkan oleh seorang jabatan perdana menteri bahawa akan berlakunya pilihanraya kecil dun lenggeng di sebabkan ADUN lenggeng menerima rasuah dan ada beberapa ADUN dari UMNO akan melompat parti masuk PKR,tetapi ini dinafikan oleh mat asan yang bimbang akan kejatuhan bn di N9 beliau tahu akan situasi ini.

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:31 AM

    Abang Mat Hassan... tolong tengok2 kan abang Yusop misai tu...dengar2 dia ada jumpa orng PKR NS kat Tganu, Kedai Keropok Lekor 007 Batu Buruk jam 730 Malam (Time Maghrib). Pastu bila dia perasan ada orang lain kenal dia, terus alih kerusi..hehehe jgnla takut. kitorang datang nak makan kepok lekor aje sambil tengok awek cun tu...Hehehe

    ReplyDelete
  6. emm.. rebut jgn tak rebut..

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:00 PM

    untuk pengetahuan semua,
    beberapa hari yang lepas saya terserempak dengan ADUN Labu di sebuah hotel di port dickson,dikhabarkan bahawa beliau berjumpa dengan pemimpin PKR N9,atas urusan apa tak diketahui.adakah ini tanda-tanda awal kejatuhan Mohammad Bin Hassan atau lebih sinonim dengan panggilan TOK MAT Rantau,kalau benarlah N9 akan jatuk ke tanggan Pakatan Rakyat(PR) terpaksalah TOK MAT meRANTAUkan dirinya ke negeri kelahiran UMNO,Johor.

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:46 PM

    ADUN Labu...cikgu Hashim.....???

    camnieler aku doakan semua berjaya...letih dah dengan tok mat yg sombong dan bongkak nie....

    tapi cuma aku harap buat dlm senyap biar macam rumah kena makan anai2 tahu tahu ....dummmmm rebah...baru pucat toreh tak bedarah muka bebdak BN nie

    ReplyDelete