Jugra, Banting, Selangor
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, December 11, 2008
Wednesday, December 10, 2008
Sokong kenyataan Khairy : Baitulmal harus bantu tanpa kira latar politik
che'GuBard selaku Ketua Bahagian Rembau dengan ini menyokong sepenuhnya kenyataan Ahli Parlimen Rembau ini.
Namun untuk pengetahuan YB Khairy, pemimpin Umno lah yang sering mengganggu proses agihan bantuan tidak kira dari Baitulmal atau mana - mana agensi yang mengagihkan bantuan termasuklah TEKUN , Mara dan seumpamanya. Kami punya rekod aduan ketika pemohon membuat permohonan ada agensi yang bertanyakan keahlian parti politik pemohon. Malah berdasarkan agihan bantuan zakat ketika Perdana Menteri menyampaikan cek ketika melawat Negeri Sembilan pada Ramadhan lepas, agihan diberikan berdasarkan kepentingan politik juga.
Contohnya dua pertubuhan bukan kerajaan yang menfokuskan kegiatan mereka membantu anak yatim dan ibu tunggal di Rembau ini di sisihkan dan diberi amaran kerana terlibat dalam aktiviti membantu rakyat susah di Rembau bersama keADILan. Dua organisasi ini tidak terlibat dalam aktiviti / kegiatan politik bersama keADILan tetapi hanya bersama dalam program kemarasyakatan namun pihak Umno khususnya pihak ADUN Chembong memberikan amaran kepada mereka. Ini amat menyedihkan.
Jika benar YB Khairy jujur dalam mengeluarkan kenyataan tersebut, keADILan Bahagian Rembau sanggup bekerjasama dalam mengumpulkan data rakyat miskin dan agihan bantuan. Harapnya ia bukan hanya kenyataan retorik menjelang pemilihan Umno untuk meraih undi semata.
Tuesday, December 09, 2008
Kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat 8 Mac
Ramai yang beranggapan kebangkitan rakyat terhenti setakat 8 Mac yang lepas. Regim yang menyedari hakikat kebangkitan rakyat terus mencengkam media dan mengkhayalkan rakyat dengan perbagai isu 'hiliran' bukan isu penting yang melibatkan kehidupan rakyat. Malah anggapan ini menjalar sehingga ada yang beranggapan Umno atau Bn mula memulih selepas cedera parah dalam PRU ke 12.Jika ini anggapan regim penguasa maka mereka sebenarnya bermimpi. Jaringan rakyat tertindas (JERIT) dengan sokongan perbagai pertubuhan termasuk parti politik di bawah Pakatan Rakyat telah memulakan kempen berbasikal dari Kelantan, Johor dan Perlis menjelajah ke seluruh negara dan kemudian tamat dengan perhimpunan di depan Bangunan Parlimen.
Kempen ini untuk menyedarkan rakyat mengenai isu sebenar yang masih tidak diselesaikan oleh Bn malah dalam banyak hal ia bertembah buruk. Rakyat di ingatkan supaya tidak termakan dengan isu yang sengaja ditimbulkan Bn untuk mengumpul sokongan rakyat seperti isu perkauman.
Sepanjang perjalanan mereka akan berhenti mengedarkan risalah dan menyertai beberapa aktiviti ceramah dan kebudayaan yang telah dirancang bersama penganjur tempatan. Malangnya regim Bn telah menggunakan kesemua 'aparat' mereka untuk menggagalkan program ini. Ada pengayuh yang ditahan, basikal dibakar dan banyak lagi halangan yang mereka tempuhi. Setakat ini semua berjaya dihadapi dengan jayanya.
ikuti perjalanan mereka dengan klik http://www.jerit.org/
keADILan Rembau akan menyambut kumpulan pengayuh ini pada 11 Disember dan kami akan berkayuh bersama mereka bermula di Kota, Rembau.
Salam eidulAdha ; rayuan bantuan peralatan sekolah untuk anak miskin dan yatim

Sambutan kepulangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman
Tahniah Unit Ehsan ; anak muda terus berbakti !!!




Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.
Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.
Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.
Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.
Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.
Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.
Kesibukan, tragedi.....
YB. Azmin sedang memberikan penerangan dalam sesi AEM diperhatikan oleh Sdr. Razlan (Pengerusi sesi), YB Fuziah Saleh (Pengarah Kursus), YB Sivarasa dan YB Saifuddin.
Seramai 47 orang peserta dari perbagai latar belakang hadir. Malah kebanyakan peserta ialah mereka yang terlibat dalam dunia latihan secara profesional dan ada juga antaranya yang tidak punya latar belakang terlibat dengan parti PR dengan serius. Antara yang menarik ialah sesi pembentangan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM), sebenarnya diakui hakikat terlalu ramai tidak memahami atau termakan 'hasutan' regim BN bahawa AEM menindas Melayu. Perdebatan dalam sesi pembentangan AEM begitu disambut baik. Akhirnya setelah memahami apa sebenarnya AEM dan dasar 17 matlamat serta konsep urustadbir baik, maka di akhir kursus kesemua peserta telah bersedia untuk menjadi jurulatih bagi mengendalikan kursus kecemerlangan pentadbiran bagi pihak Pejabat Menteri Besar Selangor.
Di akhir sesi para peserta mengakui tugas yang digalas bukan mudah ingin membetulkan budaya kerja yang sudah terbiasa selama 50 tahun, namun mereka juga amat gembira pendekatan PR cukup berbeza bukan indoktrinisasi tetapi mencerna dan menanam pemikiran kendiri dan bebas berdasar prinsip urustadbir baik di kalangan pentadbir kerajaan negeri.

Minggu lepas juga hanya dua hari sebelum menjelang ulangtahun mengenang tragedi Highland Tower. Kawasan itu ditimpa malang sekali lagi 4 nyawa diragut runtuhan tanah. Malaysia seperti tersentak dengan apa yang berlaku. Malah tak sampai 24 jam selepas peristiwa itu Malaysia tersentak lagi dengan kemalangan bas awal pagi yang meragut 10 nyawa.
Ini semua berlaku kerana kita (dibawah Regim BN) tidak pernah serius. Selepas peristiwa Highland Tower sememangnya sudah di ikrarkan tidak akan bangunkan tebing tinggi dan cerun tetapi apa jadi dengan ikrar itu. Malah ingatkah kita apabila .berlaku kemalangan bas yang bertembung dengan bas yang turut melibatkan beberapa kenderaan di Pahang ketika awal pagi maka seiring dengan itu dengan nada sedih pemimpin Regim BN mengumumkan bas tidak boleh bergerak selepas tengah malam.
Namun apa jadi dengan ikrar dan kesediahn itu apabila regim ini dihimpit permintaan dan tawaran kapitalis. Semua tragedi dilupakan.... itulah kita gagal belajar dari sejarah....
Pada tahun awal 2004 saya, bersama Anuar Mohd Nor sudah menulis dalam Suara PRM mengenai betapa Bukit Antarabangsa tidak selamat. Kami sudah masukkan gambar mata air, retakan yang terdapat perbezaan hanya dalam masa dua minggu. Dalam laporan tersebut dimasukkan juga cadangan inventori cerun dan bukit yang amat diperlukan. Laporan tersebut juga dihantar kepada beberapa pihak berkuasa tetapi seperti biasa ...selagi belum ada yang mati selali itu kalam kapitalis bahawa tempat itu selamat akan diterima.
Setelah tragedi menimpa maka berbondonglah pemimpin regim akan hadir dengan muka tapai menunjukkkan simpati. Malah parti melayu paling prihatin di dunia juga tidak ketinggalan membuka gerai dengan bekerjasama dengan restoran mamak meriahnya khemah mereka ini sehingga TV3 lupa lapor ada juga khemah yang dikendalikan secera sukarela memberikan bantuan makanan oleh anak muda keADILan.
Tuesday, November 25, 2008
Kongres KeADILan kongres terbesar raikan kemenangan rakyat
Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Saudara Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam.
Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.
Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.
Gerai Rembau di Karnival Rakyat
Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.
Bahagian Rembau akan membuka sebuah gerai dalam karnival tersebut. Semua dijemput ke Gerai Bahagian Rembau. Pengunjung ke gerai akan disajikan Pameran bergambar yang mengenengahkan aktiviti keADILan di Rembau. Turut diadakan ialah jualan amal. Di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Rembau bagi menampung aktiviti bantuan dan kemasyarakatakan yang sememangnya menjadi teras utama aktiviti keADILan di Rembau.
Perbagai barangan boleh didapati dengan harga lebih murah dari pasaran seperti 'Butterfly Masagger', Jus Manggis, Tshirt Reformasi dan perbagai cenderahati. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan Pakaian Terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga boleh berbuat demikian di gerai tersebut. Barangan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan.
Politik perkauman sedang dibakar !!






satu peristiwa ketika kumpulan itu berarak berjalan keluar dewan menghalang lalulintas untuk berarak ke Balai Polis membuat laporan polis. baca gambar dari bawah- tiba - tiba muncul seorang wanita cina yang kelihatan berleter....maki - maki Melayu, wanita ini di iring oleh Polis untuk ke kenderaannya.
- dalam keadaan jalan elok - elok, bila dah ramai kamera termasuk kamera TV tiba - tiba dia lari, maka ia kelihatan satu 'provok' untuk peserta perhimpunan mengejarnya
- satu penampar hinggap ke mukanya oleh peserta perhimpunan
- terus dia tersungkur jatuh dan kemudian lari ke keretanya. Pelik bagaimana dia boleh letak kereta dalam keadaan jalan besar tersebut dan berada di jejantas tanpa keretanya disaman polis
- 1000 peserta perhimpunan (ikut kata utusan Malaysa la... tapi tengok sendiri ada 1000 ke?) terus berjalan semual ke Balai Polis.
Baru bertemu dengan beberapa teman dari dalam Umno mereka telah mendedahkan mengenai taktik Umno untuk mengembeling semula sokongan orang Melayu ke dalam Umno.
Umno dan Bn akan menggunakan stategi yang sama wujudkan keadaan tertekan (tension) dan rasa tidak selamat antara kaum dengan harapan semua kaum akan kembali semula ke kepompong politik perkauman. Melayu akan berpayung semula dengan Umno, Cina akan kembali semula kepada MCA dan India kepada MIC.
Telah dirancang proses 'drumming up' terlah bermula. Melayu akan diberikan presepsi bahawa hak semakin hilang kerana cina dan India yang dikatakan kaum pendatang sedang merampas hak Melayu. Himpunan - himpunan provokasi telah bermula dan sedang rancak dirancang untuk ke seluruh negara. Tekanan yang dirancang ini akan dirancakkan apabila selesai pemilihan agong Umno. Ini juga berkait rapat untuk memberikan tekanan kepada Abdullah Badawi untuk menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Setakat ini Abdullah cuma umum tidak bertanding Presiden Umno tetapi tidak mengatakan akan mengosongkan jawatan PM.
Rakyat Malaysia diminta bertenang dan berfikir dengan waras. Kepada orang Melayu fikirlah dengan matang jangan terbakar tak tentu hala dengan sentimen yang dibakar. Memang diakui melalui banyak kajian ilmiah bahawa kaum Melayu tertinggal di banyak segi dan banyak hak Melayu telah terhakis.
Hak Melayu bukan dijamin DEB atau apa parti tetapi hak Melayu dari segi Agama Islam, Bahasa dan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Memang telah terhakis kerana perlembagaan yang menjamin hak Melayu ini telah beberapa kali dipinda.....yang meminda bukan keADILan atau DAP....kerana parti ini tidak pernah menikmati 2/3 kuasa dalam parlimen Malaysia. Tetapi Umno / Bn lah yang sering mendapat 2/3 kuasa dalam parlimen dan merekalah yang meminda perlembagaan yang menghakis hak bangsa..... Pemimpin Umnolah pengkhianat sebenar bangsa.
Kita bising kerana 3-4 keping papan tanda yang nak dimasukkan perbagai bahasa (termasuk bahasa jawi) tetapi bagaimana dengan perlaksanaan pengajaran sains dan matematik yang mengenepikan peranan bahasa Melayu di sekolah yang jelas melanggar akta pendidikan yang menyatakan semua sekolah dan institut pengajian tinggi seharusnya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar (akta Pendidikan seksyen 17)
Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu sedang hilang nilai intelektualnya. Ia sudah mula dipinggir sebagai bahasa ilmu, dalam ekonomi sudah kurang sangat ia dipertuturkan. Ia hanya menjadi bahasa pasar. Ini cukup menghina tetapi dimana pendirian PEWARIS atau pertubuhan 'pelambau perkauman' ini.
Korea Selatan mampu maju dengan bahasa sendiri, malah pelajar asing yang belajar di negara mereka dipaksa mempelajari bahasa Korea. Sebaliknya di negara kita pensyarah dipaksa bertutur dalam bahasa pelajar asing yang datang. Nilai bahasa dilihat dari jumlah pertuturnya dalam dunia. Mana kedudukan bahasa Melayu....?
Melayu ketinggalan dalam banyak segi ...? Salah siapa bukankah selama ini Umno yang berkuasa dalam negara ..... ?
Monday, November 24, 2008
Anti ISA di belasah, pro ISA di benar

Ketika ditengah jalan dua kali kejadian anak - anak muda (ada yang diupah) dalam keadaan emosi melemparkan kata kata kesat dan mengancam beberapa orang bukan melayu yang ditemui. Namun polis bersikap begitu profesional dengan mengawal keadaan, lalulintas dan menasihat sahaja.
Paling menarik ialah kumpulan ini menjerit dan memakai baju kekalkan ISA kerana ISA menjaga hak Melayu ... Kumpulan ini hanya kononya terdiri dari NGO tanpa berani mengatakatan melibatkan mana - mana parti politik. Mungkin parti politik perkauman tak berani mengaku bersama kerana takut hilang undi.
Malamnya sekumpulan yang lebih besar lagi dari kumpulan siang tadi dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang bergabung di bawah Gerakan Mansuhkan ISA mengadakan perhimpunan di Padang MPAJ, Pandan. Malangnya ratusan polis dikerahkan ke lokasi untuk menggagalkan program yang diadakan. Malah 9 orang telah ditangkap dan puluhan lagi peserta dikasari oleh Polis.
Tindakan Polis ini amat dikecam.
Kepada kumpulan yang kononya memperjuangkan Melayu dibenar walaupun penuh emosi tetapi Majlis yang lebih terancang bersama semua rakyat Malaysia tanpa kira latar belakang dihalang.
Kongres Nasional 2008
.jpg)
Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat
29 November 2008 (Sabtu)
| Dewan Persidangan | 9:05 pagi | Bacaan Doa | |
| 9:15 pagi | Ucapan Setiausaha Agung | ||
| 9:22 pagi | Persidangan dimulakan | ||
| 9:23 pagi | Pembentangan minit mesyuarat Kongres Nasional Tahunan 2007, Laporan Tahunan bagi tahun 2007, Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 | ||
| Lobi VIP | 9:45 pagi | Ketibaan Para Jemputan Khas dan Ketua Umum | |
| Dewan Persidangan | 10:15 pagi | Ketua Umum dan para Jemputan Khas masuk ke Dewan Persidangan | |
| Persembahan Multietnik | |||
| 10:35 pagi | Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis | ||
| 10:38 pagi | Ucapan Alu-aluan Menteri Besar Selangor | ||
| 10:50 pagi | Ucapan Dasar Presiden DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL | ||
| 11:47 pagi | Persembahan Video Dokumentari Khas Permatang Pauh | ||
| 11:51 pagi | Ucapan Pimpinan | ||
| 12:31 pagi | Ucapan Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM | ||
| Ruang Jamuan | 1:15 petang | Makan Tengahari/Solat Zohor | |
| Dewan Persidangan | 2:15 petang | Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden | |
| Ruang Jamuan | 4:15 petang | Jamuan Teh/Solat Asar | |
| Dewan Persidangan | 4:45 petang | Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden disambung | |
| 6:45 petang | Persidangan ditangguh | ||
| Dewan Persidangan | 9:00 malam | Ceramah Pimpinan Parti & Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM |
30 November 2008 (Ahad)
| Dewan Persidangan | 9:00pagi | Perbahasan Usul-usul |
| Ruang Jamuan | 12:30 petang | Makan Tengahari/ Solat Zohor |
| Dewan Persidangan | 2:00 petang | Penggulungan dan Ucapan Penangguhan |
| 4:00 petang | Persidangan Ditangguh |
Sesi orang awam
| 29 Nov | 10 pagi - 1 petang | Perasmian Kongres | Dewan Persidangan |
| 9 malam - 11 malam | Ceramah Ketua Umum | ||
| 28-30 Nov | 10 pagi - 10 malam | Karnival Rakyat | Perkarangan Stadium Malawati |
Sila rujuk suarakeadilan.com dan keadilanrakyat.org untuk maklumat selanjutnya.
Saturday, November 22, 2008
Rakyat mengayuh perubahan
sila klik untuk baca lanjut
Thursday, November 20, 2008
Mereka mangsa dunia kapitalis yang kejam
Alfatihah buat mereka....
Berikut ialah surat / nota terakhir sebelum mereka menjalani hukuman mati....baca dan hayatilah...



Wednesday, November 19, 2008
Diskaun tol 10%
Komen che'GuBard
- segala penurunan harga bagus untuk rakyat dan disambut baik
- cuma diakaun macam lawak kerana tempoh masa yang diberikan
- kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
- diskaun harus diberikan pada masa puncak khususnya perayaan kerana PLUS gagal menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna pada waktu itu.
- diskaun cuma 10% pada ketika rakyat sepatutnya tidur lena tetapi PLUS terus membuat keuntungan dengan kadar kenaikan 10% saban tahun dan jika tidak naik kepada rakyat kerajaan harus bayar juga dengan wang rakyat....??
Majlis fatwa dicabar keluar fatwa mengenai ISA, rasuah dan isu - isu besar negara
kita harus fahami AEM ...perkasa rakyat !!
Isu ini pula mendapat lebih perhatian apabila wakil DAP di DUN Kedah menyatakan kesediaan untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah jika dasar ini diteruskan. Makin panas apabila MCA juga turut menyatakan bantahan. REHDA (persatuan tauke binaan) juga turut membantah. Sebuah NGO Melayu tempatan menyokong. Seperti biasa Umno selaku parti alat kepada tauke pasti sanggup meninggalkan sikap ekstrim Melayu mereka dalam isu ini Umno melalui Najib Tun Razak turut tak sokong kuota lebih kepada Melayu.
Kerajaan Kedah bangun semula menerangkan bahawa kuota 50% bumiputra hanya wajib ke atas projek yang dibangunkan atas tanah bekas rizab Melayu yang di 'swap'.
Apapun isunya bagi che'GuBard kita masih gagal memahami aspirasi Reformasi Pakatan Rakyat. Kita menang kerana janji keadilan untuk semua dan membantu rakyat susah. Sebarang bantuan atau subsidi seharusnya tidak berdasarkan ras ia harus berdasarkan kelas dan kedudukan massa tersebut.
Memang diakui majoriti rakyat yang susah kini ialah Melayu dan Bumiputera. Maka apasalahnya jika bantuan diberikan kepada rakyat susah maka sudah tentu automatik Melayu akan terbantu. tetapi sebaliknya jika bantuan diberikan kepada Melayu apa jaminan ia tidak terus disedut oleh segelintir Melayu yang sememangnya kaya dan mewah dan terus meninggalkan majoriti melayu susah untuk terus susah tetapi senyum kerana mimpi indah janji kerajaan menjaga Melayu.
Fikirkanlah.............


