Tuesday, December 09, 2008

Salam eidulAdha ; rayuan bantuan peralatan sekolah untuk anak miskin dan yatim

antara ahli IBUNITA yang hadir
antara anak Yatim dan Miskin yang hadir
Antara tetamu yang hadir
Di kesempatan ini che'GuBard dan seluruh keluarga juga mewakili keluarga besar keADILan Rembau mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladha kepada semua yang membaca posting ini. Maaf zahir dan bathin ; Moga Eiduladha ini memperkukuhkan semangat juang dan berkorban dalam diri kita semua.
Meraikan pagi Eiduladha di Bangi bersama keluarga mertua sebelum malam raya bersama keluarga di Seremban. Pagi raya selepas solat Angkatan Muda Rembau telah bersama mengerjakan ibadah korban bersama Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal dan wanita (IBUNITA), Rembau dan Persatuan Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin).
che'GuBard sempat untuk solat zuhor berjemaah sebelum bertahlil sama di Masjid Jamek Pekan Rembau tempat majlis diadakan. Seekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya dimask secara gotong royong dan bakinya diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Selain che'GuBard turut hadir memenuhi undangan meraikan anak yatim ialah Dato Rais Dzainuddin (bekas ADUN Chembong).
Sdr. Umar, Pengerusi PEYAKIN telah menyuarakan permintaan untuk mencari sama sumbangan bagi anak - anak yatim dan miskin ini untuk memasuki semula sekolah awal Januari depan. che'GuBard telah berjanji ingin menyumbang sebanyak 20 beg sekolah. Kepada dermawan lain yang ingin menyumbang apa jua peralatan sekolah bagi membantu anak ini kembali ke sekolah dengan senyuman boleh berhubung terus dengan Azizi, 0123696474 atau email chegubard@gmail.com.

4 comments:

  1. Anonymous5:18 PM

    Ya Allah...Ya Tuhanku....

    Kau rahmatilah Badrul dan keluarganya serta teman - teman pejuang keADILan khususnya di Rembau yang tidak pernah kenal penat dalam membela nasib rakyat....

    Walaupun mereka semua tidak 'berada' tetapi terus berusaha membela dan mengenengahkan nasib rakyat....

    Hari ini kelihatan Azizi ke JPJ membawa sekumpulan masyarakat India..tak pasti apa yang berlaku tapi yang sahnya adalah masalah rakyat yang diketengahkan mereka...

    Amin...amin...

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:17 PM

    badrul yang dikenali tidak pernah berubah.... tidak letih walaupun dalam keadaan paling payah...

    sentiasa dikelilingi anak muda yang di inspirasikanya sendiri

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:18 PM

    Bard..ekau ni tak lotih ko???
    Kok Kau tak lotih, den tengok kau ni dah lotih dah...hahahaha
    Den donga ramai yang tak dapek ikut rontak kau..terus kondemkan kau...Den pun tak paham..Harap kau ngan kengkawan dapek banyak bersabar...Wasallam

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:06 AM

    aik Bard duk ngan org kuat Umno Rembau....nie sapa nak ikut sapa nie...hahaha

    ReplyDelete