Tuesday, December 09, 2008

Kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat 8 Mac

Ramai yang beranggapan kebangkitan rakyat terhenti setakat 8 Mac yang lepas. Regim yang menyedari hakikat kebangkitan rakyat terus mencengkam media dan mengkhayalkan rakyat dengan perbagai isu 'hiliran' bukan isu penting yang melibatkan kehidupan rakyat. Malah anggapan ini menjalar sehingga ada yang beranggapan Umno atau Bn mula memulih selepas cedera parah dalam PRU ke 12.

Jika ini anggapan regim penguasa maka mereka sebenarnya bermimpi. Jaringan rakyat tertindas (JERIT) dengan sokongan perbagai pertubuhan termasuk parti politik di bawah Pakatan Rakyat telah memulakan kempen berbasikal dari Kelantan, Johor dan Perlis menjelajah ke seluruh negara dan kemudian tamat dengan perhimpunan di depan Bangunan Parlimen.

Kempen ini untuk menyedarkan rakyat mengenai isu sebenar yang masih tidak diselesaikan oleh Bn malah dalam banyak hal ia bertembah buruk. Rakyat di ingatkan supaya tidak termakan dengan isu yang sengaja ditimbulkan Bn untuk mengumpul sokongan rakyat seperti isu perkauman.

Sepanjang perjalanan mereka akan berhenti mengedarkan risalah dan menyertai beberapa aktiviti ceramah dan kebudayaan yang telah dirancang bersama penganjur tempatan. Malangnya regim Bn telah menggunakan kesemua 'aparat' mereka untuk menggagalkan program ini. Ada pengayuh yang ditahan, basikal dibakar dan banyak lagi halangan yang mereka tempuhi. Setakat ini semua berjaya dihadapi dengan jayanya.

ikuti perjalanan mereka dengan klik http://www.jerit.org/

keADILan Rembau akan menyambut kumpulan pengayuh ini pada 11 Disember dan kami akan berkayuh bersama mereka bermula di Kota, Rembau.

3 comments:

  1. Anonymous5:01 PM

    Macam-macam cara dah dibuat tapi rasanya satu pun tak memberikan hasil. Hanya perbutan yang sia-sia dan membuang masa. Bila pihak polis tahan, mulalah nak salahkan kerajaan. Kata itu dan ini untuk menjatuhkan kerajaan dan polis. Padahal sendiri cari pasal...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:16 PM

    hahaha tak soba ghaso eh nak tengok cikgu ngayuh biska dr ghombau ko somban ....

    kito tengok yo lah nanti

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:16 PM

    pocah lomak !!!

    ReplyDelete