YB. Azmin sedang memberikan penerangan dalam sesi AEM diperhatikan oleh Sdr. Razlan (Pengerusi sesi), YB Fuziah Saleh (Pengarah Kursus), YB Sivarasa dan YB Saifuddin.
Seramai 47 orang peserta dari perbagai latar belakang hadir. Malah kebanyakan peserta ialah mereka yang terlibat dalam dunia latihan secara profesional dan ada juga antaranya yang tidak punya latar belakang terlibat dengan parti PR dengan serius. Antara yang menarik ialah sesi pembentangan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM), sebenarnya diakui hakikat terlalu ramai tidak memahami atau termakan 'hasutan' regim BN bahawa AEM menindas Melayu. Perdebatan dalam sesi pembentangan AEM begitu disambut baik. Akhirnya setelah memahami apa sebenarnya AEM dan dasar 17 matlamat serta konsep urustadbir baik, maka di akhir kursus kesemua peserta telah bersedia untuk menjadi jurulatih bagi mengendalikan kursus kecemerlangan pentadbiran bagi pihak Pejabat Menteri Besar Selangor.
Di akhir sesi para peserta mengakui tugas yang digalas bukan mudah ingin membetulkan budaya kerja yang sudah terbiasa selama 50 tahun, namun mereka juga amat gembira pendekatan PR cukup berbeza bukan indoktrinisasi tetapi mencerna dan menanam pemikiran kendiri dan bebas berdasar prinsip urustadbir baik di kalangan pentadbir kerajaan negeri.
Minggu lepas juga hanya dua hari sebelum menjelang ulangtahun mengenang tragedi Highland Tower. Kawasan itu ditimpa malang sekali lagi 4 nyawa diragut runtuhan tanah. Malaysia seperti tersentak dengan apa yang berlaku. Malah tak sampai 24 jam selepas peristiwa itu Malaysia tersentak lagi dengan kemalangan bas awal pagi yang meragut 10 nyawa.
Ini semua berlaku kerana kita (dibawah Regim BN) tidak pernah serius. Selepas peristiwa Highland Tower sememangnya sudah di ikrarkan tidak akan bangunkan tebing tinggi dan cerun tetapi apa jadi dengan ikrar itu. Malah ingatkah kita apabila .berlaku kemalangan bas yang bertembung dengan bas yang turut melibatkan beberapa kenderaan di Pahang ketika awal pagi maka seiring dengan itu dengan nada sedih pemimpin Regim BN mengumumkan bas tidak boleh bergerak selepas tengah malam.
Namun apa jadi dengan ikrar dan kesediahn itu apabila regim ini dihimpit permintaan dan tawaran kapitalis. Semua tragedi dilupakan.... itulah kita gagal belajar dari sejarah....
Pada tahun awal 2004 saya, bersama Anuar Mohd Nor sudah menulis dalam Suara PRM mengenai betapa Bukit Antarabangsa tidak selamat. Kami sudah masukkan gambar mata air, retakan yang terdapat perbezaan hanya dalam masa dua minggu. Dalam laporan tersebut dimasukkan juga cadangan inventori cerun dan bukit yang amat diperlukan. Laporan tersebut juga dihantar kepada beberapa pihak berkuasa tetapi seperti biasa ...selagi belum ada yang mati selali itu kalam kapitalis bahawa tempat itu selamat akan diterima.
Setelah tragedi menimpa maka berbondonglah pemimpin regim akan hadir dengan muka tapai menunjukkkan simpati. Malah parti melayu paling prihatin di dunia juga tidak ketinggalan membuka gerai dengan bekerjasama dengan restoran mamak meriahnya khemah mereka ini sehingga TV3 lupa lapor ada juga khemah yang dikendalikan secera sukarela memberikan bantuan makanan oleh anak muda keADILan.
macam 24 jam sibuk kat nogori sembilan...bilo lak maso eh chegu kito nie buek kursus kek selangor lak... ??
ReplyDeletechegu kono tumpu nogori nie ...selangor biar lah orang mudo kek selangor handle...ko takdo orang mudo dlm keadilan yang leh buek sampai chegu kono poi sanun....?
ingat chegu... ekau tu antaro calom MB NS...tumpu nogori yo dah lah
macam 24 jam sibuk kat nogori sembilan...bilo lak maso eh chegu kito nie buek kursus kek selangor lak... ??
ReplyDeletechegu kono tumpu nogori nie ...selangor biar lah orang mudo kek selangor handle...ko takdo orang mudo dlm keadilan yang leh buek sampai chegu kono poi sanun....?
ingat chegu... ekau tu antaro calom MB NS...tumpu nogori yo dah lah
ANTARA JANJI DAN TRAGEDI
ReplyDeleteMemang dah sah tempat tu tak boleh buat apa2 pembangunan masih juga UMNO/BN luluskan projek tu, yalah demi keuntungan para menteri2 untuk mengisi perut mereka sampai terburai, lagipun kita sedia maklum kawasan tu bukan calang2 org dpt buat banglo kat sana, kerana mereka fikir tmpt rendah kena banjir, tmpt tinggi selamat dari diziarahi org miskin dan dr banjir, tu lah malapetaka allah taala yang tentukan tiada siapa boleh menghalang, kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai, kalau takut ditimbus tanah jgn berumah dilereng bukit, kalau takut kena banjir jangan berumah single storey
Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com
ReplyDeletePerkhidmatan Disediakan termasuk
* Penyatuan Hutang
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi.
* Pinjaman Kereta
* Sewa dan House Pinjaman
Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com
Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.
Selamat sejahtera.