Thursday, August 11, 2011

Kes Norza bukti SPRM diperkuda


Semalam dilaporkan 9 saksi kes Norza bebas tuduhan keterangan palsu. klik sini untuk baca lanjut mengenai saksi kes Norza bebas tuduhan.

Datuk Mohamad Norza Zakaria merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan bekas ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada pemilihan Umno 2009, dia telah terpalit dengan tuduhan rasuah 'politik wang'. Kes beliau menjadi menarik apabila dikatakan saksi yang terlibat dengan kesnya didera oleh SPRM untuk mendapatkan pengakuan 'rekaan' kerana ingin mensabitkan Norza dengan tuduhan rasuah. klik ini untuk membaca lanjut mengenai kes SPRM pukul saksi politik wang Umno untuk dapat kenyataan.

Namun akhirnya Norza dibebaskan dimahkamah kononya kerana saksi - saksi yang dibawa oleh SPRM telah 'belot'. Kemudian saksi - saksi tersebut juga telah didakwa kerana memberikan kenyataan palsu. Namun semalam kesemua saksi tersebut telah dibebaskan di mahkamah dari tuduhan memberikan kenyataan palsu.

Dengan ini ternyata Norza tidak bersalah dan lebih penting lagi membuktikan 'tuduhan' che'GuBard sebelum ini bahawa SPRM boleh sahaja diperkudakan untuk tujuan tertentu. SPRM nampaknya bukan sahaja untuk menyerang musuh politik Bn iaitu individu dalam PR tetapi ia juga kini terbukti dipergunakan oleh kelompok tertentu dalam regim untuk membunuh teman mereka dalam regim.

Kini seharusnya SPRM dimasukkan ke kandang tertuduh. Bagaimana dengan tuduhan saksi dipukul. Ini mengingatkan kita dengan arwar Saibani dan mendiang Teo Beng Hock, menguatkan tuduhan bahawa mereka ini dibunuh dalam siasatan.

Rujuk kenyataan media che'GuBard pada 30 Januari 2009 yang mempertegaskan mengenai bagaimana SPRM diperkudakan untuk membunuh musuh politik, klik sini.

dan sekali lagi dalam posting di blog che'GuBard tarikh Mac 13, 2009 mula ditulis mengenai betapa kes Norza ini merupakan agenda menggunakan SPRM sebagai alat membunuh karier politik, klik sini untuk membaca.

Baca juga posting bertarikh Mac 17, 2009 bertajuk Pembersihan kem Abdullah 1 (klik) dan Pembersihan kem Abdullah 2 (klik) yang menjelaskan bagaimana sebenarnya siasatan SPRM diperguna untuk melakukan pembersihan Kem Abdullah.

Cuma persoalanya kenapa Norza kena sehingga tahap itu ? Jawapanya harus difikirkan oleh ramai orang Umno. Adakah yang lain bebas guna wang ? Dalam kempen Umno wang menjadi wajib namun yang membezakan kena atau tidak ialah siapa diri itu. Norza bukan menantu keluarga elit atau sepupu atau kelompok rapat sesiapa, Norza cuma seorang anak Cikgu pencen yang terlalu cepat membina nama. Dia tidak ada saudara mara atau kenalan keluarga yang punya legasi politik. Mungkin satu peringkat dia percaya dia sudah memasuki kelompok elit politik tetapi baru dia tahu langit tinggi rendah bila dia jadi kambing hitam untuk bunuh kem Abdullah. Politik Umno sudah dikuasai elit kelompok politik atau keluarga tertentu maka ingat - ingatlah kepada mereka orang - orang biasa seperti Norza anda pun mungkin berpotensi jadi sepertinya.

No comments:

Post a Comment