Tuesday, August 16, 2011

Sah undi pos , undi tipu

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. - malaysiakini

1 comment:

  1. Anonymous3:48 PM

    Menipu orang aje keje ko nie ... tolong bentangkan fakta skit ... jangan macam tikus kencing merata ...


    Benci Penipu

    ReplyDelete