Monday, August 29, 2011

Dari lensa : Konvoi Kembara Ambang Syawal SAMM NS - AMK Rembau

Pada 28 Ogos lepas menjelang akhir Ramadhan, SAMM Negeri Sembilan bersama United Shark (motor) dan AMK Rembau telah mengadakan Konvoi Kembara Ambang Syawal menjelajah kawasan Parlimen Rembau untuk mendekati golongan asnaf. Sebanyak 15 motorsikal, 4 kereta terlibat dalam konvoi ini. Selain dari pasukan yang memang menunggu di lokasi-lokasi kampung mereka.

Program ini mengumpulkan anak muda dari perbagai latar belakang, sebelum mereka balik kampung mereka dibawa untuk berbakti dan melihat sendiri keadaan sebenar rakyat 'dibawah' ini khususnya orang Melayu dalam keadaan regim yang terus membazir, bermewah dan kononya memperjuangkan Melayu.

Konvoi ini bertujuan mengedarkan bahan bantuan makanan asas, daging segar, sumbangan kewangan dan gotong royong membersih kawasan bagi cuba membawa sedikit kegembiraan kepada golongan asnaf ini.

Rata - rata peserta Konvoi sedih dan insaf melihat kedaifan sebenar rakyat yang ditemui. Ramai juga asnaf terdiri dari mereka yang dilupakan anak-anak sendiri, ini membawa masej penting mengenai hubungan ibu bapa dan anak - anak kepada kita semua.

Konvoi seharian ini bermula dari dataran Senawang mendekati 50 keluarga asnaf dan berakhir di Restoran Ulam Raja, Dataran Senawang dengan program berbuka puasa.

Terima kasih kepada semua terlibat dari peserta konvoi hinggalah kepada dermawan yang sudi terus membantu.


walaupun berpuasa semua anak muda ini tetap bersemangat
sahabat-sahabat muda menyampaikan sumbangan, penerima dari Kg. Astara Raja sudah berkeluarga tetapi mengidap 'sawan' teruk.
Di perkampungan orang asal di Bukit Miku
Disiplin beratur memasuki jalan kampung yang kecil
di Kg. Ulu Sawah, penerima ialah pasangan suami isteri tanpa anak yang mengalami sakit jantung, kencing manis, darah tinggi teruk sehingga tidak boleh bekerja
Warga emas hampir 80 tahun turut diziarahi
Bergambar di perkampungan orang asal
Sumbangan buat warga emas yang tinggal sendirian di Kg. Batu hampar disampaikan oleh Azif

Penerima dari Kg. Sega Tengah
warga emas ini tidak dapat menahan kesedihan menerima lawatan kami
di Kampung Sega ulu kami menziarahi seorang warga emas yang cacat kerana kemalangan
6 tahun lalu.
Berbaju coklat ialah warga emas berumur hampir 70 tahun, mengalami kecacatan 'akal' kerana kecederaan di kepalanya ketika bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya 28 tahun lalu.
Adi dan Acha menyampaikan antara bantuannya ialah makanan asas dan
daging untuk berhari raya.
tidak kira ceruk mana kami sampai jua
bergambar di depan antara rumah penerima, bersama dengan kami ialah bekas ketua kampung di rantau yang banyak membantu kami mengesan rumah asnaf.
teman-teman united shark bukan sahaja cekap mengendalikan panther jerung tetapi begitu juga dengan mesin rumput. Adi sedang bersungguh-sungguh membantu mesin rumput di halaman rumah seorang warga emas di Rantau
mendengar rintihan

membuat keputusan ke mana selepas ini, di persimpangan Kampung Batu
selain dari menziarahi asnaf kami juga singgah di beberapa agensi kerajaan menyampaikan sumbangan raya kepada mereka yang masih bertugas ketika kita cuti berhari raya. Ketibaan kami di Balai Bomba Rembau disambut pegawai bertugas.

No comments:

Post a Comment