oleh : edyessdotcom
Saya adalah antara blogger prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.
Saya adalah antara blogger prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.
Sila rujuk entry saya di sini - http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/08/menjawab-isu-larangan-bacaan-al-quran.html
Seperti yang kita jangkakan, UMNO melalui media putar belitnya pasti akan spin isu ini seolah-olah merekalah yang lebih mengetahui tentang hukum syarak sedangkan apa yang sebenarnya cuba mereka perjuangkan ialah melayu, bukannya Islam. Jadi mereka akan berbuat apa sahaja demi melayu hingga sanggup menjual agama.
Jangan kita lupa bagaimana mereka melebung umat islam 1Malaysia dalam isu judi kuda di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menyembunyikan hukum sebenar mengenai hukum mengurus kewangan negera dalam mengagih bantuan kepada fakir miskin.
Kali ini mereka sekali lagi menyerang kerajaan negeri P.Pinang dengan mengakatan kononnya arahan pengeluaran pekeliling larangan guna pembesar suara itu adalah dari DAP. Sesungguhnya negeri Pulau Pinang cukup sinonim sebagai medan UMNO mendagang agama demi kepentingan survivalnya.
Atas faktor menyampaikan kebenaran, saya tampil bersama minit mesyuarat jawatankuasa fatwa yang membawa kepada keputusan larangan tersebut. Mesyuarat tersebut juga telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Mufti Hj Hassan Hj Ahmad, seorang ulama yang disegani.
Bersama ini dikepilkan sekali senarai kehadiran, dalil dan dokumen berkaitan minit mesyuarat tersebut. (semuanya di awal entry kerana method update dari BB yg serba terhad)
Pujian harus diberikan kepada YB Malik selaku exco agama P.Pinang, termasuklah pegawai kerajaan negeri Chegu Zulkifli Mohamed dan Mohd Fitri Ibrahim dan Zulkifli Hj Ibrahim SAMM yang memainkan peranan besar dalam menangani isu yang cuba di'spin' oleh puak regim yang tidak bertanggungjawab. Tindakkan pantas memberi kefahaman berkaitan larangan tersebut menyelamatkan bukan sahaja JHAIPP dan pejabat mufti, malah martabat Islam juga tidak sempat dicemari dengan cubaan mengelirukan umat Islam.
Diharap dengan pendedahan dokumen penting ini, tidak akan ada masyarakat yang memandang serong terhadap keputusan yang dilakukan oleh JHAIPP, terutamanya apabila membabitkan tuduhan keterlibatan kerajaan negeri dalam melontarkan arahan. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan negeri yang diketuai DAP sangat peka dan prihatin dalam menjaga martabat Islam di P.Pinang dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang melebihi kebanyakkan negeri lain.
Dalam entri ini juga, saya mengambil kesempatan memetik sepenuhnya kenyataan Dr Asri Di Bawah;
Oleh: Dr Asri
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.
----------------------------
Semoga artikel maklumat ini dapat disebarkan ke seluruh pelusuk negara agar mereka faham, mengapa Pulau Pinang acapkali dijadikan medan mengelirukan fahaman umat Islam oleh pihak terdesak.
Inilah yang dinamakan politik. Kenapa tidak dari awal bacaan al-quran sebelum solat subuh dimansuhkan di Kelantan yang telah lama diperintah oleh PAS? Kenapa isu ini baru disedari di Pulau Pinang?Kenapa tidak diseragamkan di Kedah dan Selangor? Sekiranya dalam ertikata setiap orang Islam kena taat kepada pemerintah yang tidak menzalimi rakyatnya, seperti orang Pas dan PKR yang taat kepada DAP sebagai pemerintah utama di Pulau Pinang, kenapa pulak kerajaan Pulau Pinang tidak mentaati Yang DiPertuan Agong? Sepatutnya soal agama ini biarlah Yang DiPertuan Agong yang memberi kata putus samada boleh atau tidak boleh dilaksanakan Bacaan Al_Quran sebelum solat Subuh.
ReplyDeletesetuju...
ReplyDeleteinilah masalahnya bila membaca hadis secara literal (baca teliti, dalam solat mmg bacaan Quran tidak perlu kuat), dan ini yang dilepaskan luas oleh pihak PAS dan PKR? Hanya P. Pinang (majoriti ahl sunnah tapi penguasa wahabi) dan Perlis sahaja yang tampaknya sebegini, alhamdulillah, tempat lainnya, mana2, khusus mana2 negara ahl sunnah tidak melatah mengikut.. semua ini khilaf, tetapi bila sesuatu yg minoriti ingin mengacau yg baik yg sudah dibuat majoriti (yang didabik sebagai bidaah, tipikal pengikut al-Baz), beginilah..
ReplyDeletesaya sebagai pemerhati terpaksa mengaku, tuan agak kalah dalam hal ini dan parti yang disokong tuan dalam hal ini.
wallahu alam.
Azali MS, biasalah, ada segolongan org (baca: wahabi) sedang cuba menguji kuasa YDPA.. masalah murtad belum selesai, masalah kecil sebegini pula diangkat2.. patutnya golongan yg gelar mereka salafi itu bersatulah dgn ahl sunnah dulu, dan berdebat di bawah majlis fatwa kebangsaan, sepertimana yg berlaku di Indonesia antara Nahdatul Ulamak (yg kebanyakannya ahl sunnah) dan Muhammadiyah (yg kebanyakannya wahabi), lantas dipengerusi YDPA, barulah jelas dan adil..
ReplyDelete