Tuesday, August 16, 2011

NS maju di bawah Bn ? Masalah air di Bandar di Raja pun tak selesai-selesai...


Bukan sedikit wang belanjawan (wang rakyat) telah digunakan di Negeri Sembilan kononya untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan air. Namun nampak seperti tidak berubah. Hampir 70% pengguna domestik hampir pasti menggunakan alat penapisan dan dari alat penapisan ini ketika diselenggara pasti akan menampakkan tapisan kotoran yang menjijikkan. Bukan sahaja dari nilai kualiti air yang dibekalkan rendah malah dari segi penghantaran bekalan juga tidak berubah. Tidak mampu menangani masalah tersebut Kerajaan Negeri telah menswastakan perkhidmatan air di negeri ini. Tindakan ini bukan sahaja meletakkan rakyat berdepan dengan kemungkinan peningkatan tarif air tetapi masalah lama tidak selesai juga.

Email yang diperolehi oleh che"GuBard mungkin dapat menjelaskan keadaan yang sebenar.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html

No comments:

Post a Comment