


Shamkamikaze tetap stylo dengan gaya tersendiri.


ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa








Bermula dengan Solat Zuhor berjemaah dan tazkirah khas bersama Sham Kamikaze. Surau di Tongkang Pecah yang selama ini lengang ketika solat Zuhor dipenuhi anak muda dari perbagai latar. masyarakat setempat dilihat menerima baik anak muda termasuk yang jeans dan baju ketat. Selepas itu kami sama ke tempat penyediaan bubur lambuk bersama menyediakan bubur dan setelah di masukkan ke dalam bekas hampir 1000 bekas dapat disediakan.
Sebelum bergerak mengedarkan bubur dan menyampaikan bantuan kami ke Surau berdekatan untuk sama solat jemaah Asar. Selepas itu sekumpulan terus bergerak ke Pasar ramadhan berdekatan BP Mall untuk memulakan pengagihan bubur lambuk serta risalah Buliten SAMM Johor.
Manakala sekumpulan lagi bersama che'Gubard dan Sham Kamikaze bergerak ke Asrama Putera Rumah Anak Yatim Islam B.Pahat kemudian ke Asrama Puteri Rumah Anak Yatim Islam B.Pahat kemudian ke Maahad Tahfiz Batu Pahat sebelum bergabung dengan kumpulan yang ke pasar Ramadhan tadi.
Di sekolah Anak Yatim dan sekolah tahfiz SAMM menyampaikan sumbangan bubur lambuk dan sedikit bantuan kewangan dan diterima oleh pihak pengurusan tempat tersebut.
Di Pasar Ramadhan, imej bendera SAMM telah menarik perhatian ramai orang yang mula datang dan berkenalan dengan SAMM. Buliten dan bubur lambuk percuma habis di sini.
Bergerak untuk program seterusnya Iftar di Bukit Besar, Muar. Sham Kamikaze yang bertolak dulu tiba awal dan sempat menyampaikan bantuan kepada beberapa wakil keluarga yang memerlukan. Sham turut disertai oleh YB Er,ahli parlimen Bakri.
che'GuBard yang tunggu hingga selesai program di Pasar ramadhan berdekatan BP Mall tiba agak lewat 10 minit dari waktu berbuka. Konvoi bersama cheGuBard berbuka dalam kereta masing-masing yang bergerak. Rupanya kehadiran agak ramai dari yang dijangka di tempat Iftar diadakan, sehinggakan makanan habis tetapi InsyaAllah semua cukup.
Selepas solat Maghrib tazkirah diadakan. Selesai tazkirah, kami terus bergerak ke Bakri. Solat Isya dan tarawikh berjemaah. Selepas solat Isya' , sembang anak muda diadakan. majlis dimulakan oleh YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), sebelum che'GuBard berkongsi pengalaman dan membawa berkongsi pesanan Ramadhan. Kemuncak Sham kamikaze menyampaikan pengalaman 'hijrah' beliau. Penyampaian yang bersahaja cukup menyentuh jiwa pendengar dari perbagai golongan. Pimpinan JKK Kampung tersebut termasuk AJK Surau semua bersama meraikan majlis SAMM. Perbezaan ideologi politik dengan jelas ditolak dan masej 'hijrah' ke arah kebaikan dapat disembangkan dengan penerimaan terbuka.
Selesai majlis beberapa orang 'kuat' kampung tersebut ajak kami minum dan sembang untuk kami dapat kongsi lagi beberapa program atas nama SAMM untuk bersama dengan anak muda setempat. kami terima dengan baik. Sebelum balik teman-teman penyelaras SAMM Johor sempat bersahur dengan Sham Kamikaze di Bandar Muar, sudah tentu menu utamanya ialah Mee Bandung Muar dan Sham Kamikaze kali pertama makan bubur lambuk Johor.
Tahniah kepada pengerak SAMM Johor.
No comments:
Post a Comment