Thursday, August 25, 2011

GOLONGAN MUALLAF TIDAK DILUPAKAN OLEH KEADILAN REMBAU


REMBAU - Dalam usaha KEADILAN Rembau meraikan golongan tidak berkemampuan sempena kedatangan Syawal ini, selain daripada golongan anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU), turut menjadi perhatian KEADILAN Rembau pada tahun ini ialah golongan Muallaf.

"Pada tahun ini sempena kedatangan Syawal, kami telah mengagihkan sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan seperti beras, gula dan minyak kepada lebih 100 keluarga yang kurang berkemampuan dan dikategorikan sebagai miskin tegar di seluruh parlimen Rembau.

"Pada tahun ini golongan Muallaf yang miskin dan OKU turut kami menghulurkan sumbangan.Semoga dengan sumbangan ini ia akan menceriakan lagi sambutan Aidil Fitri pada tahun ini", kata Setiausaha KEADILAN Rembau, Norazizi A Aziz.

Norazizi berkata demikian kepada Sinar Harian ketika menyampaikan sumbangan kepada Abdul Kalam Abdullah, 46, di Taman Angsa Mas, Rantau.Abdul Kalam seorang Muallaf dan bapa kepada empat orang anak terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya pada tahun 2005 dan mata kiri beliau buta sementara mata kanan pula menghadapi masalah penglihatan.Justeru oleh kerana tidak mampu bekerja, isteri beliau sahaja yang bekerja untuk menyara sekeluarga.

Kepada pihak yang berminat menyumbang kepada tabung kebajikan PKR Rembau boleh hubungi 0123696474.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan "Tahniah kepada semua tenaga kerja PKR Rembau dan terima kasih kepada semua dermawan dari seluruh negara. Ramadhan kali ini kita telah berjaya membantu lebih dari 200 orang penerima bantuan"

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai che'GuBard "PKR Rembau tidak pernah berhenti dalam memperjuangkan nasib rakyat di Rembau dan sekitarnya. Bukan sekadar memberikan bantuan 'one off' tetapi PKR juga menjalankan bantuan susulan seperti membuat permohonan bantuan dari Jabatan kebajikan, pusat zakat dan seumpamanya kepada mereka yang masih tercicir dari senarai bantuan sedangkan layak menerima bantuan."

No comments:

Post a Comment